Monday, July 09, 2018

Sedap Makan Nasi Lemak dan Lontong Sate di After Isyak Dinner Batu Pahat

Assalamualaikum. Cerita tentang makan. Ada satu tempat yang Cik Rose baru tahu ni. Khas untuk warga Batu Pahat. Ini review ikhlas hati, bukan berbayar ya uols.  Cik Rose rasa perlu untuk berkongsi. Cik Rose dah cuba, rasanya sedap, dan tak salah kalau nak berkongsi dengan semuan pembaca blog ni: wahhh gitu.

Alkisahnya, minggu lepas, suami Cik Rose yang bawa. Cik Rose tahu kedudukan kedai ni. Tapi, tak tahu kenapa tak pernah singgah makan. Tapi, tiap kali lalu, mesti ramai orang di kedai ni.

After Isyak Dinner.

Itulah nama diberi. Unik kan? Kenapa namanya sebegitu? Sebab memang lepas Isyak baru kedainya buka barangkali. Hihi. Cik Rose tak pasti ya. Sebab Cik Rose singgah memang dah pukul 9.30 malam macam tu. 


Menu di After Isyak Dinner.

Kedai ni menampilkan menu utamanya nasi lemak dan lontong. Boleh pilih nasi lemak dengan ayam, sate atau sotong. Dan telur dadar akan diberikan sekali. Lontong pun adalah lontong sate.

Untuk pertama kali singgah, Cik Rose memilih nasi lemak ayam. Dan suami order nasi lemak sate.

Rasanya? Sedap! Sambal dia sedap. Telur dadar dihidangkan panas-panas. Memang terbaiklah.


Dah kata sedap dan kena dengan selera, maka esoknya pergi lagi. Hihi. Cik Rose order nasi lemak sate dan suami order nasi lemak sotong. Lepas tu kitorang bungkus pula lontong sate. Saja nak rasa kan.

Sedap!


Kalau cuba sekali mesti nak lagi konsepnya!

Layanan kedai ni baik. Servis pun cepat. Cik Rose baru singgah dua kali, dan tiap kali singgah, ramai orang. 

Di kedai tu, ada banner yang tertera bahawa kedai ni pernah masuk satu rancangan tv di saluran 8TV. Wahhhh, tahniah tahniah! 

Maaflah gambar tak banyak. Segan pula nak ambil banyak-banyak. Oran tengok nanti. Hihi. 

Lokasi  After Isyak Dinner.

Terletak di Kampung Pegawai. Berhampiran Balai Polis Trafik Batu Pahat. Nak senang, cari Klinik Zainab. Nanti jumpalah. 

Alamatnya : 
Jalan Rahmat, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor

Memang puas hati, dan akan dijadikan salah satu port makan kalau nak makan luar :)

Selamat mencuba!

8 comments:

  1. Uniknya nama. Nasi lemak sate tu nampak tempting 😊

    ReplyDelete
  2. nampak sedap la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IYa sedap.. Datang BAtu Pahat jangan lupa singgah ya.?

      Delete
  3. wahh..boleh singgah ni kalau ke batu pahat!

    ReplyDelete
  4. terbaik nama restoran nyer.
    hidangan nyer pun rare.
    terbaik.
    camni la Melayu maju, idea kreatif.

    ReplyDelete