Monday, August 27, 2018

PENCAK SILAT | Mohd Al Jufferi tarik diri di pertengahan aksi final , raih pingat Perak


Assalamualaikum. Tahniah Cik Rose ucapkan kepada pesilat Negara kita, Mohd Al Jufferi Jamari berjaya memenangi pingat Perak dalam acara Pencak Silat Kelas E <70 kg petang tadi.  

Cik Rose sedikit sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku petang tadi. Kita tahu kemampuan Al Jufferi macam mana. Tak kisah jika tak berjaya jika benar aksinya kurang sana sini. Namun, yang berlaku sebaliknya. Al Jufferi banyak membuat serangan tepat, namun tak dapat mata. 

Oh kecewa Cik Rose yang menontonnya. Bila tiba bab sukan subjektif, inilah risikonya. 



Sumber Stadium Astro : 

Pesilat negara, Mohd Al Jufferi Jamari, membuat keputusan untuk menarik diri di pertengahan aksi final Putra Kelas E sewaktu berdepan wakil tuan rumah, Komang Harik Adi Putra, sekali gus terlepas peluang menghadiahkan pingat emas buat negara, sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Padepokan Pencak Silat Taman Mini Indonesia, Al Jufferi tewas 4-1 dalam pertemuan yang menyaksikan mutu pengadilan tampak berat sebelah dan tidak profesional.

Barisan lima juri dilihat lebih banyak memberikan Komang mata tatkala Al Jufferi banyak melakukan serangan dan semestinya situasi itu mengecewakan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah Al Jufferi sendiri. 

Walaupun tewas mengejut, ia bukan satu kekalahan biasa kerana Al Jufferi menarik diri atas dasar rasa tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil.


"Ya, saya menarik diri kerana tidak berpuas hati dengan juri dua dan tiga kerana tidak mengadili perlawanan saya dengan baik bersama Komang Harik. Jadi, saya tidak boleh terima mutu pengadilan," kata Al Jufferi.

"Saya tidak menyalahkan Komang kerana dia adalah pesilat biasa seperti saya dan ingin mendapatkan emas, jadi dia tidak salah.

"Pesilat lain Indonesia dan penyokong-penyokong tidak salah tetapi yang salah hanyalah juri. Penyokong-penyokong hanya menjalankan tugas, jadi tidak ada masalah. 

"Saya tidak berasa marah dengan mereka dan Komang Harik, sebaliknya marah dengan juri. Saya menarik diri kerana rasa tidak dihormati selaku seorang pesilat yang sering membawa cabaran Malaysia. 


"Peluang untuk acara ini dibawa ke Sukan Asia atau Sukan Olimpik selepas ini akan terjejas kerana daripada segi pengadilan. Terus-terang, jika perkara ini berterusan, tak akan ada sukan silat. 

"Saya berpuas hati dengan persembahan yang saya pamerkan, berbanding tiga saat yang dipermainkan," tambahnya.


Apapun, moga berjaya buat atlet-atlet lain yang sedang berjuang di Sukan Asia 2018. 

Stay positive :)


3 comments:

  1. tak tengok tapi ada baca news. kesian laaa dia and Malaysia. selalu je jadi mangsa ketidakadilan. nxt time boikot je main kotor ni.

    ReplyDelete
  2. Geram je tgk match tu.. mmg al Jufri sedih bila tahu kalah dan hanya dpt silver medal.takpe itu pun dh cukup

    ReplyDelete