Friday, November 30, 2018

5 TIP PENJAGAAN KESIHATAN JANTUNG YANG PERLU KITA TAHU

5 TIP PENJAGAAN KESIHATAN JANTUNG YANG PERLU KITA TAHU. Assalamualaikum. Saban hari, ada saja berita yang Cik Rose terima dari orang sekeliling. Pelbagai penyakit datang menerjah secara tiba-tiba. Ada yang tahu puncnya dan ada yang tidak pula diketahui puncanya. Kita hanya boleh cuba untuk mencegahnya. Setidaknya kita berusaha, kan. 

Entry kali ni, Cik Rose nak menulis tentang tips kesihatan jantung yang perlu kita ambil tahu.  Cik Rose ambil dari website ANLENE. Tak salah untuk Cik Rose berkongsi di sini untuk pengetahuan bersama. Moga bermanfaat.




5 TIP PENJAGAAN KESIHATAN JANTUNG


Pasangan yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung akan hidup lebih sihat dan sejahtera. Sama-sama kita saling ingat mengingati kan. Cik Rose sendiri sedang berusaha sedikit-sedikit ubah gaya hidup. Cuba jaga makan dan cuba aktifkan diri. Tai, tidaklah secara drastik. 

Di sini, Cik Rose ringkaskan tip-tip berikut untuk menjaga kesihatan jantung.

1.      KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT
Berat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Kita disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah anda. Masih banyak yang perlu CIk Rose kurangkan. Tak apa, sedikit demi sedikit. 

2.      KEKALKAN TAHAP KOLESTEROL, TEKANAN DARAH DAN GULA DARAH DALAM LINGKUNGAN NORMAL
Lakukan pemeriksaan tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amallah diet yang seimbang dan teruskan gaya hidup yang aktif. Insyaalla, moha Cik Rose berdisplin untuk meneruskan cara pemakanan yang sihat. 


3.      AMALKAN DIET YANG BAIK UNTUK JANTUNG
Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak, dan kurangkan makanan bergoreng. Makan ikan setiap hari dan pilih ikan laut dalaman (contohnya Ikan Salmon atau Sardin) 2 kali seminggu. Makan buah-buahan dan sayuran kerana mereka merupakan sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung anda. Di samping itu, adalah digalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.

4.      KEKAL AKTIF SECARA FIZIKAL
Tabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Pilihlah aktiviti yang anda suka, dan tingkatkan kekerapan anda mengikut masa. Buat masa ni, aktiviti naik dan turun tanggalah yang selalu Cik Rose lakukan. hihi. Maklumlah rumah atas sekali. 

5.      PENGURUSAN STRESS
Jangan pandang stress sebelah mata. Stress yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Kadang kala kita ambil mudah dengan stress. Kita biarkan hingga ia menjadi suatu bebanan yang amat berat pada diri kita. Jangan sampai macam tu. Jalani gaya hidup yang sihat bersmaa orang-orang yang positif. 




7 comments:

  1. zaman sekarang memang kena jaga kesihatan betul². macam-macam penyakit boleh datang daripada pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat. Tq share tips.

    ReplyDelete
  2. Bab kesihatan dalaman ni memang kena jaga betul betul. Yela, bhgn dalaman kan. Yang kita x boleh nak nampak.
    Apa apa pun, kita cuba la saranan yang sebaiknya tuk kekalkan kesihatan jntung yng sihat.

    ReplyDelete
  3. Bersenam tu jarang buat..dulu time study rajin jugak hehe.. Tp mmg kita kena jaga jantung kita kan.. Bykkn mknn sayur n buah jgk

    ReplyDelete
  4. Zira kalau stress tak reti nak kawal, Kadang sampai sakit kepala

    ReplyDelete
  5. Pengurusan stress tu memang penting..

    ReplyDelete
  6. 2-4 tu senang je nak istiqomah, tapi nak mula yg no 1 tu macam ape jeeee...hahaha

    ReplyDelete
  7. Thanks for the reminder, memang menakutkan bila baca statistik berapa ramai warga Malaysia yang mati kerana penyakit jantung. So kita kena amalkan gaya hidup yang sihat dan sederhana.

    ReplyDelete