Monday, September 24, 2018

Korean Beauty | Apa Yang Cik Rose beli dari Althea Korea?

Assalamualaikum. Hai korang! Pernah dengar tentang Althea? Eh mestilah pernah kan. Nak shopping barangan kecantikan terus dari Korea, haruslah cari Althea. Yang pasti original dan harga yang lebih berpatutan. 

Ok, baru-baru ni Cik Rose ada beli barangan dari Althea. Jadinya, nak kongsi dengan koranglah apa yang Cik Rose beli. 

Nak tahu tak, kebetulan semuanya berwarna pink! Oh sukanya bila dapat. Tadaaa:


Ada 4 barangan yang Cik Rose beli.

Lip Sleeping Mask (berry) by Laneige
Petal Velvet Powder #PINK LAVENDER by Althea
Fresh Fruit Lip & Cheek by Skin Food
Hand cream - Perfume in Cherry Blossom 


Rambang mata!
Yes, bila buka website Althea, Cik Rose jadi tak keruan. Tengok ni, nak. Tengok itu, nak. Haih, sukar dikawal diri ini. Hihi. Jadi, Cik Rose buat keputusan beli apa yang perlu supaya tidak membazir di kemudian hari. 

Yang pertama, Cik Rose memilih untuk membeli: 

LIP SLEEPING MASK (BERRY) by LANEIGE




Kenapa Cik Rose beli Lip Sleeping Mask ni?
Terpengaruh dek penulisan dan testimoni yang berlambak di instagram dan blog! Hihi. Eh taklah. Itu bukan sebab utamanya.

Siapa yang tak nak bibir merah bak delima, lembut pula kan. So, sebab tu lah Cik Rose beli. Baunya harum manis berry! Rasa nak makan. Hihi. Elok ke tidak, berkesan ke tidak kan! 


Cik Rose dah cuba beberapa kali dan memang Cik Rose berpuas hati. Apa yang Cik Rose perasan, keesokkannya bila bangun tidur, bibir Cik Rose rasa lebih lembut dan bila pakai lipstick, rasa mungil. Eh tetiba! Harganya? Hanya RM61. Didatangkan bersekali dengan spatula comel. So, korang janganlah guna jari pula kan. 


Seterusnya, Cik Rose beli :

PETAL VELVET POWDER #PINK LAVENDER 


Petal Velvet Powder dari Althea ni merupakan edisi terhad bersempena ulang tahun Althea yang ke tiga!  Versi Pink Lavender uols.Lawalah! Pink purple. I like! 


Apa yang best dengan Petal Velvet Powder ni?
Ia membantu untuk mencerahkan dan melembutkan kulit. Selain itu, ia juga  mengandungi pigmen merah jambu dan ungu yang membantu menaikkan lagi seri kulit wajah yang kusam. Wahhh ni yang best ni! Selain tu, solekan kita pun tampak lebih berseri dan tahan lama. 

Sekarang ni, kalau nak cepat ke tempat kerja, memang inilah yang Cik Rose capai. Hihi. Leas pakai blur cream dari Pure Beauty, terus pakai bedak ni. Nampak natural gitu. Dengan harganya yang murah, RM17, sudah pasti ianya berbaloi. Korang kena cuba jugak tau. 

Seterusnya, Cik Rose memilih : 

Fresh Fruit Lip & Cheek by Skin Food




Kenapa Cik Rose beli ni? Cer teka. Hihi. Sudah tentu kerana Cik Rose tergoda dengan warnanya yang sweet tu. Alahai comelnya. Cik Rose memilih flavour Strawberry. Boleh dijadikan lipstick, blusher atau eyeshadow. Boleh jer, kita yang buat kan. Hihi. 

Warnanya korang nampak macam terang kan? Tapi, bila dah pakai, sweet je sebenarnya. Nampak sesuci murni tau. Macam sweet-sweet girl gitu. Innocent sangat! Hihi. Cik Rose suka dan berpuas hati! 

Yang terakhir, Cik Rose memilih : 

Hand cream - Perfume in Cherry Blossom 

Korean girl sangat Cik Rose rasa tau bila pakai hand cream. Hihi. Haruslah piliu haruman cherry blossom. Best bau dia. Cik Rose letak di office. Memang akan pakai selalu di office. Best! Lembut je tangan ni. 

Cik Rose beli 4 jenis barangan. Penghantaran terus dari Korea tau. Hanya mengambil masa lebih kurang seminggu sahaja. 

Apa yang best, kalau kita beli dari Althea, ia didatangkan dengan kotak yang cantik! Boleh buat koleksi. Dan lagi satu, kalau beli dua barang ke atas, free delivery uols! Emmm ni yang best ni.

Korang kena selalu tengok website Althea. Ada pelbagai tawaran dari Althea, ada kod diskaun dan banyak lagi tawaran. Siapa yang tak suka kan. 

Boleh beli di : https://my.althea.kr

Sekian, terima kasih. 


13 comments:

  1. Macam Best pula hand cream tu..

    ReplyDelete
  2. Eee geram betul lah bila tengom barang2 althea ni..teruja sangat. Tapi blom ada kesempatan lagi nk membeli.. Nak belek2 dulu hihihi

    ReplyDelete
  3. wah lip sleeping mask. kalau nak bibir mungil gebu, boleh try ni. selalu pakai vaseline je. haha

    suka shopping dekat althea sebab banyak pilihan.

    ReplyDelete
  4. Wah semuanya pink2 gitu.. Hehehe . Kita pon suka beli dkt althea best2 smua..

    ReplyDelete
  5. PVP shad ada satu yg translucent putih tu, mmg best. Time peluh2 boleh backup apply powder ni. Yg pink Kaler ni belom try lg. Hihi. Semuaa pinky. Nnti nk try semua esp yg kasik bibir lawa tuu.. Hihi..

    ReplyDelete
  6. waduh.... comei2nya semua tu
    warnanya sgt memikat hati... pink lak tu

    ReplyDelete
  7. Rasa macam berkenan kat lip laneige tu lah.. Bibir pun tgh kering2 jgk skg ni

    ReplyDelete
  8. Wah semua barang althea memang best..tengok ciknor beli ni pun semua nampak best..nanti nak shopping jugala

    ReplyDelete
  9. Amboi sangat koleksi produk dia beli kali ni. Pink saja. Jeles tau

    ReplyDelete
  10. Cik en kalau masuk althea mmg rambang mata.. sampaikan nk beli aje semua.. ahhaha. Althea best!

    ReplyDelete
  11. The lip sleeping mask is really good and i am keen to try the petal velvet powder too.

    ReplyDelete
  12. Seronoknya tengok kawan kawan shopping di Althea kan.. Kita ni bila la nak shopping lagi. Hehhee

    ReplyDelete
  13. Bagus produk Althea ni pernah pakai memang best. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete