Thursday, November 22, 2018

Lirik Lagu Rumah Kecil Tiang Seribu - Azian Mazwan Sapuan

Assalamualaikum. Apa khabar semuanya. Moga berada dalam keadaan yang baik. Dalam seminggu ni, Cik Rose tak berapa sihat. Demam, selsema, batuk.. Ubatlah peneman seharian. Nak makan ubat tu pun dah terasa berat. Fikirkan sejenak bagaimana individu yang lain yang perlu makan ubat setiap hari. Sentiasalah bersyukur.

Bila tak sihat ni, emosi sedikit sensitif. Tu yang bila buka youtube pun, terjumpa lagu yang penuh bermakna. Lagu yang sedih. Hahaha. Itulah diriku. Apa boleh buat. 

Cik Rose mahu berkongsi tentang sebuah lagu lama, nyayian Azian Mazwan Sapuan. Tajuknya Rumah kecil tiang seribu. 

Kalau korang hayati lirik lagunya, itulah perjalanan hidup kita. Itulah realitinya. Sudah-sudahlah dengan kita dimomokkan cerita dongeng dan cerita 'novel' nan indah. Satu masa, kita perlu berpijak di bumi yang nyata. 

Di sini,  Cik Rose sertakan liriknya. Sama-sama kita hayati. 

Lirik Lagu Rumah Kecil Tiang Seribu - Azian Mazwan Sapuan

Rumah kecil tiangnya seribu
Rumah besar tiangnya sebatang
Waktu kecil kau di timang ibu
Dewasa mu di pukul gelombang

Berhijrah ke alam remaja
Menguji ketabahan jiwa
Tiada seindah impian
Sesungguhnya hidup perjuangan

Cabarannya tetap datang
Umpama laut bergelombang
Yang gagah akan berdiri
Yang lemah akan ketepi

Berjaya disanjungi
Kecewa dibenci
Begitulah lumrah manusia
Agar kau tak kecewa



Untuk yang belum pernah dengar lagunya, jom kita dengar sama-sama. Versi live di radio Gegar.


Selamat menghayati!


No comments:

Post a Comment