Sinopsis Drama Kan Kukejar Cinta Kamu

Wednesday, December 19, 2018
SINOPSIS KAN KUKEJAR CINTA KAMU. Assalamualaikum. Drama baru di Astro Ria. Menggantikan drama Isteri Bukan Untuk Disewa. Kan Ku Kejar Cinta Kamu. Menggunakan lagu Hajat, nyanyian Hael Husaini sebagai lagu latar, telah menarik minat Cik Rose. hihi. Tapi, Cik Rose tak berkesempatan nak menonton lagi. Kekangan waktu sekarang ni. 

Jom baca sinopsisnya. 


SINOPSIS KAN KUKEJAR CINTA KAMU

Alma dan Raiyan bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.



Nek bonda yang digelar 'Hitler' orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya. 

Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.

PELAKON : Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Syamim Farid, Doria Rachel Jolly, Natasya Mahyan, Mia Nasir, Safwan Nazri, Shah Hazvee, Hafizuddin Fadzil, Zarynn Min, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari, RJ, Husna Mustaffa, Oktovia Manrose, Fadzilah Mansor 


No comments:

Powered by Blogger.