Tuesday, July 10, 2018

Kemeriahan Rumah Terbuka Hari Raya Batu Pahat, Johor

Assalamualaikum. 
Selamat Hari Raya! Eh. Hihi. Rayakan sebulan. 

Oo nak cerita tentang rumah terbuka ataupun yang selalu orang sebut, ‘open house’. Hihi.

Untuk pengetahuan, Khamis lepas iaitu 5 Julai telah diadakan rumah terbuka hari raya Batu Pahat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat. Banyak Jabatan atau Organisasi yang terlibat. 


Jabatan Cik Rose pun tak ketinggalan. Join juga. Kami bergabung dengan JPJ Batu Pahat. 

Ada pelbagai menu yang bakal disediakan pada rumah terbuka tu. Ada kambing golek, nasi beriani, nasi ayam, ketupat, rendang, mee bandung, laksa, mee/ keow teow goreng, cendol, pelbagai jenis air sejuk dan panas, pencuci mulut dan banyak lagi! 

Untuk rumah terbuka kali ni, kami(merujuk pada gabungan Jabatan Kastam dan JPJ) perlu menyediakan aneka jenis cucur. 

Setelah berbincang, dan dipersetujui untuk menampilkan menu cucur sayur, cucur pisang, sukun goreng dan pisang goreng. Goreng panas-panas di sana.


Di atas ni, hiasan khemah kami. Less is more gitu konsepnya. Kami menampilkan ciri-ciri tradisinoal dengan menggunakan kain batik sebagai prop utama. Ketupat dan pelita tidak dilupakan! 

Sebelum majlis bermula, kami bergambar kenangan dahulu. Bukan mudah nak berjumpa. Walau dalam satu daerah yang sama, memang tak pernah berjumpa. Ini hanya sebahagiannya sahaja. Ada yang tiada dalam gambar ini.


Tadaa... Wakil Jabatan Kastam. Oh ya, kami telah bersetuju dengan pakaian tema hijau. Tak kisahlah hijau apa, janji hijau. Maklumlah kan ada banyak jenis hijau. 


Aneka jenis cucur yang siap di goreng, diletakkan dalam bekas rotan sepeti di bawah dengan beralaskan daun pisang. Baru terserlah tema tradisionalnya. Membangkitkan selera pengunjung.

Kami memang goreng panas-panas di sana. Selesai goreng, terus dihidangkan untuk para tetamu. Wah memang sedap tau makan panas-panas!


Kasi zoom sikit aneka jenis cucur.
Cucur sayur, cekodok pisang, sukun goreng. Jarangbkita jumpa menu cucur di mana-mana rumah terbuka kan. Itulah yang uniknya gerai kami. Alhamdulillah, menjadi tumpuan orang ramai. Ramai yang suka tau. 


Menerima kunjungan dari Ahli Parlimen Batu Pahat, Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon dan isteri. Sempat juga merasa cucur yang disediakan. Terima kasih. 

Cik Rose apalagi, ambil gambarlah kan. Jadikan kenangan. Cuma sedikit kecewa tak dapat bergambar bersama. Hihi.


Ha, tengoklah. Memang kitorang goreng di sana. Bukan bawa dari rumah ya semua cucur tu. Siap pasang khemah lagi. 

Oh ya, Cik Rose baru tahu. Untuk cucur yang lembut, bancuhan tepung tu guna air sejuk tau. Air sejuk betul, bukan air suam. Terima kasih untuk tipsnya. 


Hai, kami setia di sini. Hihi. Korang tengoklah, ada yang dah kosong. Memang laku keras cucurnya. Letak habis, letak habis gitu!


Apapun, itulah namanya pengalaman, kan. Menjadi salah satu individu yang terlibat dalam program ni amat bernilai bagi Cik Rose. 

Terima kasih untuk semua yang bertungkus lumus bagi menjayakan rumah terbuka ini. Moga bertemu lagi di lain masa. 

12 comments:

  1. sedapnya...panas-panas cucur tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer sedap. Alhamdulillah ramai yang singgah booth ni

      Delete
  2. bestnyaa...meriahhh cucurnya..sambal kicap ada sekali tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade. Kitorang sediakan dua jenis. Ade sambal kicap dan kuah cili

      Delete
  3. meriahnya. suka makan cucur panas2 terasa keenakkn dia :D

    ReplyDelete