Breaking

Saturday, September 29, 2018

Saturday, September 29, 2018

5 LELAKI TERKACAK MENGIKUT PEKERJAAN DI MALAYSIA

Assalamualaikum. 

Senarai 5 lelaki terkacak mengikut pekerjaan di Malaysia. Wah gitu! Sebenarnya gambar ni dah lama dalam draft blog Cik Rose.. Tak pasti kenapa ia terus  berada dalam draft. hihi.



Mengikut pekerjaan, lelaki berikut merupakan yang paling kacak :

Doktor
Peguam
Pelakon
Olahragawan
Tentera

Aduhai, menangislah lelaki-lelaki dengan pekerjaan yang berbeza dari senarai di atas!

Sekadar gurauan petang sahaja. Jangan ambil serius. Sekali sekala perlu bergurau kan, barulah ceria. Hati happy dan tak stress.

Eh eh, tentera pun tersenarai! Happylah cik abang cheq! hahaha.

Ni keratan dalam majalah. Dah lama, sekitar tahun 2013. Cik Rose rasa, tahun 2018 dah berubah kot. hikhik.




Saturday, September 29, 2018

Mengenali tanda-tanda awal kanser rahim (Uterine Cancer)

Mengenali tanda-tanda awal kanser rahim (Uterine Cancer)

Kanser rahim adalah kanser yang paling biasa terjadi dalam bagi sistem reproduktif wanita. Ia adalah tumor “malignant” yang bermula daripada sel-sel rahim. “Malignant” bermakna ia boleh menyerang, atau tumbuh membesar, dan memusnahkan tisu berdekatan. Ia juga boleh merebak, atau “metastasize”, ke bahagian lain pada badan.

Sel-sel dalam rahim kadang-kadang berubah dan tidak lagi tumbuh atau bertindak secara normal. Perubahan ini boleh membawa kepada keadaan “non-cancerous”atau “benign”, seperti endometriosis. Ia juga boleh menyebabkan tumor bukan kanser seperti fibroid dalam rahim.

Perubahan kepada sel-sel dalam rahim juga boleh menyebabkan keadaan prakanser. Ini bermakna bahawa sel-sel yang tidak normal masih belum menjadi kanser, tetapi ada kemungkinan ia berubah menjadi kanser jika tidak dirawat. Keadaan prakanser rahim yang paling biasa terjadi adalah “atypical endometrial hyperplasia”. Dalam sesetengah kes, perubahan sel dalam rahim boleh menyebabkan kanser.


Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser rahim termasuklah:

  • Perubahan dalam keseimbangan hormon wanita dalam badan - Ovari anda menghasilkan dua hormon wanita yang utama - estrogen dan progesteron. Perubahan dalam keseimbangan hormon ini boleh menyebabkan perubahan dalam rahim.

  • Awal “menarche” - Datang haid pada usia awal - sebelum usia 12 - atau menopause pada usia yang lewat meningkatkan risiko kanser rahim. Lebih lama tempoh haid yang anda alami, lebih lama rahim anda terdedah kepada estrogen.

  • Tidak pernah hamil - Wanita yang tidak pernah hamil mempunyai risiko kanser rahim yang lebih tinggi berbanding daripada wanita yang mempunyai sekurang-kurangnya satu kehamilan.

  • Umur lebih tua - Apabila usia anda semakin meningkat, risiko kanser rahim turut meningkat. Kanser rahim selalunya berlaku pada wanita yang telah menjalani menopaus.

  • Obesiti - Menjadi gemuk meningkatkan risiko kanser rahim. Ini mungkin berlaku kerana lemak badan yang berlebihan mengubah keseimbangan hormon dalam badan anda.

  • Terapi hormon untuk kanser payudara - Wanita dengan kanser payudara yang mengambil ubat terapi hormon iaitu tamoxifen mempunyai risiko yang tinggi bagi kanser rahim. Jika anda mengambil tamoxifen, bincangkan perkara ini dengan doktor. Bagi kebanyakan wanita, kebaikan tamoxifen melebihi risiko kecil bagi kanser rahim.

  • “Inherited colon cancer syndrome” atau sindrom kanser kolon - “Hereditary nonpolyposis colorectal cancer (HNPCC) adalah sindrom yang meningkatkan risiko kanser kolon dan kanser lain, termasuk kanser rahim. HNPCC berlaku kerana mutasi gen yang dipindahkan dari ibu bapa kepada anak-anak. Jika ahli keluarga telah didiagnosis dengan HNPCC, bincangkan risiko sindrom genetik itu dengan doktor anda.

GEJALA KANSER RAHIM

Gejala yang paling biasa terjadi bagi kanser rahim adalah pendarahan vagina yang tidak normal, dari pendarahan yang ringan dan bertompok kepada pendarahan yang mengandungi lebih banyak darah yang pekat. Pendarahan faraj, semasa atau selepas menopaus, adalah salah satu tanda bagi kanser rahim.

Selain daripada pendarahan vagina, wanita dengan kanser rahim mungkin mengalami tanda-tanda atau gejala-gejala berikut:

  1. Keputusan ujian Pap smear yang tidak normal
  2. Kesukaran atau kesakitan apabila membuang air kecil
  3. Sakit semasa hubungan seksual
  4. Kesakitan di kawasan pelvis

RAWATAN UNTUK KANSER RAHIM

Pilihan untuk merawat kanser rahim anda bergantung kepada ciri-ciri kanser, seperti tahap dan status kesihatan anda.

  1. Pembedahan
  2. Pembedahan untuk membuang rahim disyorkan untuk kebanyakan wanita dengan kanser rahim. Kebanyakan wanita dengan kanser rahim menjalani prosedur untuk membuang rahim (“hysterectomy”), dan juga membuang tiub fallopian dan ovari (“salpingo-oophorectomy”). “Hysterectomy” menjadikan mustahil bagi anda untuk mempunyai anak pada masa depan. Juga, sebaik sahaja ovari anda dikeluarkan, anda akan mengalami menopaus pada usia yang awal.

  3. Radiasi
  4. Terapi radiasi menggunakan sinaran tenaga yang berkuasa tinggi, seperti sinar-X dan proton, untuk membunuh sel-sel kanser. Dalam sesetengah keadaan, doktor anda mungkin mengesyorkan radiasi untuk mengurangkan risiko kanser berulang lagi selepas pembedahan. Dalam keadaan tertentu, terapi radiasi juga boleh disyorkan sebelum pembedahan, untuk mengecilkan tumor dan memudahkan ia untuk dikeluarkan.

  5. Terapi hormon
  6. Terapi hormon melibatkan pengambilan ubat-ubatan yang mempengaruhi tahap hormon dalam tubuh. Terapi hormon mungkin menjadi pilihan jika anda mempunyai kanser rahim tahap akhir yang telah merebak di luar rahim.

  7. Kemoterapi
  8. Ia menggunakan bahan kimia untuk membunuh sel kanser. Anda mungkin menerima satu ubat kemoterapi, atau dua atau lebih ubat yang boleh digunakan dalam gabungan. Anda mungkin menerima ubat kemoterapi sama ada pil (secara oral) atau melalui vena anda (intravena). Kemoterapi mungkin disyorkan untuk wanita dengan kanser rahim pada tahap akhir atau yang berlaku berulang kali yang telah merebak di luar rahim. Ubat-ubat ini akan memasuki saluran darah anda dan kemudian dibawa melalui badan anda, membunuh sel-sel kanser.

  9. Penjagaan paliatif
  10. Ia adalah rawatan perubatan khusus yang memberi tumpuan kepada mengurangkan rasa sakit dan gejala lain bagi penyakit yang serius. Pakar penjagaan paliatif bekerja dengan anda, keluarga anda dan doktor anda yang lain untuk memberikan sokongan tambahan yang melengkapi penjagaan berterusan setiap hari. Penjagaan paliatif boleh digunakan sambil menjalani rawatan agresif yang lain, seperti pembedahan, kemoterapi atau terapi radiasi.


Moga perkongsian ini bermanfaat. Di sini Cik Rose kongsi jugak doa Mohon Kesembuhan. Kita berusaha, Allah jua yang menyembuhkan. 





Friday, September 28, 2018

Friday, September 28, 2018

SINOPSIS VILA GHAZARA DI TV3


SINOPSIS VILA GHAZARA DI TV3

Vila Ghazara teratak yang diberi nama hasil gabungan nama pemiliknya iaitu, Dr. Ghazaly Baqri (Ghaz), seorang doktor kosmetik yang juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya iaitu Zaharah (Zara). Siapa sangka Vila Ghazara yang terlihat indah di luarannya, para penghuninya tidak sebahagia yang disangka.

Kejayaan Dr. Ghaz sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dalam menentukan arah tuju lima puteranya iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikail) dan Azrel (Amirul Faqeem). Walau terlihat hebat dengan keluarga sempurna di mata ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria (Elly Mazlein).

Kerana sikapnya yang mahukan kesempurnaan, dia mengatur kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anak-anaknya. Tidak mahu hidupnya terus diatur, Hariz bertindak untuk meninggalkan Vila Ghazara. Apabila Hariz mengingkari arahannya, Dr. Ghaz terus menidakkan hak Hariz sebagai zuriatnya. Membawa diri selama 15 tahun, Hariz akhirnya pulang juga ke Villa Ghazara namun kepulangannya tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapnya. Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan berbanding anak-anaknya yang lain

Seperti mana dia pernah merancang kehidupan anak-anaknya dulu, Dr Ghaz kini mula menyusun perancangan untuk cucu tunggalnya iaitu Alia yang kini tinggal bersama mereka setelah anaknya, Adrian yang juga seorang juruterbang, diberhentikan kerja. Sejak dibuang kerja, Adrian dan isterinya, Sofea (Tunku Hanis) sering bertengkar dan mengabaikan Alia.

Dr. Ghaz kemudiannya mengupah Ariana (Azira Shafinaz) graduan bidang perguruan yang terdesak mencari pekerjaan untuk menjadi guru tuisyen dan mengajar Alia di rumah. Rupa-rupanya, Ariana dan Hariz saling mengenali. Hariz membenci Ariana kerana Ariana pernah menyebabkan Hariz terlepas penerbangannya ke London suatu ketika dahulu. Kerana itu juga, sepanjang Arianna berada di Villa Ghazara, mereka sering berselisih faham.

Apakah kesudahan konflik keluarga dalam Vila Ghazara ini? Adakah Dr. Ghaz akhirnya akan menerima dan berbangga dengan Hariz? Mungkinkah rasa benci di antara Ariana dan Hariz akan membibitkan rasa cinta?


PELAKON 

Shukri Yahaya sebagai Hariz
Azira Shafinaz sebagai Ariana
Mustapha Kamal sebagai Dr Ghaz (Ghazaly Baqri)
Haleeda sebagai Zaharah (Zara)
Syed Aiman sebaga Zarul
Aidil Aziz sebagai Adrian
Hafeez Mikail sebagai Dazrin
Amirul Faqeem sebagai Azrel
Elly Mazlein sebagai Maria
Tunku Hanis sebagai Sofea
Puteri Rafasya sebagai Alia
Riena Diana sebagai Anggerik
Qaralyana sebagai Ellie
Cik Maggis sebagai Mastura
Sophia Liana sebagai Hanie
Hamizul Hafeez sebagai Rahmat

Thursday, September 27, 2018

Thursday, September 27, 2018

Lirik Lagu Terkemuka - Benzooloo, Zizi Kirana dan Sandra Dianne

Lirik Lagu Terkemuka - Benzooloo, Zizi Kirana dan Sandra Dianne



Sandra Dianne :


Terang bintang hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan
Menjadi terkemuka

Rap: Benzooloo :


Pergi cari kapur putih conteng di papan hitam
Cipta ekuasi sendiri daripada perlu pinjam
Ingin jadi virtuoso ganda usaha kerja
Ganjaran kemudiannya datang meyusul pula
Tapi nampak dari mata masih ragu-ragu
Apa impresi pertama misalnya tidak laku
Sejam yang lalu yakin tidak kena kecam
Perasaan kurang pasti buat satu badan kejang
Yang penuh disitu bukti masih harum
Bukan senang untuk benang terus masuk lubang jarum
Nampak macam kalah tapi sebenarnya bukan
Belum orbit sepenuhnya nampak sinaran bulan
Kalau ingin yang lebih baik dari yang hari ini
Ambil contoh dari tokoh dan informasi terkini
Tujuan tabur baja supaya cepat tumbuh
Pastikan awal isi forum selagi belum penuh

Sandra Dianne :


Terang bintang hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan
Menjadi terkemuka

Rap: Zizi Kirana :


Kalau bukan sekarang jadi bila lagi
Teroka tempat orang lain tidak berani pergi
Masuk kebun sub atomik partikel bersentuhan
Gabungan menjadi kalau kodisi mengizinkan
Banduan dalam minda sedang minta bantuan
Buat keputusan sendiri bila kebuntuan
Tapi banyak orang kipas patutlah rasa sejuk
Ular yang mematuk datang dalam banyak bentuk
Ada yang kurang bahaya tapi kuat mengutuk
Suka buka luka lama yang susah untuk tutup
Tak pernah cukup semua harus berhenti
Tukar algoritma hidup dengan peranti panling canggih
Kalau hidup bagi lemon ambil pengisar buat jus
Minum di tepi beramda hanya perlu diam
Shuuu…
Catat di kalendar bila tarikh temuduga
Ternyata terbuka untuk jadi terkemuka

Sandra Dianne :


Tenang malam meniti masa silam
Setiap tenteram mula bergaung dalam
Namun hanya yang kembali bergema
Cuma yang terkemuka dimandikan cahaya

Terang bintang hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan
Menjadi terkemuka

Rap: Benzooloo


Sudah bilang bukannya susah bidang
Lima puluh lima puluh tendang tapi kena tiang
Egosentrik besar ekar buat orang lain hindar
Senang rancang dari awal tapi sayang kurang pintar
Pasal dalam parsel ada puzzle
Dengar khabar sendiri belum jumpa final
Pusing vinyl perlahan dapat untung
Lega dengan pemandangan bila sudah atas gunung
Kau lihat kelibat sekarang makin giat
Kau lihat kelibat sekarang makin giat
Sedia pasang niat terima hakikat
Buat apa yang kita minat jadikan itu pembakar
Langit sudah bersedia tinggal kau jadi pencakar

Sandra Dianne :


Terang bintang hingga bersinar fana
Dilambung ke awan
Hingga ternampak cuma
Kelajuan meniti jiwa raga
Hingga bertatah intan
Menjadi terkemuka


Thursday, September 27, 2018

Asid folik (Folic Acid) penting untuk kesuburan dan kehamilan

Asid folik (Folic Acid) penting untuk kesuburan dan kehamilan


Apakah Asid Folik?

  • Asid folik dan folat adalah bentuk vitamin B larut air. Folat berlaku secara semula jadi dalam makanan, dan asid folik adalah bentuk sintetik vitamin ini.
  • Asid folik diperlukan untuk perkembangan tubuh manusia yang sesuai. Ia terlibat dalam menghasilkan bahan genetik yang dipanggil DNA dan dalam banyak fungsi tubuh yang lain.
  • Jumlah vitamin yang berlebihan meninggalkan tubuh melalui air kencing. Ini bermakna badan anda tidak menyimpan asid folik. Anda perlu mendapatkan bekalan vitamin secara tetap melalui makanan yang anda makan atau melalui ubat ubatan.
  • Ia adalah vitamin B kompleks, mirip dengan vitamin B12. Vitamin B9 dan bentuknya menjalankan fungsi-fungsi penting dalam mewujudkan lebih banyak sel darah merah, mencegah kehilangan pendengaran, dan memelihara kesihatan otak bayi.
  • Asid folik juga diambil oleh wanita yang ingin mengandung atau yang sedang mengandung untuk kesihatan otak bayi dan juga untuk menambahkan sel merah dalam wanita. 

Asid folik adalah penting untuk membuat sel darah merah, serta :


  • sintesis dan pembaikan DNA dan RNA
  • membantu pembahagian sel cepat dan pertumbuhan
  • meningkatkan kesihatan otak
  • kehilangan pendengaran berkaitan umur

Ia amat penting bagi wanita yang hamil untuk mengambil asid folik yang mencukupi. Ini membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital utama otak atau tulang belakang, termasuk kecacatan tiub neural, seperti spina bifida dan anencephaly.Wanita yang rancang untuk kehamilan mereka harus mengambil suplemen asid folik untuk setahun penuh sebelum kehamilan untuk mengurangkan risiko perkembangan ini. Asid folik ini juga meningkatkan kesuburan wanita. 



Asid folik berlaku secara semulajadi dalam makanan berikut:


- Sayuran berdaun hijau gelap
- Kacang kering dan kacang polong (kekacang)
- Bayam
- Brokoli
- Selada
- Okra
- Asparagus
- Pisang
- Tembikai 
- Ragi
- Cendawan
- Daging 


 Banyak makanan kini diperkaya dengan asid folik. Sebahagian daripadanya adalah:


- Roti yang diperkaya
- Bijirin
- Tepung
- Pastas
- Nasi
- Produk bijirin lain


Terdapat juga banyak produk khusus kehamilan di pasaran yang telah diperkaya dengan asid folik. Sebahagian daripadanya berada di tahap yang memenuhi atau melebihi RDA untuk folat. Wanita perlu berhati-hati supaya tidak memasukkan sejumlah besar produk ini dalam diet mereka bersama dengan multivitamin pranatal mereka. Mengambil lebih banyak tidak diperlukan dan tidak memberikan sebarang faedah tambahan.

Tahap pengambilan atas yang boleh diterima untuk asid folik ialah 1000 mikrogram (mcg) sehari. Had ini berdasarkan kepada asid folik yang berasal dari makanan tambahan dan makanan yang diperkaya. Ia tidak merujuk kepada folat yang didapati secara semula jadi dalam makanan.

Wednesday, September 26, 2018

Wednesday, September 26, 2018

Lirik Lagu Anta Permana nyanyian Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Anta Permana nyanyian Siti Nurhaliza 




Bicara minda dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan bagaikan hangat mentari
Cinta yang sejati

Jauh dimata dekat dihati
Jika dirindu jangan curangi
Kemana kemana kan terbawa pergi
Terduga diuji

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Sedangkan lidah tergigit jua
Inikan pula cinta manusia
Melayang melayang dibawah pawana
Iringi cintamu

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
Kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar biarkan cinta anta permana

Andai bintang dan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianti
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta kerna ku pasti kau tiada pengganti
Kau tiada pengganti



Wednesday, September 26, 2018

Lirik Lagu Roadblock Hatiku - Baby Shima dan Floor 88



Lirik Lagu Roadblock Hatiku - Baby Shima dan Floor 88

(kau telah roadblock hatiku sayang)
(kau telah roadblock hatiku sayang)
(hey)

cerita ini bermula
ketika aku keluar
berjalan di kota raya
melihat sini sana
dengan e kali lima

hingga ku sedar dompetku di lain celana
nasibku menjadi parah
pabila ada polis di depan mata

hatiku rasa bergetar
bagaikan petir menyambar
saat engkau menghampiri
kaku kaki terkunci
bagai di sumpah jampi

hingga perlahan-lahan ku mendekatinya
dia memandangku
terasa panahan percikan api cinta

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

ku kaya-ya-yak kan saman cinta
(yak-yak-yak-yay)
ku tak kisah kau nak samanku berjuta

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

ku kaya-ya-yak kan saman cinta
(yak-yak-yak-yay)
ku tak kisah kau nak samanku berjuta
(yak-yak-yak-yay)



Wednesday, September 26, 2018

PESERTA GEGAR VAGANZA 5 | BIODATA BILLY ZULKARNAIN


Billy Zulkarnain adalah kumpulan penyanyi duo di Malaysia yang dianggotai oleh :-
  1. (Nine) Meor Zulkarnain bin Mohd Zamhuri
  2. (Billy) Sheikh Ahmad Rabily bin Sheikh Abdul Rahman

Kedua-dua ahli kumpulan ini juga adalah 2 orang penyanyi utama kumpulan Phyne Ballerz

Album pertama mereka berjudul Billy Zulkarnain  berentak Pop R&B.

Antara lagu-lagu mereka adalah :-
  • Hati Terluka
  • Apa Yang Kau Mahu
  • Kembali Lagi
  • Kau Yang Pergi
  • Talian Terputus

PESERTA GEGAR VAGANZA 5 | BIODATA BILLY ZULKARNAIN

Nine Phyne Ballerz

Meor Zulkarnain Bin Mohd Zamhuri
2 Januari 1981 (umur 37)
Sri Aman, Sarawak, Malaysia

 
Billy Phyne Ballerz

Shekih Ahmad Rabily Sheikh Abdul Rahman
28 Julai 1977 (umur 41)
 Kuala SelangorSelangor



Wednesday, September 26, 2018

Lirik Lagu Ragaman Nyanyian Faizal Tahir

Lirik Lagu Ragaman Nyanyian Faizal Tahir



Mr Ragaman
are you home?
who's Mr. Ragaman?
Mr. Ragaman i brought my sister with me
can you tell us a stry please?

hari isnin kau berkata nak makan lasagna
dah sampai kedai nak tomyam pula
oh my god...
petang rabu nak cendol pula
biar betik...
nasiblah baik mood aku baik

puasa baru nak mula
dah mintak langsir macam nak raya
ragamanmu hanya aku yang tahu

hanya kita berdua kekal sampai tua
bagai bulan dipagara bintang
tetapkan bersama

hanya kita berdua kekal bahagia
walau gila dibuatnya
aku sayang padanya

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

makan malam sudah dihidang
kau masih melaram
time tengok bola kau ajak keluar

Ya Allah...
masuk kereta baru gear dua
kau nak balik
nasiblah baik muka kau cantik

bulan puasa baru nak mula
dah mintak langsir macam nak raya
ragamanmu hanya aku yang tahu

hanya kita berdua kekal sampai tua
bagai bulan dipagara bintang
tetapkan bersama

hanya kita berdua kekal bahagia
walau gila dibuatnya
aku sayang padanya

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

dah berkali-kali kau buat lagi
tolong! tolong!
hanya kita berdua

hanya kita berdua
sampai hari tua
bagai bulan dipagara bintang
tetapkan bersama

hanya kita berdua
kekal bahagia
walau gila dibuatnya
aku sayang padanya...

walau gila dibuatnya
aku sayang padanya

walau gila dibuatnya...
aku sayang padanya...


Wednesday, September 26, 2018

Simptom Kurang Darah (Anemia) dan Cara Mengatasinya

Simptom Kurang Darah (Anemia) dan Cara Mengatasinya

Cik Rose nak kongsikan dengan semua tentang penyakit anemia atau kurang darah. Cik Rose ada beberapa orang teman yang mengalaminya. Jadi, tak salah rasanya untuk Cik Rose kongsikan di sini. Sebagai rujukan juga buat diri, keluarga dan semua pembaca. 


Antara tanda-tanda kurang darah adalah:

    • Rasa lemah, lesu, kurang tenaga dan daya untuk bekerja
    • Lelah, rasa seperti nafas tidak mencukupi, tercungap-cungap, terutama sekali apabila melakukan aktiviti fizikal
    • Pening, ingin pitam
    • Rasa jantung berdebar, deras
    • Kulit dan muka pucat
    • Denyutan nadi lemah dan deras

    Gejala kurang darah lain yang lebih spesifik mengikut puncanya :

    • Anemia kerana kurang zat besi: Kuku rapuh atau kuku melekuk, keinginan untuk makan barangan bukan makanan(bukan gejala yang biasa terjadi), retakan di sudut bibir
    • Anemia yang disebabkan proses ‘haemolysis’: sakit perut, kulit dan mata kuning, kencing berwarna gelap, pembesaran organ hati dan ‘spleen’, lebam 
    • Anemia kerana kurang zat B12: rasa semut-semut di tangan dan kaki, hilang deria rasa atau deria rasa kurang sensitif, masalah berjalan, tidak seimbang, masalah ingatan

Punca utama kurang darah. 
  • Anemia kerana kurang zat besi: Zat besi adalah komponen penting untuk menghasilkan sel darah merah. Seseorang akan kurang zat besi jika tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang. Zat besi terdapat dalam telur, ikan, daging, kacang-kacang, sayur hijau. Orang tua sering sekali menghadapi jenis anemia ini kerana tabiat pemakanan dan juga kerana masalah kesihatan lain. Pendarahan juga menyebabkan anemia jenis ini. Antara punca pendarahan yang utama ialah haid yang banyak, wanita yang hamil, buasir atau pendarahan dari perut atau usus seperti kanser. 
 
  • Anemia yang disebabkan kurang zat B12: Vitamin B12 juga merupakan komponen penting dalam pembentukan sel darah merah. Anemia boleh terjadi jika seseorang tidak mendapat vitamin B12 dengan secukupnya. Penyakit ‘pernicious anaemia’ menyebabkan perut tidak dapat menyerap vitamin B12. Penyakit lain yang melibatkan masalah penghadaman seperti ‘Coeliac’s disease’ atau ‘Crohn’s disease’ juga berisiko menghadapi situasi ini. Ketagihan minuman beralkohol juga memberi kesan.
 
  • ‘Haemolytic anaemia’ atau anemia di mana sel darah merah dihapuskan oleh kerana sebab yang luar biasa. Jika penghapusan sel darah merah lebih laju daripada badan boleh menghasilkan sel darah merah, gejala anemia akan berlaku. Situasi ini boleh disebabkan oleh banyak jenis penyakit seperti infeksi, kanser, leukemia, limfoma, ubat-ubatan dan penyakit di mana sistem pertahanan badan menyerang badan sendiri (penyakit ‘auto-immune’).

  • ‘Aplastic anaemia’: Sel darah merah dihasilkan di sumsum tulang. Penyakit ‘aplastic anaemia’ adalah keadaan di mana sumsum tulang tidak brfungsi dengan betul dan oleh kerana itu tidak dapat menghasilkan sel darah merah. Penyakit ini jarang sekali berlaku tetapi amat serius dan keadaan pesakit akan menjadi tenat jika dibiar begitu sahaja. Antara penyebab ‘aplastic anaemia’ adalah racun, jangkitan virus seperti HIV, EBV, pendedahan kepada radiasi, kemoterapi.
  • Thalassemia: Ini adalah penyakit di mana pigmen haemoglobin dalam sel darah merah tidak terbentuk dengan normal. Ini adalah penyakit genetik. Terdapat pelbagai jenis penyakit thalassemia yang dibahagikan mengikut caranya merosakkan hemoglobin.

  • ‘Sickle-cell’ anemia: Ini adalah penyakit yang juga disebabkan oleh genetik. Sel darah merah akan berbentuk lain dan ini menyebabkan pergerakan darah dalam badan kurang cekap dan membawa kepada simptom anemia. Walaubagaimanapun, mereka yang menghidapi penyakit ini akan terlindung dari penyakit malaria.

Rawatan yang disarankan oleh doktor adalah berdasarkan penyebab anemia tersebut. Diagnosis akan dicapai selepas doktor membuat pemeriksaan yang teliti. 
  • Makan seimbang: Jika kurang darah disebabkan kerana kurangnya zat seperti zat besi, vitamin

  • B12 atau asid folik, langkah pertama jika anemia tidak terlalu serius adalah untuk memperbaiki tabiat permakanan. Makanan yang tinggi kandungan vitamin B12 dan zat besi adalah telur, sayur-sayuran hijau, daging, ikan, kacang.

  • Pil vitamin dan zat: Selain dari sumber asli, doktor juga boleh memberi pil untuk memastikan anda mendapat zat besi dan B12 yang mencukupi.
 
  • Mengelak minuman alkohol: Minum alkohol terlalu banyak boleh membawa kepada masalah penyerapan vitamin B12 dan asid folik. 

  • Transfusi darah: Jika tahap darah terlalu rendah dan anda menghadapi simptom yang serius, doktor akan memberi darah melalui proses transfusi. Anda akan diberi darah yang sesuai dengan anda.
 
  • Pemindahan sumsum tulang: Jika sumsum tulang sudah tidak berfungsi, ini mungkin cara penyelesaian yang terakhir seperti penyakit ‘aplastic anaemia’ atau ‘sickle cell anaemia’

  • Mencari sumber pendarahan dan menghentikannya: Jika terdapat pendarahan secara kronik seperti kanser atau ulser perut, mengatasai masalah tersebut akan menghentikan masalah kurang darah.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.



Tuesday, September 25, 2018

Tuesday, September 25, 2018

Lirik Lagu OST Bahagia Bukan Bidaan | Ronnie Hussein - Sang Pemilik Hati


Lirik Lagu OST Bahagia Bukan Bidaan | Ronnie Hussein - Sang Pemilik Hati

wahai sang pemilik hati
yang selalu aku rindui
pada setiap senyuman
dan sentuhan
kau ajarkan aku erti bernyawa

hati ini jiwa ini
selalu milikmu
cinta ini
takkan pernah habis
walau sampai jantung terhenti

sempurnanya aku
bahagia aku kamu
           
demi masa
demi masa cinta
seluruh nyawa untukmu

hati ini jiwa ini
selalu milikmu
cinta ini
takkan pernah habis
walau sampai jantung terhenti

sempurnanya aku
bahagia aku kamu

cinta ini
takkan pernah habis
walau sampai jantung terhenti
   
sempurnanya aku
bahagia aku kamu


Monday, September 24, 2018

Monday, September 24, 2018

Korean Beauty | Apa Yang Cik Rose beli dari Althea Korea?

Assalamualaikum. Hai korang! Pernah dengar tentang Althea? Eh mestilah pernah kan. Nak shopping barangan kecantikan terus dari Korea, haruslah cari Althea. Yang pasti original dan harga yang lebih berpatutan. 

Ok, baru-baru ni Cik Rose ada beli barangan dari Althea. Jadinya, nak kongsi dengan koranglah apa yang Cik Rose beli. 

Nak tahu tak, kebetulan semuanya berwarna pink! Oh sukanya bila dapat. Tadaaa:


Ada 4 barangan yang Cik Rose beli.

Lip Sleeping Mask (berry) by Laneige
Petal Velvet Powder #PINK LAVENDER by Althea
Fresh Fruit Lip & Cheek by Skin Food
Hand cream - Perfume in Cherry Blossom 


Rambang mata!
Yes, bila buka website Althea, Cik Rose jadi tak keruan. Tengok ni, nak. Tengok itu, nak. Haih, sukar dikawal diri ini. Hihi. Jadi, Cik Rose buat keputusan beli apa yang perlu supaya tidak membazir di kemudian hari. 

Yang pertama, Cik Rose memilih untuk membeli: 

LIP SLEEPING MASK (BERRY) by LANEIGE




Kenapa Cik Rose beli Lip Sleeping Mask ni?
Terpengaruh dek penulisan dan testimoni yang berlambak di instagram dan blog! Hihi. Eh taklah. Itu bukan sebab utamanya.

Siapa yang tak nak bibir merah bak delima, lembut pula kan. So, sebab tu lah Cik Rose beli. Baunya harum manis berry! Rasa nak makan. Hihi. Elok ke tidak, berkesan ke tidak kan! 


Cik Rose dah cuba beberapa kali dan memang Cik Rose berpuas hati. Apa yang Cik Rose perasan, keesokkannya bila bangun tidur, bibir Cik Rose rasa lebih lembut dan bila pakai lipstick, rasa mungil. Eh tetiba! Harganya? Hanya RM61. Didatangkan bersekali dengan spatula comel. So, korang janganlah guna jari pula kan. 


Seterusnya, Cik Rose beli :

PETAL VELVET POWDER #PINK LAVENDER 


Petal Velvet Powder dari Althea ni merupakan edisi terhad bersempena ulang tahun Althea yang ke tiga!  Versi Pink Lavender uols.Lawalah! Pink purple. I like! 


Apa yang best dengan Petal Velvet Powder ni?
Ia membantu untuk mencerahkan dan melembutkan kulit. Selain itu, ia juga  mengandungi pigmen merah jambu dan ungu yang membantu menaikkan lagi seri kulit wajah yang kusam. Wahhh ni yang best ni! Selain tu, solekan kita pun tampak lebih berseri dan tahan lama. 

Sekarang ni, kalau nak cepat ke tempat kerja, memang inilah yang Cik Rose capai. Hihi. Leas pakai blur cream dari Pure Beauty, terus pakai bedak ni. Nampak natural gitu. Dengan harganya yang murah, RM17, sudah pasti ianya berbaloi. Korang kena cuba jugak tau. 

Seterusnya, Cik Rose memilih : 

Fresh Fruit Lip & Cheek by Skin Food




Kenapa Cik Rose beli ni? Cer teka. Hihi. Sudah tentu kerana Cik Rose tergoda dengan warnanya yang sweet tu. Alahai comelnya. Cik Rose memilih flavour Strawberry. Boleh dijadikan lipstick, blusher atau eyeshadow. Boleh jer, kita yang buat kan. Hihi. 

Warnanya korang nampak macam terang kan? Tapi, bila dah pakai, sweet je sebenarnya. Nampak sesuci murni tau. Macam sweet-sweet girl gitu. Innocent sangat! Hihi. Cik Rose suka dan berpuas hati! 

Yang terakhir, Cik Rose memilih : 

Hand cream - Perfume in Cherry Blossom 

Korean girl sangat Cik Rose rasa tau bila pakai hand cream. Hihi. Haruslah piliu haruman cherry blossom. Best bau dia. Cik Rose letak di office. Memang akan pakai selalu di office. Best! Lembut je tangan ni. 

Cik Rose beli 4 jenis barangan. Penghantaran terus dari Korea tau. Hanya mengambil masa lebih kurang seminggu sahaja. 

Apa yang best, kalau kita beli dari Althea, ia didatangkan dengan kotak yang cantik! Boleh buat koleksi. Dan lagi satu, kalau beli dua barang ke atas, free delivery uols! Emmm ni yang best ni.

Korang kena selalu tengok website Althea. Ada pelbagai tawaran dari Althea, ada kod diskaun dan banyak lagi tawaran. Siapa yang tak suka kan. 

Boleh beli di : https://my.althea.kr

Sekian, terima kasih.