Breaking

Wednesday, October 31, 2018

Wednesday, October 31, 2018

APA MAKSUD EAT CLEAN DAN MANFAAT MENGAMALKANNYA

APA MAKSUD EAT CLEAN DAN MANFAAT MENGAMALKANNYA| Clean Eating atau eat clean ni adalah satu kaedah makan sebagai cara hidup, bukannya diet. Sebabnya, diet biasanya akan selesai jika berat badan telah turun atau telah mencapai target yang dikehendaki, sebaliknya eat clean ni tetap dilakukan secara berterusan.
Dalam clean eating (eat clean), kita diharuskan mengambil makanan yang semulajadi, seboleh mungkin tanpa melalui proses memasak yang lama.
Seboleh yang mungkin juga perlu kurangkankadar pengambilan garam, gula, minyak, makanan berlemak dan memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Bahan-bahan lain seperti protein tetap diambil dengan proses penyediaan yang sihat seperti kukus, rebus dan panggang.


Kaedah Memulakan Eat Clean


Di antara beberapa cara untuk memulakan eat clean ialah:-
  • Makan dalam portion yang kecil, 5-6 kali sehari untuk menjaga kestabilan gula dalam darah.
  • Mengambil protein yang lebih baik iaitu daripada sumber ayam, ikan, telur dan daging tanpa lemak.
  • Hindari semua makanan manis (gula, roti, kuih, kek,gula-gula, tepung putih, nasi putih dan sebagainya)
  • Hindari makanan berlemak jahat dan trans fat.
  • Hindari soda dan minuman tinggi kalori yang berasal daripada gula.
  • Hindari makanan yang mengandungi kalori yang tinggi, misalnya junk food (makanan ringan) dan yang digoreng terutamanya deep fry.
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.
  • Perbanyakkan proses memasak dengan kaedah kukus, rebus atau panggang.

Faedah kita malakukan eat clean


  • Pengurangan kadar lemak tubuh (inch loss)
  • Pengurangan berat badan (weight loss)
  • Menambah tenaga
  • Kulit lebih sihat
  • Rambut lebih cantik berkilau
  • Tidur lebih nyenyak
  • Meningkatkan imuniti tubuh
  • Menghilangkan stress
Sumber : EAT CLEAN


Kenapa Cik Rose ceritakan tentang Eat Clean  ni? Sebenarnya Cik Rose baru mencuba untuk eat clean. hihi. Baru  beberapa hari mencuba. Moga berdisplin hendaknya. hihi. Bukan mudah nak mengekalkannya. Nanti Cik Rose akan updated menu-menunya ya. 




Monday, October 29, 2018

Monday, October 29, 2018

Lirik Lagu Mengapa Perpisahan Kau Pinta - Flybaits Yang Dinyanyikan Zamani di Gegar Vaganza 5

Lirik Lagu Mengapa Perpisahan Kau Pinta - Flybaits Yang Dinyanyikan Zamani di Gegar Vaganza 5

Seketika itu sepi mencuit hati
Hanya suara hujan seakan menyanyi
Mendendangkan lagu syahdu
Ketika ku terpegun
Merenung jauh gambarmu sayangku
Terkilan rasa bila kata-katamu
Kau ucapkan padaku, membuat ku terpaku
Bersama-sama suratmu, setelah ku baca kini
Seolah ku berada dalam mimpi
Titisan demi titisan
Airmata ku jatuh berlinangan
Kugenggam gambarmu dalam pelukan mesra
Tak mungkin dapat ku melupakanmu...
Sayang...
Di dalam dunia ini
Tak mungkin dapat ku cari pengganti dirimu
Oh... mengapa perpisahan yang kau pinta
Janganlah kau lupa suatu ketika dulu
Kita pernah bersama berjanji dan bercinta
Kini nyata kau mungkiri setelah janjimu itu
Di manakah letak kejujuranmu
Dariku... dariku...

Saturday, October 27, 2018

Saturday, October 27, 2018

Peserta Maharaja Lawak Mega 2018

Peserta Maharaja Lawak Mega 2018. Mesti ada yang dah tertanya-tanya, siapa peserta Maharaja Lawak Mega tahun ni kan.  

Maklumlah, Arena Panggang dah tamat semalam. Jadinya, minggu depan bermulalah Episod Maharaja Lawak Mega pula kan. 

Siapa yang bakal menyertai Maharaja Lawak Mega 2018?

Lawak ke tidak. Akan terhiburkah kita nanti dengan lawak-lawak yang dipersembahkan? 


Pengacara Maharaja Lawak Mega 2018.

Siapa lagi , kalau bukan DAC. Dato AC Mizal. Pengacara yang akan menceriakan lagi rancangan Maharaja Lawak Mega. 

Peserta Maharaja Lawak Mega 2018.

Di sini Cik Rose senaraikan para peserta yang akan bertandingan di program ini. Semestinya ramai yang nak tahu kan. 

  1. Kumpulan 2B
  2. Kumpulan Abata
  3. Kumpulan Abioso
  4. Kumpulan Bocey
  5. Kumpulan Taman
  6. Kumpulan Zero
  7. Kumpulan Puteh
  8. Kumpulan Shiro
  9. Hilmy Ashley
  10. Kumpulan Joras
  11. Kumpulan Kiut
  12. Kumpulan Masin

Ok, Cik Rose sertakan juga gambar -gambar mereka. Untuk yang tidak mengenali mereka kan. 








Siapa yang bakal menang? Eh lambat lagi. Selamat berhibur!



Friday, October 26, 2018

Friday, October 26, 2018

Sedap Sangat ke Kuih Kapit Mentega Kacang

Assalamualaikum. 
Selamat malam! Malam ni sejuk, sebab hujan lebat.. Mata tak mengantuk, kita mengadap blog yer.

Korang dinner ape tu? 

Masak ke beli tu? Cik Rose tanya jer. hihi. 

Cik Rose makan kuih kapit mentega kacang. Ada yang panggil kuih sepit kan. Cik Rose beli sebab tergoda tengok lapisan 'peanut butter' yang tebal tu. Eh sedapnya.

Betul ke 'peanut butter' tu penuh dalam lipatan kuih kapit tu?

Jawapan jujur nya, tidak. Oh hatiku kecewa. 'Peanut butter' tu ada di hujungnya sahaja. 


Lepas tu, apa yang Cik Rose buat? 

Cik Rose beli mentega kacang yang kasar. Cuba tengok dekat piring tu. Kan ada Cik Rose letak. hihi. Cicah je nanti. Nyum nyum. 

Apapun, memang sedap kan. Kalau yang kosong, Cik Rose tak berapa gemar. Kalau ada inti macam ni, sukalah. hihi. 


Konon malam nak makan kuih ni jer. Sekali, pergi dapur bancuh air milo lah pulak. Eh eh eh sangat. 




Friday, October 26, 2018

Be A Good Person But Don't Waste Time To Prove It

Assalamualaikum.

Be A Good Person But Don't Waste Time To Prove It.

Jadi baik. Bukan perkara yang mudah. Tapi, setidaknya kita mencuba untuk jadi baik. Tak ada yang sempurna. Ya, betul. Kita tak boleh jadi sempurna. Ada kekurangan di sini dan di sana. 

Sebab tu kena cuba. Tak cuba, mana kita nak tahu kan. 



Jadi baik, itu memang baik. Tapi, tak perlu menunjuk-nunjuk. Tak perlu buang masa nak buktikan pada orang lain yang kita ni baik. Oh no no no. 

Cukup kita jaga diri kita, tak perlu nak 'try hard' tunjuk kita baik. 

kan? 

Teringat bait ayat ~doa yang baik-baik~.
dan ~Kita buat, kita dapat~. 




Friday, October 26, 2018

23 Tempat Larangan Merokok Yang Diwartakan Kementerian Kesihatan Malaysia

23 Tempat Larangan Merokok Yang Diwartakan Kementerian Kesihatan Malaysia. Assalamualaikum. Larangan merokok. Rasanya ramai yang tahu tentang info larangan merokok di beberapa kawasan kan. 

Namun, tak pasti berapa jumlah keseluruhan tempat larangan merokok. Cik Rose nampak info ni di laman buku. Jadi, terus kongsi di sini sebagai panduan mereka yang merokok. 

Pesanan penaja- Berhentilah merokok. 

Tempat Larangan Merokok.

Boleh tengok dalam gambar di bawah kawasaannya :-


Walau pun dah ada dalam gambar di atas, Cik Rose tulis juga supaya lebih jelas ya. 

Kat Mana Kawasan Larangan Merokok? 


  • Kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka.
  • Kawasan awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan. 
  • Kawasan taman asuhan kanak-kanak.
  • Dalam kawasan premis kerajaan.
  • Dalam menara cerapan, tapak perkhemahan,titian kanopi dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri. 
  • Di dalam pusat hiburan atau teater ,kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino.
  • Di dalam kawasan hospital dan klinik.
  • Di dalam lif dan tandas awam.
  • Tempat makan atau kedai berhawa dingin.
  • Dalam pengangkutan awam atau hentian pengangkutan awam.
  • Tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat.
  • Dalam bas sekolah.
  • Dalam kapal terbang.
  • Kawasan kafe internet.
  • Kawasan tempat latihan khidmat negara.
  • Kawasan perpustakaan.
  • Dalam bangunam atau tempat permainan kanak-kanak atau taman.
  • Kawasan kompleks membeli belah. 
  • Kawasan stesen minyak.
  • Kawasan yang digunakan bagi aktiviti perhimpunan di dalam bangunan selain bangunan kediaman.
  • Kawasan stadium, kompleks sukan,pusat kecergasan atau gymnasium.
  • Kawasan institusi pendidikan  atau institusi pendidikan tinggi.
  • Mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan. 

Ha, jelas tak?  Itulah kawasan-kawasannya. 

Tapi, lebih baik berhenti sahaja merokok kan. Jauhi rokok untuk hidup yang sihat. 

Asap rokok tu sangatlah bahaya. Yang tak merokok pula yang terpaksa menanggung kesan kesihatan dari asap rokok tu. Kasihanilah orang lain. 


Thursday, October 25, 2018

Thursday, October 25, 2018

Singgah Makan di Tuuu...Dia Pak Tam di R&R Tapah Arah Selatan

Singgah Makan di Tuuu...Dia Pak Tam di R&R Tapah Arah Selatan. Assalamualaikum. Minggu lepas Cik Rose balik kampung(Kedah). Hampir seminggu. Cerita balik kampung nanti cerita kemudian, di lain entry. 

Hari ni nak cerita tempat makan best di R&R Tapah Arah Selatan. Cik Rose singgah masa dalam perjalanan nak balik Johor. 

Macam biasa, kalau balik kampung naik kereta, tak sah rasanya kalau tak singgah R&R untuk berehat seketika. Isi minyak, ke tandas atau makan. 

Balik kali ni, Cik Rose dan suami singgah R&R Tapah. Lepas parkir kereta, terus menuju ke tandas. Kemudian, jalan-jalan untuk melihat juadah yang bersesuaian dengan tekak masing-masing. hihi. Jalan punya jalan, sampai ke penghujung, iaitu kedai makan Pak Tam. Dengan tagline nya - Tuuu...dia Pak Tam. 

Pelbagai jenis makanan ada dijual. Nasi Kabsah kambing menjadi pilihan suami. Harga dalam RM16.++. Sedap kata suami. Cik Rose tak rasa pula.



Apakah pilihan Cik Rose? Jeng jeng jeng. Cik Rose pilih mihun sup. Teringin nak makan yang berkuah panas-panas. Jadi pilih mihun sup. Harganya RM6.++. Sedap rasanya. Yang best, isi ayam banyak tau. Memang puas hati.


Di sini juga, selain ada pilihan air yang pelbagai, ada juga dijual pelbagai minuman kopi. Coffee lover jangan risau ya. Suami Cik Rose pilih Hot Caramel Cappucino. Cik Rose pula pilih Iced Mocha. Sedap! 


Selesai makan, beli pula ice cream susu kambing. Sedap! Gambar tak ada. Tak sempat nak ambil uols. 

Secara keseluruhannya, Cik Rose berpuas hati. Berbaloi makan di sini dengan apa yang kita bayar. Banyak cawangan Kedai Pak Tam ni kan. Yang ini, pengalaman Cik Rose di Cawangan R&R Tapah. 

Tempat lain Cik Rose tak tahu. Korang pernah singgah tak? Jom share dengan Cik Rose. 




Wednesday, October 24, 2018

Wednesday, October 24, 2018

APABILA DIUJI DENGAN KESUSAHAN DAN KESENANGAN

Assalamualaikum. 
Apa khabar semuanya? Moga berada dadlam keadaan yang baik semuanya. Terasa lama tak menulis secara santai di blog sendiri. hihi. Banyak bercerita tentang produk dan hiburan jer kan. Sesekali terasa nak menulis tentang perihal kehidupan pula. 

Terasa ingin menulis secara bebas macam dulu. Ceritakan pengalaman sendiri dan boleh dikongsikan dengan yang memerlukan. Cik Rose selalu juga dapat email bertanyakan tenang info-info yang pernah Cik Rose coretkan dahulu. Seperti masalah kesihatan, cerita resepi, bunga-bunga dan haiwan.

Oh ya, bercerita tentang bunga, Cik Rose banyak dapat soalan melalui email dan DM di instagram. Sama-sama pencinta bunga. Moga minat terhadap bunga sentiasa mekar di jiwa.

Gambar di bawah, saja Cik Rose letakkan di sini. Kebetulan memakai serba merah jambu-pink. Dapat pula parcel, juga berwarna merah jambu. Menambahkan suka dalam hati. Alhamdulillah. Itu yang minta tolong officemate ambilkan gambar ni. Tadaa.. 


APABILA DIUJI DENGAN KESUSAHAN DAN KESENANGAN. Apa tindakan kita? Apakah perasaan kita? 

Cik Rose ternampak status di bawah di ruangan facebook sendiri. Throwback status bererapa tahun lepas. Nasihat dari Prof DR Muhaya. Amat tersentuh hati tatkala membacanya ketika ini. 

"Kita selalu takut diuji dengan kesusahan tetapi jarang kita takut bila diuji dengan kesenagan. Sama AUDIT diri. Bila dikeji, disakiti, kita menangis merayu pada Allah, tetapi bila dipuji, dihormati, dihargai apakah kita menangis pada Allah. Pujian lebih bahaya dari teguran kerana ia boleh membuatkan kita tersungkur kerana mungkin timbnul ujub. Bila susah, manusia akrab dengan Allah tapi bila senang, mudah lupa pada Allah. Jom tafakhur diri kita. Jom renung ayat Al Anbiya(ayat 35). Allah akan menguji kita dengan kesusahan dan kesenangan."



Peringatan buat diri Cik Rose sendiri. Kongsi di sini sebagai panduan diri dan juga mungkin bermanfaat pada  yang lain.

Moga kita terhindar dari sifat berkenaan.

Wednesday, October 24, 2018

LIRIK LAGU PAKU - ARA JOHARI


LIRIK LAGU PAKU - ARA JOHARI

Sudah lama disini menantimu
Namun engkau
Tidak pernah memandangku

Hati ini
Tak mungkin akan menyerah
(Untuk) Tuk dapatkan
(Untuk) Tuk Hanya memilikimu

Pandangan matamu
Membuat ku terjatuh jatuh
Tersungkur didalam hatimu

Ku terpaku, ku kaku di depanmu
Degup kencang fikiran melayang
Sudah terkena panahan rasa cinta

Tapi kita utamakan yang satu
Bersujud meminta kepadamu
Bina mahligai Didunia DiSyurga

Hati ini
Tak mungkin akan menyerah
(Untuk) Tuk Dapatkan
(Untuk) Tuk Hanya Memilikimu

Pandangan matamu
Membuat ku terjatuh jatuh
Tersungkur didalam hatimu

Ku terpaku, ku kaku di depanmu
Degup kencang fikiran melayang
Sudah terkena panahan rasa cinta

Tapi kita utamakan yang satu
Bersujud meminta kepadamu
Bina mahligai didunia disyurga wooo

Ku terpaku ku kaku di depanmu
Degup kencang fikiran melayang
Sudah terkena panahan rasa cinta

Tapi kita utamakan yang satu
Bersujud meminta kepadamu
Bina mahligai di dunia di syurga wooo

Ku terpaku ku kaku di depanmu
Degup kencang fikiran melayang
Sudah terkena panahan rasa cinta

Tapi kita utamakan yang satu
Bersujud meminta kepadamu
Bina mahligai didunia disyurga wooo

Ku sudah terkena cinta
Ku sudah terkena cinta

Wednesday, October 24, 2018

Lirik lagu Nyawa & Raga - Sarah Suhairi



Lirik lagu Nyawa & Raga - Sarah Suhairi 

Aku nyawa engkau raga
Yang ditakdirkan bersama
Dan berdua kita warnai dunia

Kita ada bukan untuk cari satu kesempatan
Engkau hadir penuh ikhlas kepadaku

Benarku sukar ungkapkan kata sayang
Tapi pasti dirimu selalu di hati
Tak sekali dirimu pernah kulupa
Walaupun sedetik takkan pernah singgah

Wahai temanku ingin dirimu tahu
Kasih penuh dalam hati hanya untuk kamu
Tiada ego dan rasa pentingkan diri
Iri dan benci tak pernah

Dan kau... hadir...
dalam suka dan duka
Tak penah kau menjauh dariku

Andai nanti terpisah dirimu selalu di hati
Tetaplah kau bersinar sahabat

Aku nyawa engkau raga
Yang ditakdirkan bersama
Dan berdua kita warnai dunia

Kita ada bukan untuk cari satu kesempatan
Engkau hadir penuh ikhlas kepadaku

Rap:
Wahai teman aku mahu engkau tahu
Kasih penuh dalam hati buat kamu
Tiada ego dan rasa penting diri
Iri dan benci tak pernah ada
Terima kasih kerna sudi bersahabat
Takkan lupa dan sering diperingat
Seringkali kita telan pahit manis
Suka dan duka bahagia bersama

Dan kau.. hadir...
dalam suka dan duka
Tak penah kau menjauh dariku

Andai nanti terpisah dirimu selalu di hati
Tetaplah kau bersinar sahabat

Aku nyawa engkau raga
Yang ditakdirkan bersama
Dan berdua kita warnai dunia

Kita ada bukan untuk cari satu kesempatan
Engkau hadir penuh ikhlas kepadaku

Wednesday, October 24, 2018

THE WORLD’S MOST INTEGRATED APP (CANNIS) IS POISED TO BE LISTED ON NASDAQ IN 2021


Hello everyone. 
Cannis mobile APP accumulated hundred thousand of users in less than two months time, forming a new APP trend, and is bound to become the upcoming greatest star in Nasdaq, United States.

Cannis continuously invests in the most popular industries since early 2018, namely the technologies, films, beauty, preventive medicines, latest technology farming etc.. With the corporation with their strategic partners, Cannis have well extended their markets in many South East Asia countries rapidly, and expected to soon be listing on Nasdaq.



Chief Executive Officer Dato’ Ching Eu Boon also stated during Cannis’s 3000 pax conference “The Upcoming Greatest Star in Nasdaq” that Cannis’s partnership are not limited to latest technologies, such as the digital technology, huge database, artificial intelligence, but also with filming, preventive medicines and beauty industries.

“We are very much looking forward to the strategic corporation with said industries in winning users’ entrustment and enhancing the users’ end seamless O2O experience.”

App Download and Users’ Spending Set a New History-breaking Record, Cannis is born in  the best era



The third quarter of year 2018 has been the most profitable season for the App Stores. The comprehensive app download amount in said season on App Store and Google Play has exceeded more than 29 billions, 10% increment as compared to the past. While the globally consumer spending has reached nearly 20 billion US dollars, an increment of 20% in comparison to the same season in the past, both set a new historical record.

Analysing the App categories under increments of downloads,  games, entertainment and video broadcasting App have been the most downloads and are found as the factors. The strong performances of the two latter types of Apps show a general demand of market for creative contents.



Overall, the third quarter of year 2018, App Store and Google Play both had historical higher downloads and consumer spendings. This fully demonstrated the market trend of an App, which continues to rise depending on the popularity of smartphone usage, providing a non-stoppable spendings and considerable development potential.

Cannis focuses on the fastest-growing industries, providing an integration platform, creates a powerful 7-in-1 function.



A perfect Virtual-Reality combined O2O Mode

Cannis App not only incorporates innovative functions every month but also selectively invest huge funds on offline trending industries, hoping to connect offline customers’ overall spending flow with online databases, so as to start building the O2O model, letting the front-end marketing promotions, on- and offline member streaming efficiently, and back-end goods delivery services become smoother.


In terms of member diversion, Cannis members are applicable for both online and offline discounts, including any purchases at Cannis’s strategic partners’ retail stores. Online points can be used to make discounts, helping consumers to save money. Participating in a series of Cannis-designed competitions also allow members to win grand prizes through sharing.

The Chief Operating Officer of Cannis, Mr. Mohammad Mustaqim Bin Abdullah stressed that the platform will actively carry out comprehensive layout for online and offline services, so that the physical store is no longer restricted by the size or regional restrictions of the space. Through the mode of Cannis e-commerce and preferential shopping, the merchants information can be passed through at the lowest cost to a precise targeted market, therefore maximising the advertising effectiveness.

Cannis Strategic Partners



Strategic partners present on the day include EMPRO’s Dr. Coco Alex; Producer of Da Motion Production House, Encik Along; Creative Director of (凯优影视控股有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Bhd.’s Mr Chis Yen; Weber PDT Cancer Treatment Health Centre’s Prof. Madaya Dr. Martin E. Roberts; CEO of (名资股份有限公司), Mr. (蔡逸群) and Dr. DNA Mr Jannings Lee.

The Honorary Consul of the Slovak Republic, Tan Sri Datuk Sri One Tee Keat said that Cannis has a keen sense on trend development. Through big databases analysis, they accurately learn the real needs of consumers. The rich ethnic culture in Malaysia also helps enlarging the business to the world, attracting future strategic partners. Whether in the media marketing or development strategies, their performances have been remarkable.


Cannis is the world’s first integrated app that provides consumers with this wide range of App services, live broadcasting, e-commerce, discount shoppings, social networking, short videos, games and payments, can all be found on Cannis App. Cannis is convinced that having Malaysia’s diverse ethnic groups and culture as the starting point, it is easier to expand Cannis from South East Asia to the rest of the world.
For more information, please visit http://cannis.app.

Tuesday, October 23, 2018

Tuesday, October 23, 2018

Lirik Lagu Rampas - Akim & The Majistret

Lirik Lagu Rampas - Akim & The Majistret



Air mata separuh mati yang ditahan,
Diberhentikan lekuk kelopak,
Dingin tubuh terkulai diam tak bernadi,
Tangan bersaksi kita bergenggam,

Rampas semua,
Badanku belahlah dua,
Ambil semuaku ada,
Ikutkan sahaja hati,
Atau apa yang kau rasa,

Langkah pun lemah dalam susur pancaroba,
Lekat di persimpangan dilema,
Cuba keluar di jalan yang tak berarah,
Tunggu serpihan bongkah cahaya,

Putus segala,
Hijab kau dan aku,
Sampai nanti,
Kita bertemu,

Rampas semua,
Badanku belahlah dua,
Ambil semuaku ada,
Ikutkan sahaja hati,
Atau apa yang kau rasa,


LAGU : Hang Nadim , Laq
LIRIK : Bunga Cantik

Saturday, October 13, 2018

Saturday, October 13, 2018

SUSU FERNLEAF SUSU DARI NEW ZEALAND YANG BERKHASIAT DAN BERKUALITI

SUSU FERNLEAF SUSU DARI NEW ZEALAND YANG BERKHASIAT DAN BERKUALITI. Lembu hitam putih.. moo moo. Nak tahu tak, Cik Rose suka sangat tengok lembu hitam putih ni tau. Cik Rose tahu lembu ni banyak di New Zealand. Nak pergi sana, entah bila nak sampai ni. Sebab tu, baru-baru ni bila suami Cik Rose ke Kundasang, Cik Rose jealous! Hahhah. Dia bergambar dengan lembu hitam putih tu. Siap pegang! Syoknya kalau Cik Rose dapat tengok sendiri dengan mata ni. 


Eh eh, jelaous tu kejap jer. Sebab hati dah terubat dengan lembu kat bawah ni :


Elok je duduk dalam kandang tu yer hihii..

Susu Fernleaf diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand!

Ok, siapa yang suka minum susu? Seeloknya kita amalkan minum susu setiap hari. Tapi, Cik Rose tahu ramai yang tak minum hari-hari kan. Baik mengaku. 

Banyak sangat susu yang dijual di luar sana. Berbagai jenis dan dari jenama yang berbeza. 

Kenapa mesti nak minum Fernleaf? Apa yang menariknya susu Fernleaf ni? Apa yang membezakan susu Fernleaf dengan susu yang lain?

Untuk pengetahuan korang, lembu tenusu ni adalah jiwa dalam industri tenusu peladang di New Zealand. Para peladang di sana menjaga lembu-lembu tenusu dengan penuh dedikasi. Penuh komited! 


Lembu di New Zealand bebas meragut rumput yang subur!

Selain itu,  di New Zealand mereka juga mengusahakan ladang mereka secara semulajadi. Mereka memberikan kebebasan kepada lembu mereka untuk meragut di padang rumput yang subur. Hasilnya susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi yang kaya dengan kalsium.  Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi,  Vitamin A dan juga Vitamin D.

Ia adalah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas tanpa terkurung dalam kandang. Yeayy bebas! Rumput mereka adalah rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam. Jadi, mereka dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi secara semula jadi. Susu apa korang? Susu Fernleaf lah.. 


Macam ni lah gambarannya. Cuma, di New Zealand, kawasannya luas! 


New Zealand merupakan tempat terbaik di dunia dalam penghasilan susu!

Korang nak tahu tak, bahawa bukan semua lembu tenusu diberi makan rumput. Yes, betul. Tapi, di New Zealand, lembu-lembunya makan rumput. New Zealand ni memiliki tanah yang subur dan kadar hujannya baik. Ditambah pula dengan cahaya matahari yang banyak menjadikannya sebagai salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.


One more thing,  lembu-lembu di New Zealand ini menghabiskan sebanyak 90% masa untuk meragut rumput yang segar secara bebas pada hari yang cerah. Ini secara tidak langsung membuatkan lembu tenusu mereka mendapat kandungan Vitamin D yang sihat.

Bila dah dapat nutrien tu, lembu tenusu mereka menghasilkan susu dengan tahap Vitamin D yang lebih tinggi berbanding dengan lembu tenusu yang lain yang mana sering terkurung di dalam kandang. Terbaik kan?

Lembu Tenusu mereka menghasilkan susu secara  semulajadi,  dengan adanya faktor-faktor lengkap seperti rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa,  dan udara serta air yang bersih. 

Lagi satu, lembu tenusu mereka dapat menghasilkan susu secara semula jadi tau, tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Wow sangat kan! 


Warisan dan kepakaran mereka inilah yang menjadikan New Zealand sebagai peneraju dunia dalam industri tenusu hari ini.


Favourite Cik Rose semestinya susu coklat. Minum sejuk-sejuk, lega sangat rasa tekak ni. Sedap! Sekotak pun rasa tak cukup. Nak lagi, dan lagi! Hihi.


Selain perisa coklat, ada juga susu full cream. Yang ini kalau makan dengan oat sedap aih. Ehh kalau minum gitu saja pun dah sedap. 

Sesetengah orang suka menjadikan susu sebagai minuman untuk sarapan kan. Makan dengan roti atau biskut. Atau pun dengan oat dan nestum. 

Kalau Cik Rose, suka minum sebelum tidur. Nyenyak je tidur. Kekenyangan. Hikhik.. 


Kat mana nak dapatkan Susu Fernleaf?

Korang boleh beli di pasaraya dan kedai-kedai berhampiran. Ada dah dijual. Cik Rose pun sekarang beli buat stok letak dalam peti ais. Sebelum tidur, minum sekotak.


Thursday, October 11, 2018

Thursday, October 11, 2018

Perkembangan Bunga-Bunga di Mini Garden Cik Rose

Assalamualaikum dan selamat petang. 
Rasa lama tak bercerita dan berkongsi tentang bunga-bunga di Mini Garden Cik Rose.

Masih mempunyai minat yang utuh terhadap bunga-bunga. Cumanya kekangan masa untuk menulis tentang perkembangan bunga-bunga ni. Apa yang disibukkan tu Cik Rose? 


Biasalah dalam apa jua yang kita lakukan, ada pasang surutnya juga. Tak selalu kita di atas, kadang -kadang perlu menoleh di bawah. 

Eh eh kenapa ni?

Alhamdulillah, bunga-bunga masih mekar berkembang. Bulan lepas, Cik Rose kerap kali balik kampung dan meninggalkan Mini Garden Cik Rose.

Hati mana yang tak gusar bila bunga-bunga ditinggalkan. Baru tumbuh pucuk, belum sempat berkembang, dah ditinggalkan beberapa hari pula. 


Di entry akan datang, Cik Rose akan kongsikan cara yang Cik Rose lakukan untuk mengembalikan kesegaran bunga-bunga ini. 

Cik Rose dah bereksperimen sendiri dan tengok hasilnya. Ok ke tidak. 


Masih mengekalkan jenis bunga yang sama di Mini Garden Cik Rose ini.. ada bunga ros, bunga orkid dan bunga daisy. 

Cik Rose sayang semua bunga-bunga ini. 

Sekian, bertemu lagi di entry akan datang ya .