Friday, October 05, 2018

Nasi Lemak Bank Rakyat Sungai Petani.

Nasi Lemak Bank Rakyat Sungai Petani. Assalamualaikum dan selamat malam.

Malam ni cerita santai sahaja. Relax-relax kan. Jangan nak serius sangat ya. Hihi.

Nasi lemak. Dah sinonim dengan kita rakyat Malaysia. Kalau dulu, nak sarapan je cari nasi lemak. Tapi, sekarang dah lain. Tak kira masa kita makan nasi lemak. Pagi, tengahari, petang dan malam. 

Malam ni nak bercerita mengenai Nasi Lemak Bank Rakyat. Di mana? Di bandar Sungai Petani. Bersebelahan Bank Rakyat. Cik Rose rasa warga Sungai Petani mesti pernah beli kan?


Nasi lemak Bank Rakyat ni dah sebati dengan Cik Rose. Dulu, selalu je pergi makan dengan mak ayah dan keluarga. Ada macam-macam jenis lauk. Ada ikan bilis, telur, ikan masin, ayam, udang, dan lain-lain. 

Pilih sahaja mengikut selera korang. Dulu harganya cuma seringgit. 

Tapi, sekarang harganya meningkat kepada RM1.20. Bukan sahaja ada nasi lemak, ada juga char keow teow, cucur udang dan lain-lain.

Cik Rose rasa, nasi lemak ni berlainan tuan. Sebab korang boleh tengok ada yang di cop, ada yang ditulis dengan marker sahaja. 

Apapun, tempat ini ada sentimental value yang tersendiri buat Cik Rose. Cik Rose duduk Johor sekarang, kalau balik kampung, harus makan kat sini sekali. Hihi.

Mungkin sesetengah orang berpendapat tiada yang istimewa kerana hanya nasi lemak. Tapi, belum cuba belum tahu tau. Dah cuba sekali, nak lagi.

Ada yang pernah makan di sini? 

1 comment:

  1. nasi lemak is ohsem.
    umah aida ni, masih ada sebungkus singgit.
    alhamdulillah.

    ReplyDelete