Wednesday, July 25, 2018

BERCUTI KE LUAR NEGARA - BANGKOK MENJADI TEMPAT PILIHAN DENGAN TRAVELOKA

Cik Rose Ke Bangkok ? Jeng jeng jeng.

Eh yeke. Ok, Cik Rose nak tanya ni siapa kat sini suka travel keluar Malaysia? Maklumlah bila dah habis jalan-jalan dalam negara, mesti ada hasrat nak berjalan ke luar negara pulak kan. Jauh perjalanan, luas pandangan kata orang. Wahh mesti excited kan bila nampak passport ada banyak cop? Ada bajet lebih dan banyak cuti untuk pergi jalan-jalan mengelilingi? Ada impian nak ambil selfie bebanyak kat tempat-tempat menarik di luar sana? Suka experience something new and exotic? Kalau korang cakap ya kat semua ni, emmm korang memang kena teruskan pembacaan apa yang  nak Cik Rose coretkan.


Lagi pulak, sekarang banyak betul dah offer tiket flight murah-murah, rasa geram je nak book trip kan. Offer sana, offer sini. Hai, mana tahan! Nak berbelanja, kenalah bijak kan. Beli time ada offer, baru jimat! Tapi kan, kalau fikir balik, tak payah pergi jauh sangat pun takpe, negara-negara jiran kita ni pun ada banyak tempat menarik. Maksud Cik Rose sekitar Asia Tenggara ni. Kalau korang belum ada plan lagi untuk next trip korang, meh nak promote sikit Bangkok dekat korang! Kot, kot lah berminat nak pergi ke kan. Jangan cakap Cik Rose tak payung. Hihi.


Kita start dengan cerita sikit pasal Bangkok yer. Siapa yang tak tahu lagi, Bangkok ni merupakan ibu negara Thailand , kira macam kita  Kuala Lumpur / Putrajaya lah kat Malaysia ni. Bangkok ni jugak bandar paling padat kat Thailand. Kalau tengok pada bancian yang dijalankan masa tahun 2010, terdapat lebih daripada 14 juta orang duduk kat Bangkok ni. Banyak tu, dah macam separuh penduduk Malaysia dah.


SEJARAH

Bangkok ni jugak ada sejarah yang kaya. Asalnya sebuah kampung di tebing barat Sungai Chao Praya pada abad ke-15, Raja Taksin kemudian menubuhkan ibu negaranya di situ sebelum Raja Rama I memindahkan ibu negara ke Pulau Rattanakosin yang berhampiran. Semenjak itulah kegiatan ekonomi di sekitarnya mula berkembang pesat dengan aktiviti dagangan dengan China dan kemudiannya dengan negara-negara Barat. Bangkok juga turut menjadi pusat pemodenan Thailand dan memacu seluruh Thailand ke era baru pada masa kini. Hai korang jangan boring pulak Cik Rose cerita pasal sejarah kan. Kita kena ambil tahu juga. Eh sebenarnya kan, best tau kalau kita tahu sejarah sesebuah tempat.

PELANCONGAN


Dari segi pelancongan pula, Bangkok sememangnya mesra dengan pelancong, apatah lagi pelancongan merupakan antara aktiviti ekonomi utama di sini. Memandangkan Bangkok adalah pusat pentadbiran dan ibu negara Thailand, terdapat banyak tarikan pelancongan di sekitar bandar metropolitan ini serta tempat-tempat menarik di sekitar bandar yang kita boleh try explore sendiri.
  

Antara tarikan pelancongan yang famous adalah the Grand Palace yang merupakan kompleks diraja yang juga dibuka kepada orang ramai sebagai sebuah muzium. Dahulunya merupakan kediaman rasmi diraja sejak tahun 1782, jadi bila korang datang kat sini, mesti terpegun dengan seni bina dan ukiran bangunan dia yang memang cantik dan tersendiri.


Selain tu ada Khaosan Road dan Chatuchak Market, untuk korang yang suka shopping dan jalan-jalan dekat dengan orang ramai. Ada banyak benda yang boleh kita tengok dekat market ni. Dan jugak kita boleh beli cenderamata untuk di bawa pulang. Bolehlah beli untuk ahli keluarga dan kawan-kawan kan. Lagi satu, boleh juga pergi di mall macam Siam Paragon. Selalu sangat pergi mall kat Malaysia, kita try pulak pergi tengok mall kat negara orang kan? Apa yang sama, dan apa yang berbeza. Hihi. Part ni Cik Rose suka, window shopping!


Selain tu , oleh kerana Thailand ni mengamalkan Buddha sebagai agama rasmi, tak hairan la kalau ada banyak tokong atau wat dan jugak beberapa tokong atau wat Buddha yang terkenal. Ia dibuka kepada pengunjung seperti Wat Pho yang merupakan tokong yang tertua seumpamanya di Bangkok, Wat Arun yang didedikasikan kepada Perang Siam-Burma dan juga Wat Traimit dengan patung Buddha emas yang ada cerita tersendiri.


Last but not least, boleh pergi ke Dusit Zoo yang merupakan zoo tertua di Thailand, Samutprakarn Crocodile Farm & Zoo, yang merupakan taman buaya terbesar di dunia dengan 60 ribu ekor buaya (tu dia,banyaknya!) daripada pelbagai spesis serta Sungai Chao Praya, nadi bandaraya Bangkok. Bolehlah menikmati pemandangan sungai dan juga bersiar-siar di kawasan sekitarnya. Best apa kan.

Tengok, banyak kan tempat yang boleh kita pergi kat Bangkok? Semuanya terasa fresh dan menarik untuk diteroka! Sememangnya dijamin pengalaman bercuti di Bangkok akan menjadi pengalaman indah dan menarik yang sukar dilupakan. Jadi usah bertangguh lagi, kalau lambat nanti korang yang rugi. Korang tengok je website traveloka ataupun app kat smartphone, lepastu bolehlah tengok-tengok promotion dan offer terkini sambil planpercutian korang ke Bangkok. Semestinya fly from Kuala Lumpur to Bangkok with Traveloka

2 comments:

  1. Bangkok !! Ok juga tu rose..

    ReplyDelete
  2. sepupu suka sangat pi Bangkok. laki bini tu tetiap tahun nak pi Bangkok. eheh..
    makanan sana sedap katanya =)

    ReplyDelete