Breaking

Friday, August 31, 2018

Friday, August 31, 2018

Sayangi Malaysiaku | Selamat Hari Kebangsaan ke 61

Assalamualaikum.

31 Ogos 2018.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysiaku. Ulangtahun yang ke 61 dengan temanya Sayangi Malaysiaku. 



Merdeka, Merdeka, Merdeka!
Bukan sekadar laungan kosong. 
Hayati maksud merdeka itu buat negara kita. Juga buat diri kita sendiri.

Maksud Merdeka itu subjektif. Pelbagai tafsiran. Terpulang pada kita bagaimana mahu menjelaskannya. Apakah maksud Merdeka buat diri anda?




Sumber : instagram Menteri Pertahanan.

Ada yang terlibat dengan sambutan kemerdekaan pagi tadi? 

Bersemangat kan jika kita terlibat dengan perarakan kemerdekaan ni. Lain macam perasaannya. 



Wednesday, August 29, 2018

Wednesday, August 29, 2018

SUKAN ASIA 2018 | SENARAI PEMENANG PINGAT MALAYSIA


SUKAN ASIA 2018 | SENARAI PEMENANG PINGAT MALAYSIA. Assalamualaikum. Bahang Sukan Asia 2018 terus memuncak. Cik Rose sertakan di sini senarai pemenang pingat bagi negara kita, Malaysia di Temasya Sukan Asia 2018


-Sumber dari MYSUMBER



Tahniah buat semua pemenang, anda wira negara!

Juga buat semua atlet yang akan berjuang, moga berjaya :)



Tuesday, August 28, 2018

Tuesday, August 28, 2018

Lirik Lagu Blackpink DDU-DU DDU-DU

Assalamualaikum. Minggu lepas, Sarah Suhairi menyanyikan lagu dari Black Pink berjudul Ddu-du Ddu-du. Cik Rose tertarik dengan persembahan dia. hihi, bestlah.. 

Sebenarnya lagu ni Cik Rose memang suka. lepas tu penyanyi dia pun ada diundang dalam program Running Man. Bila dapat tahu Sara Suhairi bakal menyanyikan lagu ni, Cik Rose macam er, boleh ke ni. Eh bila dah tengok Ahad baru ni, bestlah! Tahniah buat sarah Suhairi.


Dah alang-alang cerita tentang lagu ni, Cik Rose kongsikan sekali lirik lagunya dengan korang ya.. 

Lirik Lagu Blackpink DDU-DU DDU-DU

[All]
BLACKPINK!!

[Jennie]
Chakhan eolgure geureohji mothan taedo
Ganyeorin mommae sok
Garyeojin volumeeun du baero
Geochimeopsi jikjin
Gudi bojin anhji nunchi
Black hamyeon pink
Urin yeppeujanghan savage

[Lisa]
Wonhal ttaen daenohgo ppaesji
Neon mwol haedo kallo mul begi
Du sonen gadeukhan fat check
Gunggeumhamyeon haebwa fact check
Nun nopin kkokdaegi
Mul mannan mulgogi
Jom dokhae nan toxic
You hokhae i’m foxy

[Rosè]
Du beon saenggakhae
Heunhan namdeulcheoreom chakhan cheogeun mot hanikka
Chakgakhaji ma
Swipge useojuneun geon nal wihan geoya

[Jisoo]
Ajigeun jal moreugessji
Gudi wonhamyeon test me
Neon bul bodeusi ppeonhae
Manmanhan geol wonhaessdamyeon

[All]
Oh wait til’ i do what i do
Hit you with that
Ddu-du ddu-du du
Hit you with that
Ddu-du ddu-du du

[Jennie]
Jigeum naega georeoganeun georin
Blackpink 4 way sageori
Dongseonambuk sabangeuro run it
Neone beokisriseuteu
Ssak da i bought it
Neol danggineun geosdo meolli milchineun geosdo
Jemeosdaero haneun bad girl
Johgeon silheohageon nuga mwora hadeon
When the bass drop
It’s another banger

[Jisoo]
Du beon saenggakhae
Heunhan namdeulcheoreom chakhan cheogeun mot hanikka
Chakgakhaji ma
Swipge useojuneun geon nal wihan geoya

[Rosè]
Ajigeun jal moreugessji
Gudi wonhamyeon test me
Neon bul bodeusi ppeonhae
Manmanhan geol wonhaessdamyeon

[All]
Oh wait til’ i do what i do
Hit you with that ddu-du ddu-du du
Hit you with that ddu-du ddu-du du

[Rosè]
What you gonna do
When i come come through
With that that uh uh huh
What you gonna do
When i come come through
With that that uh uh huh

[Lisa]
Tteugeowo tteugeowo tteugeowo like fire
Tteugeowo tteugeowo tteugeowo like fire

[All]
BLACKPINK!!

[Jisoo]
Tteugeowo tteugeowo tteugeowo like fire

[Rosè]
Tteugeowo tteugeowo tteugeowo like fire

[Jennie]
Hit you with that ddu-du ddu-du du



Tuesday, August 28, 2018

Lirik Lagu Via Vallen - Meraih Bintang (Official Song ASIAN Games 2018)


Lirik Lagu Via Vallen - Meraih Bintang (Official Song ASIAN Games 2018)


Setiap saat, setiap waktu
Teringat dalam hidupku
Ini saat yang kutunggu
Hari ku buktikan

Ku yakin aku kan menang
Hari ini kan dikenang
Semua do'a kupanjatkan
Sejarah ku persembahkan

Harus fokus satu titik
Hanya itu titik itu
Tetap fokus kita kejar
Lampaui batas

Harus fokus satu titik
Hanya itu titik itu
Tetap fokus kita kejar
Dan raih bintang

Yoo yo ayo yo ayoo yoo yo ayo
Yoo yo ayo yo ayoo yoo yo ayo yo yo wo oo
Yoo yo ayo yo ayoo yoo yo ayo
Yoo yo ayo yo ayoo kita datang kita lihat
Kalau menang berpretasi
Kalau kalau jangan frustasi
Kalau menang solidaritas
Kita galang sportivitas

Kalau menang berpretasi
Kalau kalau jangan frustasi
Kalau menang solidaritas
Kita galang sportivitas
Hu woo ooo

*Musik

Harus fokus satu titik
Hanya itu titik itu
Tetap fokus kita kejar
Dan raih bintang

Yoo yo ayo yo ayoo yoo yo ayo
Yoo yo ayo yo ayoo yoo yo ayo yo yo wo oo
Yoo yo ayo yo ayoo yoo yo ayo
Yoo yo ayo yo ayoo kita datang kita lihat

Yoo yo ayo yo ayoo yoo yo ayo (Harus fokus satu titik)
Yoo yo ayo yo ayoo yoo yo ayo yo yo wo oo (Hanya itu titik itu)
Yoo yo ayo yo ayoo yoo yo ayo (Tetap fokus kita kejar)
Yoo yo ayo yo ayoo kita datang kita lihat (Dan raih bintang)


Monday, August 27, 2018

Monday, August 27, 2018

PENCAK SILAT | Mohd Al Jufferi tarik diri di pertengahan aksi final , raih pingat Perak


Assalamualaikum. Tahniah Cik Rose ucapkan kepada pesilat Negara kita, Mohd Al Jufferi Jamari berjaya memenangi pingat Perak dalam acara Pencak Silat Kelas E <70 kg petang tadi.  

Cik Rose sedikit sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku petang tadi. Kita tahu kemampuan Al Jufferi macam mana. Tak kisah jika tak berjaya jika benar aksinya kurang sana sini. Namun, yang berlaku sebaliknya. Al Jufferi banyak membuat serangan tepat, namun tak dapat mata. 

Oh kecewa Cik Rose yang menontonnya. Bila tiba bab sukan subjektif, inilah risikonya. 



Sumber Stadium Astro : 

Pesilat negara, Mohd Al Jufferi Jamari, membuat keputusan untuk menarik diri di pertengahan aksi final Putra Kelas E sewaktu berdepan wakil tuan rumah, Komang Harik Adi Putra, sekali gus terlepas peluang menghadiahkan pingat emas buat negara, sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Padepokan Pencak Silat Taman Mini Indonesia, Al Jufferi tewas 4-1 dalam pertemuan yang menyaksikan mutu pengadilan tampak berat sebelah dan tidak profesional.

Barisan lima juri dilihat lebih banyak memberikan Komang mata tatkala Al Jufferi banyak melakukan serangan dan semestinya situasi itu mengecewakan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah Al Jufferi sendiri. 

Walaupun tewas mengejut, ia bukan satu kekalahan biasa kerana Al Jufferi menarik diri atas dasar rasa tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil.


"Ya, saya menarik diri kerana tidak berpuas hati dengan juri dua dan tiga kerana tidak mengadili perlawanan saya dengan baik bersama Komang Harik. Jadi, saya tidak boleh terima mutu pengadilan," kata Al Jufferi.

"Saya tidak menyalahkan Komang kerana dia adalah pesilat biasa seperti saya dan ingin mendapatkan emas, jadi dia tidak salah.

"Pesilat lain Indonesia dan penyokong-penyokong tidak salah tetapi yang salah hanyalah juri. Penyokong-penyokong hanya menjalankan tugas, jadi tidak ada masalah. 

"Saya tidak berasa marah dengan mereka dan Komang Harik, sebaliknya marah dengan juri. Saya menarik diri kerana rasa tidak dihormati selaku seorang pesilat yang sering membawa cabaran Malaysia. 


"Peluang untuk acara ini dibawa ke Sukan Asia atau Sukan Olimpik selepas ini akan terjejas kerana daripada segi pengadilan. Terus-terang, jika perkara ini berterusan, tak akan ada sukan silat. 

"Saya berpuas hati dengan persembahan yang saya pamerkan, berbanding tiga saat yang dipermainkan," tambahnya.


Apapun, moga berjaya buat atlet-atlet lain yang sedang berjuang di Sukan Asia 2018. 

Stay positive :)


Monday, August 27, 2018

ALLAH Lebih Tahu Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Apa Yang Kita Inginkan

Assalamualaikum. 

Bila sebut tentang keinginan, sudah tentulah kita harus berusaha untuk mencapainya. Di sebalik usaha, kia juga berdoa pada Allah agar ia dimakbulkan. Namun, kita takkan pernah tahu adakah keinginan kita itu adalah yang terbaik buat kita. Adakah keinginan kita itu layak untuk kita dan adakah kita dapat bertanggungjawab jika kita memilikinya.


Jangan berhenti berharap, kerana Allah lebih tahu saat yang tepat untuk mengabulkan permintaan kita.

Betul kan?

Lumrah manusia, akan berasa sedih dan kecewa jika tak dapat sesuatu yang mereka inginkan. Namun, ingatlah:

Hati kita milik Allah.
Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.
Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah.
Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah. 


Ingatlah, jangan pula kita alpa. Jangan pula kita riak jika dapat memiliki sesuatu. Bersyukurlah pada Allah. Jangan pula kita merendah-rendahkan orang lain.

Sekadar coretan dari Cik Rose. 

Sunday, August 26, 2018

Sunday, August 26, 2018

Nasi Viral | Senangnya Masak Nasi, Periuk Dah Tak Melekat dan Berkerak dah!

Nasi Viral | Senangnya Masak Nasi, Periuk Dah Tak Melekat dan Berkerak dah!. Assalamualaikum. Nasi Viral atau Nasi Cawan. Mesti ramai yang dah tahu kan. Dan ramai juga yang dah mencuba. 


Cik Rose sendiri pernah nampak beberapa orang teman kongsikan hasilnya di instagram dan facebook. Eh macam menarik jer. 

Cara masak Nasi Viral / Nasi Cawan

Basuh beras macam biasa. Letakkan dalam cawan. Korang boleh letakkan dalam mug seramik atau cawan kaca. Kuantitinya macam mana? Contoh, kalau letak beras separuh, lepas tu isi air sampai penuh mug/ cawan tu. Dalam masa yang sama, isi juga air dalam periuk elektrik. Kemudian masukkan cawan daam periuk tu. Tekan suis macam biasa. Biarkan. Bila bunyi ting! Haaa nasi dah masak uols.

Contohnya macam gambar kat bawah ni. Ni nasi yang Cik Rose masak ya. Tudung tau periuk tu. Ni Cik Rose nak ambil gambar, jadi bukalah kejap kan.


Bila dah masak, bolehlah keluarkan. Hati-hati ya, cawan tu panas. Nampak nasi naik ke atas kan? Elok je terletak. Tak jatuh pun. 


Tadaa... terbalikkan dalam pinggan. Tengoklah bentuknya tu, elok jer. 


Kenapa nak masak nasi guna cara ni?

Ok, caara ni sangat mudah dan praktikal kalau kita nak masak nasi dalam kuantiti sedikit. Contohnya untuk seorang atau dua orang yang makan. Nak masak nasi cara biasa tu boleh jer. Tapi, rugilahkan. Kita masak sedikit, nanti melekat dekat periuk tau kalau masak sikit-sikit ni. Lepas tu nak basuh tu seksa. Nak kena rendam dulu periuknya. 

Jadi, buat apa pening kepala memikirkan. Guna je cara ni. Hihi.

Cik Rose dah tengok lama dah kengkawan kongsi, tapi tak cuba-cuba lagi. Semalam baru berpeuang nak cuba. Tiba-tiba teringat. Eh menjadi! 

Lepas ni bolehla masak nasi berperisa pula. Nyum nyum. 

Mudahnya kerja di dapur semudah A B C ! Hihi.

Sunday, August 26, 2018

KEDUDUKAN PINGAT SUKAN ASIA KE 18 (2018) JAKARTA & PALEMBANG, INDONESIA




KEDUDUKAN PINGAT SUKAN ASIA KE 18 (2018) JAKARTA &  PALEMBANG, INDONESIA SEHINGGA 25 OGOS 2018


Cuti sempena Hari Raya Aidildha, Cik Rose luangkan masa mengikuti perkembangan Sukan Asia 2018. Memang duduk depan tv, tengok live Sukan Asia melalui Astro. Korang ikuti tak? 

Selalu kalau bab -bab sukan ni, memang tengok dengan ayah lah. Rindu pulak waktu dulu-dulu. Sekarang dah duduk jauh ni terasa sungguh.

Moga ada sinar kejayaan buat pasukan negara kita, Malaysia. 

Sumber : Harian Metro Online dan Utusan 




Tuesday, August 21, 2018

Tuesday, August 21, 2018

Salam Aidiladha dari Cik Rose buat semua

Assalamualaikum. 

Di kesempatan ini, Cik Rose ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam.. Alhamdulillah, moga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. 

Tahun ini sedikit berbeza dengan yang raya lepas-lepas.

Kalau raya sebelum ini, sama ada beraya dengan keluarga atau dengan suami. Maksudnya, jika suami tak bertugas luar, memang raya berdua. Tapi, kalau suami bertugas luar, memamg Cik Rose balik kampung. Raya dengan mak ayah dan keluarga.

Tahun ni lain sikit rentaknya. Plan semua last minit. Akhirnya tiket habis. Maka, rayalah di perantauan. Hahaha. Tak apa, ada anak saudara menemani. Hikhik. 


Malam raya, makan cempedak goreng! Aduhai sedap uols. Hihi. Memang lama teringin nak goreng sendiri, ni baru berkesempatan buat. Nyum nyum!


Rezeki semalam, jiran kem beri cempedak dan rambutan. Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak. Sedap!

Di kesempatan ini, Cik Rose ingin memohon kemaafan buat semua yang mengenali jika selama ini ada tutur bicara yang mengguris hati. Perlakuan yang terkadang membuat hati terusik. 

Cik Rose hanya insan biasa. Tak lari dari melakukan kesilapan. 

~untuk keluarga, Cik Rose call . Hihi. 


Monday, August 20, 2018

Monday, August 20, 2018

REVIEW Whitening Pearl Cream dari Sendayu Tinggi

REVIEW Whitening Pearl Cream dari Sendayu Tinggi. Assalamualaikum. Sebut sahaja Sendayu Tinggi, mesti ramai yang tahu kan. Dah sedia terkenal produk tempatan ni. 

Sendayu Tinggi boleh di beli di kedainya, daripada stokis-stokis atau ejen-ejen. Eh sekarang dah tak perlu risau, sebab di Watsons pun ada dijual produk Sendayu Tinggi ni.

Cik Rose sendiri dah lama dengar jenama Sendayu Tinggi sebelum ni. Tapi, jujurnya tak pernah guna apa-apa produk dari Sendayu Tinggi. Sehinggalah Cik Rose terjebak dengan kak Yatie Sendayu Tinggi. Hahaha.

Satu hari, tertengok tutorial simple make up dari beliau. Eh seronok pula dengar beliau berceloteh. Make up pula bukan yang jenis heavy. Tak semua majlis kita perlu make up heavy kan. Dan tak semua orang pandai make up. Jadi, tutorial dari Kak Yatie ni amatlah berguna buat Cik Rose. 

Hari-hari mesti buka instagram kak Yatie. Hihi. Hinggalah hati ni dah terpaut nak mencuba Pearl Cream. Eh tapi bukan mudah nak dapatkannya tau. Banyak dugaannya sebelum Cik Rose berjaya memilikinya. Hihi.


Oleh kerana Cik Rose takde kenal mana-mana ahli Sendayu Tinggi, maka Cik Rose cuba ikhtiar cari sendiri. Cik Rose juga bukan penyabar nak tunggu barang sampai kalau order online. Hahaha. Maka, penyelesaiannya, cari di Watsons. Beberapa kali Cik Rose ke Watsons mencari Pearl Cream, tapi hasilnya mengecewakan.. sold out! Out of stock!

Hinggalah satu hari, Cik Rose dapat beli di Watsons Jalan Rahmat, Batu Pahat. Gembira hati bukan kepalang. Harganya dalam RM32.++ di Watsons.

Apalagi, Cik Rose updated di instagramlah kan :


Nak tahu tak, Cik Rose teruja bila kak Yatie sendiri meninggalkan komen di gambar Cik Rose! Terima kasih Kak Yatie. Hihi. 



Pearl Cream ni sesuai untuk semua jenis kulit. Dan ianya tak ada kod warna. Sesuai je dengan semua. Boleh pakai selepas korang pakai krim pelembab muka. 

Macam Cik Rose, mula-mulakan cuci muka, toner, serum, krim pelembab. Lepas tu, Cik Rose pakai Pearl Cream ni. Dan letak loose powder jer. Dah tak pakai foundation atau compact powder. Ala simple-simple jer, untuk ‘every day look’ gitu. Hihi. 

Kalau ada majlis tertentu, baru kita make up lebih sikit kan. Hihi.


Korang boleh tengok rupa Pearl Cream ni. Dia ala-ala stick juga, bukanlah cair gitu. Letak je di seluruh wajah sikit-sikit, kemudian ratakan ke seluruh wajah, guna jari jer. 

Korang akan nampak perbezaannya tau. Elok je di muka. Tak kering atau tak berminyaklah. Tapi, kalau kulit jenis kering, wajib pakai pelembap dahulu supaya senang diratakan. Dan kalau kulit jenis berminyak pula, pastikan koranh ratakan betul-betul dan pakai juga compact powder sikit untuk berikankeaan matte di wajah. 


Tadaaa, kasi zoom sikit : 


Memang Pearl Cream ni ada tertulis whitening. Tapi bukan kesan whitening serta merta macam produk yang banyak di luar tu. No no no.Kalau korang displin pakai hari-hari, akan nampaklah perbezaannya. 

Ia juga menghilangkan jeragat. Ini kawan Cik Rose sendiri yang cakap. Beliau dah pakai dalam 6 bulan gitu. Patutlah muka beliau bersih ja! Cantik. 
Kak Yatie sendiri pun cakap, ia memudarkan parut jeragat di wajah. 


Cik Rose pakai setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Cik Rose ada baca, ada pengguna Pearl Cream ni pakai sebelum tidur juga. Dan berkesan untuk beliau. Cik Rose tak pakai pula waktu malam, sebab sebelum tidur dah pakai serum. Hihi.

Cik Rose pakai, Cik Rose kongsi.

Bukan saja-saja nak kongsikan di sini, tapi memang best tau. Tu yang nak coretkan di blog sendiri. Rasa sayang pula kalau tak kongsikan dengan pembaca kebaikan Pearl Cream ni. 

Produk laku keras ni. Restock je habis! 

Eh korang tengok bekas Pearl Cream ni kecilkan. Tapi, percayalah tahan lama. Sebab kita pakai sikit je kan. Cik Rose dah pakai dalam dua minggu macam tu. 

Memang puas hati. Awatlah tak jumpa awal sikit. Hihi. Jimat. Pakai Pearl Cream lepas tu pakai loose powder jer. Kalau Cik Rose tak pakai Pearl Cream, kenalah pakai cc cream dan compact powder atau foundation dan loose powder. 

Pakai Pearl Cream ni sebelum pergi kerja, sampi tengahari elok lagi kesannya di wajah kita. Hihi. 

Cik Rose dah jatuh cinta. Moga kekal setia dengan Pearl Cream dari Sendayu Tinggi ni. 


Monday, August 20, 2018

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

Korang suka tak dapat bunga? Cik Rose percaya ramai yang suka dapat bunga. Rasa disayangi . hihi.

Baru-baru ni, satu syarikat servis penghantaran bunga telah pun menerima pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG) - sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat tersebut adalah Flower Chimp.  



Mengenai Flower Chimp

Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang Perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. 

Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang. 

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.




Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

Pengasas Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura Menjelang Pertengahan Ogos 2018






“Ucapkan dengan bunga!” 

Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.

Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. 





Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. 


Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. 

Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.




“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.


Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat

lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.



Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan

kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.



Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia,  Singapura, Indonesia dan Filipina”.




Hubungi :


Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp



Sunday, August 19, 2018

Sunday, August 19, 2018

UNBOXING - ALTHEA ANGELS WELCOME GIFT BOX

UNBOXING - ALTHEA ANGELS WELCOME GIFT BOX | Assalamualaikum. Hai semua. Baru-baru ni Cik Rose terpilih sebagai salah seorang dari Althea Angels. Wahh, mestilah teruja kan. Happy tak terkata uols. Lagipun, Cik Rose memang minat dengan skincare atau make up dari Korea ni. Bila dah terpilih, sungguhlah gembira rasa hatiku ini. Ecewahh.


Sebagai Althea Angels, banyak kelebihan yang bakal Cik Rose dan Angels yang lain dapat dari Althea, antaranya :
  • Welcome Gift
  • Monthly K-Beauty Giveaways
  • Seasonal Annual Shopping Credits
  • Exclusive Discount Code
  • Birthday Credits
  • Exclusive Althea Reviews
  • Althea Studio Access

Tadaa.. Bungkusan pink telah selamat mendarat. Cik Rose tak sabar nak tengok apakah yang terdapat dalam kotak ni :)


Unboxing – Althea Angels Welcome Gift Box


Barang-barang yang ada dalam Welcome Gift ni adalah :

1) Tote bag
2) Makeup bag
3) Althea mirror
4) Real Fresh Skin Detoxer (Rose)
5) Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea)



Oh ya, Althea juga menyambut ulangtahunnya yang ketiga! Happy 3rd birthday Althea! Geramnya tengok tiga box kecil di bawah ni:)


Make up bag ni tu sweet sangat. Warna pink. Suka! Dan Cik Rose dapat cermin Angels.. Wahhh apalagi, memang Cik Rose jadikan sebagai koleksilah.


Cik Rose excited nak mencuba Real Fresh Skin Detoxer dari Althea ni. Ada dua jenis. Rose dan green tea. Rose untuk waktu siang dan green tea untuk waktu malam. 


Sejujurnya, Cik Rose gembira dengan suprise ni. Dan Cik Rose ingin berterima kasih kepada pihak Althea kerana sudi memberikannya kepada Cik Rose.



Kalau korang berminat nak cuba, boleg beli dari website Althea :)

Web :

Facebook : 

Instagram : 
www.instagram.com/altheakorea/

Di bawah ni, Cik Rose kongsikan video ringkas Unboxing Althea Angels Welcome Gift Box.



p/s : Nanti Cik Rose share kesan Cik Rose gunakan Real Fresh Skin Detoxer ni ya.