Breaking

Friday, November 30, 2018

Friday, November 30, 2018

Lirik Lagu Sibuk - Kaka Azraff



 Lirik Lagu Sibuk - Kaka Azraff 

Jangan call aku sibuk
Jangan call aku sibuk (ayo)
Jangan call aku sibuk
Hari ini, semalam dan esok (ayo, uh-uh-uh)
Magic Potions in the compound
Jangan call aku sibuk (sibuk, uh-uh-uh)
Jangan call aku sibuk (ayo, uh-uh-uh)
Jangan call aku sibuk
Hari ini, semalam dan esok (ayo, uh-uh-uh)

[Verse 1: Kaka Azraff]
Nombor hilang, handphone baru
Overseas, takut bil melambung (ayo)
Esok cuba lagi
Atau takyah cuba langsung
Aku tak free, aku tak free (yeah)
Kerja OT, hari-hari
Banyak alasan yang ku bagi
Kalau suka, ada lagi

[Chorus: Kaka Azraff]
Tapi sekarang jangan call aku sibuk
Jangan call aku sibuk (ayo)
Jangan call aku sibuk
Hari ini, semalam dan esok (ayo, uh-uh-uh)
Jangan call aku sibuk (sibuk, uh-uh-uh)
Jangan call aku sibuk (ayo, uh-uh-uh)
Jangan call aku sibuk
Hari ini, semalam dan esok (ayo, uh-uh-uh)

[Verse 2: Kaka Azraff]
Aku tak free, aku tak free (yeah)
Kerja OT, hari-hari (yeah)
Banyak alasan yang ku bagi
Kalau suka, ada lagi (yeah)
Tak dapat ku gantung lama, bateri nak mati
Tak dapat ku sembang lama, ada hal peribadi
Aku takde masa, jangan ganggu aku lagi
Gerak dulu, a-aku gerak dulu

[Chorus: Kaka Azraff]
Jadi sekarang jangan call aku sibuk (sibuk, uh-uh-uh)
Jangan call aku sibuk (ayo, uh-uh-uh)
Jangan call aku sibuk
Hari ini, semalam dan esok (ayo, uh-uh-uh)

[Verse 3: Alif]
Cuba jangan call, aku masih lagi sibuk
Kau ambil berat tapi padaku menyibuk (ay, yo, oh, no)
"Alif ada kat mana?"
"Alif ada dengan siapa?"
"Alif tengah buat apa?"
Jika aku tak jawab, sudah pasti
Itu jawapan yang ku telah bagi
Kau tak faham apa yang ku hadapi
Kenapa aku sorang yang kau cari

[Chorus: Kaka Azraff & Both]
Jadi sekarang jangan call aku sibuk (sibuk, uh-uh-uh)
Jangan call aku sibuk (ayo, uh-uh-uh)
Jangan call aku sibuk
Hari ini, semalam dan esok (ayo, uh-uh-uh)

[Outro: Kaka Azraff]
Magic Potions in the compound
Jangan call, aku sibuk



Friday, November 30, 2018

5 TIP PENJAGAAN KESIHATAN JANTUNG YANG PERLU KITA TAHU

5 TIP PENJAGAAN KESIHATAN JANTUNG YANG PERLU KITA TAHU. Assalamualaikum. Saban hari, ada saja berita yang Cik Rose terima dari orang sekeliling. Pelbagai penyakit datang menerjah secara tiba-tiba. Ada yang tahu puncnya dan ada yang tidak pula diketahui puncanya. Kita hanya boleh cuba untuk mencegahnya. Setidaknya kita berusaha, kan. 

Entry kali ni, Cik Rose nak menulis tentang tips kesihatan jantung yang perlu kita ambil tahu.  Cik Rose ambil dari website ANLENE. Tak salah untuk Cik Rose berkongsi di sini untuk pengetahuan bersama. Moga bermanfaat.




5 TIP PENJAGAAN KESIHATAN JANTUNG


Pasangan yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung akan hidup lebih sihat dan sejahtera. Sama-sama kita saling ingat mengingati kan. Cik Rose sendiri sedang berusaha sedikit-sedikit ubah gaya hidup. Cuba jaga makan dan cuba aktifkan diri. Tai, tidaklah secara drastik. 

Di sini, Cik Rose ringkaskan tip-tip berikut untuk menjaga kesihatan jantung.

1.      KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT
Berat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Kita disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah anda. Masih banyak yang perlu CIk Rose kurangkan. Tak apa, sedikit demi sedikit. 

2.      KEKALKAN TAHAP KOLESTEROL, TEKANAN DARAH DAN GULA DARAH DALAM LINGKUNGAN NORMAL
Lakukan pemeriksaan tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amallah diet yang seimbang dan teruskan gaya hidup yang aktif. Insyaalla, moha Cik Rose berdisplin untuk meneruskan cara pemakanan yang sihat. 


3.      AMALKAN DIET YANG BAIK UNTUK JANTUNG
Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak, dan kurangkan makanan bergoreng. Makan ikan setiap hari dan pilih ikan laut dalaman (contohnya Ikan Salmon atau Sardin) 2 kali seminggu. Makan buah-buahan dan sayuran kerana mereka merupakan sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung anda. Di samping itu, adalah digalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.

4.      KEKAL AKTIF SECARA FIZIKAL
Tabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Pilihlah aktiviti yang anda suka, dan tingkatkan kekerapan anda mengikut masa. Buat masa ni, aktiviti naik dan turun tanggalah yang selalu Cik Rose lakukan. hihi. Maklumlah rumah atas sekali. 

5.      PENGURUSAN STRESS
Jangan pandang stress sebelah mata. Stress yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Kadang kala kita ambil mudah dengan stress. Kita biarkan hingga ia menjadi suatu bebanan yang amat berat pada diri kita. Jangan sampai macam tu. Jalani gaya hidup yang sihat bersmaa orang-orang yang positif. 




Thursday, November 29, 2018

Thursday, November 29, 2018

SINOPSIS DRAMA TERBAIK DARIKU DI TV3



SINOPSIS DRAMA TERBAIK DARIKU DI TV3

Mengisahkan seorang wanita yang tersepit antara impiannya untuk memiliki cinta suaminya dan menerima realiti suaminya menyintai perempuan lain. Aisyah mengahwini Taufiq kerana menyangkakan suaminya itu ikhlas terhadapnya. Sebenarnya, Taufiq tidak pernah menyintai Aisyah. Sebaliknya Taufiq hanya mempergunakan Aisyah atas desakan ibunya, Saodah yang mahu menumpang kesenangan yang dimiliki Aisyah.

Dalam diam, Taufiq mempunyai seorang isteri lain bernama Suraya (Azar Azmi) yang dikahwininya sebulan selepas pernikahannya dengan Aisyah. Taufik bijak menyembunyikan perkahwinannya itu sehingga tidak dapat langsung dihidu oleh Aisyah. Taufiq sering memburukkan Aisyah di hadapan Suraya.

Dia sering mengadu dia tidak bahagia dengan Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami malah katanya, Aisyah memperkecilkan dirinya sebagai lelaki yang berasal dari kampung dan miskin. Semua rekaan cerita ini menyebabkan Suraya bencikan Aisyah. Seringkali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraikan Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah.

Kehadiran Zaharah, seorang gadis yang diselamatkan oleh Aisyah kerana melarikan diri daripada dijual ayahnya kepada lelaki yang tak dikenali tidak disukai Taufiq dan Saodah. Mereka berasa sangsi dengan kata-kata Zaharah, lebih-lebih lagi Saodah. Saodah tidak mahu Zaharah menjadi penghalang untuk dia menikmati kesenangan harta Aisyah.

Saodah kemudiannya menghalau Zaharah. Aisyah nekad untuk mencari Zaharah. Kehilangan Zaharah mengimbau kembali memori Aisyah akan satu peristiwa hitam yang terjadi kepadanya sewaktu kecil.

Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Aisyah bersungguh mahu menjejaki Zaharah? Adakah pembohongan Taufiq akan terbongkar?

PELAKON : Syazuwan Hassan, Zara Zya, Hanna Aqeela, Azri Iskandar, Dilla Ahmad, Adam Corrie, Fadilah Mansor, Ikhlas Jalil, Azar Azmi, Ainina Ahmad, Adrea Abdul, Amirul Faqeem, Aisyah Kamaludin, Sabhi Saddi, Aleza Shadan, Shamiela


Thursday, November 29, 2018

KERINDUAN | DAMAI MENGGAMIT KALBU

Assalamualaikum.

Pernah tak korang melihat gambar-gambar lama. Lepas tu, pelbagai memori dan kenangan lalu datang menerjah. Koran mesti akan rindu dengan suasana tersebut. 

Kenangan indah, mahupun kenangan duka.

Dalam hidup ni, tak semuanya berjalan lancar. Bukan semua yang kita inginkan, akan kita peroleh. Ada pasang surutnya. Ada saja dugaan atau ujian yang singgah.

Kitalah  yang kena tabah dan bijak mengatasinya. Jangan cepat berputus asa. Jangan cepat mengalah. Tarik nafas dahulu. Cuba tenangkan fikiran. Perlahan-lahan cuba ambil langkah untuk menyelesaikan satu persatu masalah.


Lokasi : Jeti Titi Semeling, Kedah.


UJIAN KITA  BERBEZA, USAH DIBANDINGKAN


Kadang kala, kita rasa ujian kita berat. Kita sedih dan pedih bila diuji. Tapi, sedarkah kita ada yang lain sedang bertarung dengan ujian yang lebih berat. Sedangkan diri kita baru tercuit sedikit.

Hidup kita berbeza, jalan kita berbeza dan ujian kita berbeza. Setiap dari kita bertuah dan harus bersyukur. Kita diuji dengan apa yang kita mampu hadapi. Bayangkan jika kita mengalami ujian yang lain, mungkin kita tak mampu pun nak mengangkat wajah nak teruskan perjalanan.


BERI KATA SEMANGAT DAN POSITIF PADA DIRI SENDIRI


Sedikit kata-kata positif, cuba Cik Rose kongsikan di sini. Bukan untuk siapa, tapi untuk diri sendiri. Cuba untuk ingatkan diri sendiri supaya jangan jasi lembik. Supaya tak ambil pusing cakap-cakap orang. Apalah sangat dengan sindiran orang dibandingkan dengan ujian fizikal yang orang lain hadapi. 

Namun, hal perasaan jangan di ambil mudah. Bila dipendam, terus dipendam, bimbang merosak jiwa. Sesekali luahkan. Sesekali cuba lawan semula. Bukan bertindak kurang ajar, cuma berkelakuan tegas sedikit. 

Terima kasih buat teman-teman yang memberi semangat. Yang mengubah diri dari terlalu tunduk dan diam, kepada yang pandai bersuara. 




Thursday, November 29, 2018

Sinopsis Drama Selafaz Cinta di Astro Prima Lakonan Saharul Ridzwan

Sinopsis Drama Selafaz Cinta di Astro Prima Lakonan Saharul Ridzwan. Assalamualaikum. Drama terbaru di Astro Prima, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang iaitu Selafaz Cinta. dah bersiaran pada 27 November 2018. 

Cik Rose tak tahu pun tentang drama ni pada awalnya. Tapi, bila officemate bercerita, rasa tertanya-tanya pula kan. Eh, drama apa tu. Siapa pelakonnya. Terus cari di instagram. Oh lakonan Saharul Ridzwan. Menarik ni. hihi. 



Sinopsis Drama Selafaz Cinta di Astro Prima Lakonan Saharul Ridzwan


Mengisahkan mengisahkan konflik rumah tangga melibatkan dilema seorang wanita bernama Jannah yang menghadapi masalah orang ketiga dalam rumahtangganya. Lebih malang lagi apabila orang ketiga tersebut merupakan adik kawan baiknya sendiri. Semuanya berubah bila Jannah secara tidak sengaja terbaca pesanan teks di telefon bimbit suaminya, Reza. Pesanan yang berbaur mesra tersebut dihantar oleh seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Snow White’. Walau bagaimanapun, Jannah tetap bersangka baik pada Reza.

Reza Ammar seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Seorang suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga. Bukan jenis yang mudah tergoda dengan wanita namun kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari. Namun Reza tetap mencintai dan menyayangi Jannah dan anak mereka Shila.

Zahratul Jannah seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Isteri Reza ini selain cantik juga seorang muslimah yang taat. Patuh pada suami. Dulunya seorang gadis yang manja, suka bersosial dan tidak matang. Kini, menjadi seorang yang taat pada agama hasil bimbingan Reza. Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah.

Liza Lyana berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza. Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza.

Ustaz Fakih membesar dengan ilmu agama di luar Negara dan pulang ke Malaysia menjadi seorang Ustaz. Namun, satu konflik timbul yang mula menguji kesetiaan kepada isterinya. Ustaz Fakeh mula jatuh cinta dengan isteri orang yang selalu hadir ke kuliah agamanya. Dalam masa yang sama, Fakeh ni kasihankan wanita tersebut yang dianiyai oleh suami.

PELAKON : Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, Fezrul Khan, Riz Amin, Sharifah Sakinah, Ikhwan, Sura Sojangi, Chacha Maembong, Luqman Hafidz, Haris Ismail, Mimi Ernida, Asyiqin Zaed, Rahhim Omar, Haleeda Mazlin, Ainin Batrisya, Alyssa Dezek, Idraki Tan


Thursday, November 29, 2018

BAJU TRAVEL MUSLIMAH YANG CANTIK DAN MURAH DI SWEET MUSLIMAH

BAJU TRAVEL MUSLIMAH YANG CANTIK DAN MURAH DI SWEET MUSLIMAH. Assalamualaikum. Dah nak bulan 12, cuti sekolah pun dah bermula. Ramai yang merancang  untuk bercuti kan. Korang nak ke mana tu? 


TRAVEL DI MUSIM CUTI SEKOLAH


Percutian dah plan betul-betul. Hotel dah  booking. Kenderaan dah servis. Eh eh, baju yang sesuai tak ada? Takkan nak pakai baju yang sama je setiap kali bercuti kan. Bukan mudah nak cari baju yang selesa untuk percutian kita kan. Nak yang selesa, cantik dan juga patuh syariah. Tu yang penting. dan kalau boleh tak nak lah yang over. Orang kata less is more gitu. 

Korang jangan risau. Cik Rose ada cadangan ni. Sempatlagi kalau korang nak membeli. Postage pun dalam 2 ke 3 hari je kan. Sebab tu kena cepat.



BAJU YANG CANTIK. SELESA DAN PATUH SYARIAH DI SWEET MUSLIMAH


Apa kata korang tengok website SWEET MUSLIMAH. Banyak tau baju yang menepati ciri-ciri yang dah Cik Rose sebutkan di atas. Tinggal pilih saiz dan warna je uols. 



QAISSA SUIT  IRONLESS 

# Baju Loose Cutting
# Mudah ambil wudu' just tarik macam tu ja. 
# Material yang tak perlu beria-ia nak iron. (ironless )
# Material MOSS CREPE (KOREA) yang memeri
# Size XS, S, M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL, 5XL ( sampai penat jari sy nak type saiz sampai habis. banyak betul saiz yg kita sediakan untuk uollssss)
# Material yang sangat sesuai untuk travel
material mosscrepe.  Adalah memeri jadi dinasihatkan ambil SATU SAIZ LEBIH KECIL untuk keselesaan dan best bila pakai.



Ada banyak pilihan warna yang ada. Navy blue, emerald green, hitam , dan banyak lagi. Kalau nak tengok pilihan yang ada, boleh terus ke website SWEET MUSLIMAH. Korang klik je gambar-gambar yang ada ni ya. Nanti korang akan terus di bawa ke sana.








Cantik kan? Mesti korang suka dengan style  yang minima macam ni. Senang nak bergerak aktif!

Risau tak muat? Janganlah gundah gulana. Cik Rose sertakan sekali carta saiz bagi Qaissa Suit ni. Senang korang nak ukur dan buat pilihan. 



Jangan fikir lama-lama. Nanti habis pula saiz yang korang idamkan tu. Order cepat, sampai pun cepat. Bolehlah pakai cepat. hihi..

Ada sales sekarang ni. So, memang jimat beli sekarang. Berbelanjalah secara berhemah uols. 

Akhir kata, jomlah cuci mata di SWEET MUSLIMAH . Hihihi.

Thursday, November 29, 2018

Lirik Lagu Siti Nordiana - Hatiku Milikmu



Lirik Lagu Siti Nordiana - Hatiku Milikmu

aku telah merasakan
pahitnya kau tinggalkan
pernahkah dihatimu mencintaiku
takkan pernah habis kasihku padamu
selama jiwaku masih untukmu

jangan pernah kau biarkan aku
untuk kembali pada kekasih aku yang lalu
aku hanya ingin mendampingimu
hingga nadiku tak dapat engkau rasakan

cinta hatiku takkan pernah bisa
menggantikan oleh yang lainnya
pernah ku cuba dan kurasakan tapi ku tak daya
jangan pernah kau cuba untuk meminta
akupun disini tak pernah rela
tolong jagalah dan kau kuatkan hatimu untukku
hatiku milikmu

jangan pernah kau biarkan aku
untuk kembali pada kekasih aku yang lalu
aku hanya ingin mendampingimu
hingga nadiku tak dapat engkau rasakan

cinta hatiku takkan pernah bisa
menggantikan oleh yang lainnya
pernah ku cuba dan kurasakan tapi ku tak daya
jangan pernah kau cuba untuk meminta
akupun disini tak pernah rela
tolong jagalah dan kau kuatkan hatimu untukku
hatiku milikmu
hatiku milikmu

Wednesday, November 28, 2018

Wednesday, November 28, 2018

Hari Coklat Sedunia | Tekak nak makan manis-manis

Assalamualaikum. Dah terasa macam Hari Coklat Sedunia pula gayanya. Makan coklat dan makan coklat!

Alkisahnya beli coklat semalam. Baru hari ni rasa nak makan. Officemate pun join makan coklat juga. Cuma, jenis coklat kitorang berbeza.  Iyalah, selera berbeza kan.

Cik Rose beli coklat bar M&M dan coklat Bon O Bon.

Tadaa, coklat bar M&M :


 Ini pula coklat Bon O Bon :


Selalunya, coklat M&M yang jenis biji-biji tu je kan. Kali ni Cik Rose ternampak yang jenis bar. Hati melonjak ingin tahu rasanya. Sedapkah? atau biasa-biasa saja. hihi. 

Ternyata, rasa coklatnya sedap. Dalam kepingan coklat, ada diletakkan coklat M&M yang bulat tu. Terasa kesedapan coklatnya dengan setiap gigitan! 

Puas hati. Rasa coklatnya sedap.

Coklat Bon O Bon tu pula, pertama kali Cik Rose nak rasa. Tak pernah beli sebelum ni. Yang ni pun sedap juga. Dalamnya seakan ada isi. wahhh terbaiklah.

Bukan selalu makan coklat. Bila teringin baru Cik Rose beli dan makan..Kalau tak ada selera, memang tak berusiklah coklat tu. 

Bila dah lama pantang coklat, sesekali makan coklat, baru terasa nikmatnya, kan. 



Wednesday, November 28, 2018

Lirik Lagu Bahagia - Eza Edmond



Lirik Lagu Bahagia - Eza Edmond

dengarkan bibirku berbicara
tapi dari hatiku yang kini sepi
kenapa pula perlu berpisah
bila semua punyai cinta di jiwa

apa mungkin ini selamanya
ataupun ini hanya seketika
kenangan yang tersimpan
di hati sampai mati ku janji

pulangkan suatu hari nanti

oh oh hari nanti
oh oh hari nanti

ku.. ada kamu
tapi ku perlukan jawapan jujur
dari kamu, huhuhuu
biar dunia pun tahu

kau.. kau penipu
setiap tutur katamu
hanya permainanmu saja
untuk aku, huhuhu
sedihnya hidup begini

setiap yang ku lakukan untuk dirimu
terasa bagaikan angin berlalu
bila dirimu tiada, hatiku rasa hiba
kau tanda bahagia, kaulah dunia

walaupun aku tahu
kau bukan milikku
kau perlu tahu
sedihnya novel cintaku

biarlah yang fahami
hanya diriku saja
ku tetap berdoa
agar kau bahagia
agar kau bahagia
aahh.. aaa...

ku.. ada kamu
tapi ku perlukan jawapan jujur
dari kamu, huhuhu
biar dunia pun tahu

setiap yang ku lakukan untuk dirimu
terasa bagaikan angin berlalu
bila dirimu tiada, hatiku rasa hiba
kau tanda bahagia, kaulah dunia

walaupun aku tahu
kau bukan milikku
kau perlu tahu
sedihnya novel cintaku

biarlah yang fahami
hanya diriku saja
ku tetap berdoa
agar kau bahagia
agar kau bahagia
aaaa.. ha.. haaaa
agar kau bahagia
aaaa.. ha.. haaa


Wednesday, November 28, 2018

Lirik Lagu Bodoh - Shila Amzah


Lirik Lagu Bodoh - Shila Amzah


Bodohkah aku
Untuk mencintaimu
Teman ku berkata
Kau pandai berpura..

Bodohnya aku
Masih merinduimu
Jelas terbayang wajah
Kucupan kasihmu..

Ku harus lupakan segala
Perasaan yang pernah ada
Buat engkau dan aku
Kau dan aku

Betapa mudahnya kau meninggalkan aku
Dalam sekelip mata dengan sekeping nota
Cinta..

Betapa mudahnya kau meninggalkan aku
Dalam sekelip mata dengan sekeping nota
Cinta..

Uoo.. Heiee..

Bodohnya aku
Masih merinduimu..uo
Jelas terbayang wajah
Kucupan kasihmu..

Ku harus lupakan segala
Perasaan yang pernah ada
Buat engkau dan aku
Buat Kau dan aku

Betapa mudahnya kau meninggalkan aku
Dalam sekelip mata dengan sekeping nota
Cinta..

Betapa mudahnya kau meninggalkan aku
Dalam sekelip mata dengan sekeping nota
Cinta..

Dalam kau ada aku ada dia
Yang ku mau tahu berapa lama
Dibelakang ku kau bermain cinta
Yang kau janji cuma aku yang punya..

(Betapa mudahnya kau meninggalkan aku
Dalam sekelip mata dengan sekeping nota
Cinta..)

Aku yang punya
Aku yang punya



Tuesday, November 27, 2018

Tuesday, November 27, 2018

Pertama Kali Mencuba Lipmatte Sobella Selepas Tergoda Dengan Rakan Blogger!

Pertama Kali Mencuba Lipmatte Sobella Selepas Tergoda Dengan Rakan Blogger!. Tajuk entry bukan main panjang, itulah penyedap cerita kan. hihi.

Alkisahnya, kalau nak diceritakan tentang lipmatte, memang Cik Rose akui ada banyak koleksi. Biasalah naluri perempuan. Tengok tu cantik. Tengok yang ini pun cantik. Mudah tergoda! 

Antara koleksi yang ada ialah jenama Loreal Paris, Silky Girl, Ephyra, Fame, Sistho(The Beauty Hacks) , NYX dan Tarte. Tarte tu yang paling sayang. Maklumlah, harganya Cik Rose mampu tengok je selalu. Bila dah dapat satu, haruslah sayang terlebih. 

Lipmatte Sobella ni elok ke?

Ok, sejujurnya tak pernah cuba. Jadi, tak tahu teksturnya macam mana. Warnanya ok ke tak. Tahan ke tak. Mengeringkan bibir ke? Susah nak tanggalkan ke? Eh macam-macam yang bermain di minda ni tau. 

Tengok Orang Lain Pakai Lipmatte Sobella ni cantik!

Ok, ramai rakan Cik Rose yang jual lipmatte Sobella. Cik Rose tengok dorang pakai memang lawa. Ada banyak juga pilihan warna yang ada. 

Tapi, Cik Rose sekadar tengok. Tak tergoda lagi lah. 

Hinggalah satu hari, Cik Rose nampak satu post rakan blogger (Kak Dana) di facebook. Terdetik dalam hati, lawanya warna bibir. Nampak berseri! 

Apalagi, terus komen cakap lawa. Rupanya, Kak Dana pakai lipmatte Sobella, kod warna Seri Orked. 

Cik Rose yang tergoda, terus bukak Shopee. hihi. Apalagi, beli terus dua! Kod warna Seri Orked dan Vampire Red.



Kod warna ni, edisi khas raya. Maknanya, kalau habis, habislah. Tak ada restock dah. Limited edition gitu. 

Apalagi, Cik Rose sebagai model tak berbayar tak lepaskan peluang nak bergambarlah. hikhik.


Review Lipmatte Sobella.

Pertama kali pakai , dah suka! Warnanya cantik.  Yang penting, ia tak keringkan bibir Cik Rose. Elok je terletak. hihi. Cik Rose pakai ikut mood. Kadang-kadang main campur je kod warna yang ada. 

Tips Elakkan Bibir Kering Selepas Pemakaian Lipmatte Sobella. 

Cik Rose faham, keadaan kita berbeza. Ada yang normal, ada yang memiliki bibir yang kering. Untuk elakkan bibir kering, sebelum pakai lipmatte, oleskan dahulu lipbalm. Lepas tu, baru pakai  lipmatte Sobella.

Kesannya, bibir lebih cantik dan kemas. 
Nampak lembap dan tidak keringkan bibir tau. 

Cik Rose suka sangat! 
Sesuai dengan bibir Cik Rose. Warnanya pun cantik-cantik. Oh I'm in love gitu!




Monday, November 26, 2018

Monday, November 26, 2018

MILK PEEL CREAM MASK DARI ALTHEA KOREA

MILK PEEL CREAM MASK DARI ALTHEA KOREA . Assalamualaikum. Hai! Sejak dua menjak ni, Cik Rose suka berkongsi tentang produk kecantikan di laman blog dan juga instagram. Cik Rose kongsikan produk yang Cik Rose dah guna, untuk kebaikan bersama. Ecewah!

Korang nak tahu tak, Althea Korea ada keluarkan satu lagi produk baru selepas Althea Petal Velvet Sunaway . 


Apakah Milk Peel Cream Mask?


Susu? Cream? Buih? Eh bukan! Ianya adalah sejenis masker yang bertujuan untuk membuang sel-sel kulit mati . Aduhai. Cik Rose ni memang suka mask-mask ni. Tapi, ni bukan mask biasa tau. Lain daripada yang lain ni. 





Tengoklah wajah Cik Rose yang super duper excited bila dapat barangan yang datangnya dari Korea ni! Wow, Cik Roselah wanita terbahagia. Haa gittew!




Packaging Milk Peel Cream Mask


Korang tengoklah, saiz botolnya yang sangat praktikal. Mudah di bawa ke mana-mana dengan saiz botolnya ni. Boleh je selit dalam beg make up. Nak bawa travel pun mudah! 

Warna biru lembutnya menyerlahkan lagi serinya, membuat kita rasa nak pakai, dan nak pakai lagi!




Kandungan Milk Peel Cream Mask


Ianya mengandungi ekstrak AHA dan BHA, yang membantu pengelupasan kulit yang lembut tetapi efektif untuk menanggalkan sel kulit mati. Ia juga dirumus dengan ekstrak protein dari susu untuk merangsang semula dan melembapkan kulit. Hasilnya kulit korang menjadi lebih sihat dan lebih anjal. Tapi, kena konsistenlah uols. Jangan sekali pakai je tau. 

Tengoklah kotak susu kat bawah ni. Jangan terpedaya. hihi. Bukan susu. Tapi, bila dah pakai macam letak susu je di muka! Hihi.






Cara Guna Althea Milk Peel Cream Mask


Picitkan mask dan sapu ke seluruh wajah. Basahkan dahulu wajah korang seeloknyalah. Biar lembap-lembap gitu.  Boleh je sama ada nak sapu tebal atau pun nipis. Teksturnya seakan tanah liat, tapi bila dah rata ke seluruh wajah, macam whipped cream pulak. Lepas tu,  tunggu sehingga ia bertukar menjadi buih halus dan urut seluruh wajah. Biarkan dalam 30 - 60 saat dan bilas dengan air suam sehingga bersih.

Sebab tu, Cik Rose cakap macam magik. Dia boleh berubah tekstur. Korang kenalah cuba dulu. Memang best. Lepas bilas dengan air suam tu, kulit akan terasa lebih lembut tau. Licin je rasa, mulalah asyik nak tengok cermin. Hahaha.



Untuk lebih jelas, jomlah tengok video yang Cik Rose hasilkan ni :




Review dari Cik Rose tentang MILK PEEL CREAM MASK DARI ALTHEA KOREA 


Secara jujurnya, memang Cik Rose akan cadangkan untuk korang yang masih tercari-cari mask yang sesuai dengan wajah korang. Sebab, ianya memang berkesan dengan Cik Rose. Cukup  jika korang pakai dua kali seminggu. Hasilnya memang terbaik!

Kulit jadi lebih lembut dan lembap. Cik Rose sendiri rasa perubahan setelah memakainya. Agaknya produk Korea ni memang serasi sangat dengan kulit Cik Rose. Eh perasan kejap. hihi. 

Mask ni,  sangat sesuai untuk semua jenis kulit sama ada  kulit jenis kombinasi, liang pori besar, atau pun kulit kering. Eh pendek kata, sesuai untuk semua!






Milk Peel Cream Mask ni didatangkan dengan saiz 50ml dengan  harga  RM36.00. Kalau korang beli sekarang, ada diskaun sebanyak 10%. Boleh beli di https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask

Untuk makluman lanjut,  korang boleh tengok di laman web, instagram dan facebook Althea.




Monday, November 26, 2018

Lirik Lagu Alyah - Jutaan Purnama


Lirik Lagu Alyah - Jutaan Purnama

sayangku
bangun oh sayang ku
sedarkan dari lena mimpimu
aku masih perlukan dirimu

sayangku
bukalah matamu
lihat diriku masih menunggu
kesatkan air mataku

maafkanku kerna ku takut kehilangan dirimu

taruhkan jutaan purnama
kan setia diriku bersamanya, mencintanya hingga ke akhirnya
akhirnya

sayangku
bangkit oh sayangku
mari menari seperti dulu
hilang arah ku tanpamu
maafkan kerna ku takut kehilangan dirimu

taruhkan jutaan purnama
kan setia diriku bersamanya, mencintanya hingga ke akhirnya
taklukkan hatiku padanya
janji setia aku bersamanya, mencintanya hingga ke akhirnya

teruskan jalanku mencintainya
sampai nanti jasadku terbeku
dan ternyata abadi cinta kita selamanya

kau jutaan purnama
kan setia diriku bersamanya, mencintanya hingga ke akhirnya
taklukkan hatiku padanya
janji setia aku bersamanya, mencintanya hingga ke akhirnya

janji setiaku padanya, bersamanya, mencintanya hingga ke akhirnya
akhirnya