Thursday, December 13, 2018

Minum Kopi Sebagai Terapi Minda atau Kerana Ketagih?

Minum Kopi Sebagai Terapi Minda atau Kerana Ketagih?. Assalamualaikum. Kopi. Ramai yang sukakanya. Dan ada pula yang memang tak minum kopi.

Kopi o atau kopi susu. Mana pilihan anda?

Sekarang, bukan sahaja kopi dan kopi o. Tapi, dah pelbagai jenis kopi yang menjadi pilihan penggemar kopi. Cappucino. Mocha. Latte. Eh banyak lagilah yang ada.

Kalau tanya Cik Rose, lebih gemar mocha dan white coffee. Mocha, campuran kopi dan coklat. Yang buatkan hati Cik Rose berbunga-bunga. White coffee pula boleh dikatakan jadi pilihan harian.

Cuma sesekali tekak bertukar ke black coffee, cappucino atau latte. Eh Cik Rose ni, jangan nak black coffee sangatlah! Sebut je kopi o. Lebih mudah! Hihi.

Resah gelisah kalau tak dapat kopi?

Ada tak penggemar kopi macam Cik Rose? Tak minum sehari, rasa tak keruan. Mesti nak minum walaupun sikit. Buat basah di tekak. Hikhik.

Cik Rose tak ingat sejak bila Cik Rose sukakan kopi. Terutama Nescafe. Ada suatu ketika, memang jadi hantu nescafe. Mesti kena minum hari-hari. Maklumlah suami pun suka. Maka, memang stok nescafe sentiasa ada di rumah. 

Tapi, sekarang dah tak macam dulu. Perlahan-lahan kurangkan pengambilan nescafe/kopi. 


'Coffee in one hand, confidence in the the other'


Wahhh rasa berkeyakinan kalau dapat kopi di awal pagi. Rasa bertenaga!

Tapi, ada yang memang jenis tak boleh minum kopi. Kalau minum, akan rasa sakit kepala. Tak dapat tidur. Rasa gelisah. 

Memang ada tau. Jangan ingat perkara remeh. 

Sebab tu, kena raikan perbezaan tu. Kita ni berlainan. Ada yang minum kopi, ada yang suka teh, ada yang gemar minuman coklat. 

Apapun kesukaan kita, bersederhanalah. Jangan terlalu banyak ambil sesuatu minuman. Kenalah kawal. Hanya kita faham tubuh badan kita, kan. 


6 comments:

  1. entahla.

    aku anggap kopi sebagai pemangkin dan penyegar hari ja.

    ada pendapat mengatakan ambil kopi sepatutnya pukul 10 pg ke atas dan bukannya awal - awal pagi.

    ReplyDelete
  2. Kopi minum jugak tp mmg sangat2 jarang.. Sebulan dua pun blm tentu ambil.. Tp sesekali minum mmg sedap

    ReplyDelete
  3. Suka minum kopi tapi takdalah selalu, tapi jika diberi pilihan antara teh atsu kopi, ayu pilih kopi

    ReplyDelete
  4. Fiza mmg suka minum kopi. Betul tu kalau xdpt kopi mmg xsemangat lansung. Skang pun kurangkan juga

    ReplyDelete
  5. Dulu ida mmg addicted, kena juga minum breakfast and sebelum tdur hahaha sekarang je dah kurangkan

    ReplyDelete
  6. saya pun suka coffee! kat rumah ni saya minum healthy kopi - diabec (campuran kopi + green tea + stevia). bestt. so rasa tak bersalah sangat la minum coffee setiap hari. atleast dia manis stevia kan hahaha

    ReplyDelete