Breaking

Sunday, 8 July 2018

Durian Murah Di Batu Pahat Sekilo Dua Ringgit!

Assalamualaikum. Entry khas untuk penggemar durian. Nyum nyum. Siapa yang suka makan durian? Satu kapal dengan Cik Rose nampaknya. Tapi, Cik Rose suka yang isi kuning jer. Hihi memilih pulak uols. 

Tak tahulah kenapa. Kalau makan durian isi kuning, nikmat dia lain. Sedap!


Bila sebut durian, ada macam-macam jenis. Dan dah tentulah harganya juga berbeza. Kalau tak kena musim durian, aduduh harganya melambung. Gigit jari jer. Mahal, tak boleh makan selalu.. Tak dapar nak makan banyak. Hikhik.

Jadi, bila tiba musim durian, kenalah balas dendam. Hihi. Makan sampai puas. Sebab harganya jatuh merudum. Murah! 

Kat mana durian murah di Batu Pahat, ? Yang Cik Rose tahu, di Jalan Tanjung Laboh. Ada satu pondok. Korang tengok dari jauh pun nampak sebab ada plastik merah di letakkan sekitar pondok tu. Dari jauh dah nampak. 

Sekilo durian, boleh dapat dua ringgit jer tau. Bolehlah borong sakan. Yang macam Cik Rose beli ni, sekilo enam ringgit. Memang puas hati. Tak ada yang busuk pun. Puaslah makan. 

Sebelum suami beli, memang Cik Rose dah pesan nak yang kuning jer. Hihi. Thank you husband. 


Kan dah cakap beli banyak. Apalagi, serawa durian satu! Hihi. Cik Rose dapat whasapp dari suami kat tempat kerja. Suami hantar gambar serawa durian panas-panas dalam periuk. Aduhai, sedapnya. Tak sabar nak balik rumah wei. Hihi.


Dah balik rumah, apalagi. Terus makan. Makan gitu jer. Cik Rose tak cicah pun dengan roti. Nyum nyum.


Dah puas makan durian dan serawa durian, kita buat pulak pulut durian. Mak ai. Sedapnya. Cik Rose suka makan ketika pulut tu panas-panas. Memang terangkat!

Sekian cerita durian untuk kali ni. 
Masa durian tengah banyak ni lah, nak makan pun. Nanti dah habis musim, dah susah nak cari dah.

Durian murah yang Cik Rose tahu dekat Jalan Tanjung Laboh je lah. Sebenarnya banyak lagi tempat lain yang murah. Segamat lagi murah katanya. Tapi jauh dari tempat Cik Rose.

Jom share dekat mana durian murah di kawasan korang. Moga membantu mereka yang sedang mencari. 

Terima kasih!

10 comments:

  1. jelesnya ngn org2 muar, batu pahat n sekitar johor... murah gila durian kt sana... isi kuning tu mmg alahai sedapnya rasa kt tekak ni

    kt sini dptla kami merasa jgk durian murah tu dik tp takla sampai sekilo rm2 mcm kt sana huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni tengah banyak agaknya. Banyak kedai yang turun harga kaw-kaw kak..

      Delete
  2. jauh ke kalau dari exit tol?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tol Ayer Hitam ke? Dalam setengah jam juga. Menghala arah Senggarang..

      Delete
  3. Replies
    1. tutup.. selalu sampai pukul 6 macma tu jer..

      Delete
  4. aduhai, cikrose.
    entri ni berbau lah :) ha ha ha ha
    berbau durian...
    semua pasal durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi di mana-mana ade bau durian sekarang

      Delete
  5. cik rose.. xde gmbo pondok duyan tu ke? yg kt selekoh mana satu cik rose?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Tak ambil pula gambar pondok. Dia tepi jalan je, ada banyak plastik merah sekitar pondok dia. Kalau dari bandar batu pahat, dia sebelum YLC ..

      Delete