Breaking

Sunday, January 27, 2019

Sunday, January 27, 2019

CARA BUAT AISKRIM CHOKI CHOKI MUDAH DAN SEDAP

CARA BUAT AISKRIM CHOKI CHOKI MUDAH DAN SEDAP. Assalamualaikum. Sebut je aiskrim choki-choki, dah buat Cik Rose rasa teruja. Pernah viral suatu ketika dengan aiskrim choki-choki ni. 

Sana sini orang bercerita dan berkongsi cara membuatnya. Ada yang buat untuk makan sendiri dan ada juga yang jadikan sebagai side income. 

Aiskrim Malaysia memang terkenal dengan pelbagai perisa. Milo, asam boi, jagung dan banyak lagi. Ditambah pula dengan perisa baru yang viral seperti choki-choki, sumi dan oreo, lagilah sedap kan. 

Cumanya harganya agak tinggi berbanding perisa yang biasa didengar. Kos pembuatannya agak tinggi. 

Minggu lepas, entah macam mana, Cik Rose berbual dengan rakan sekerja. Tiba-tiba masuk bab aiskrim. Gigih kami mencari cara membuatnya. Dan pada hari yang sama, kami mencari bahannya. 



Itulah hasil aiskrim choki-choki yang Cik Rose buat. Ini yang belum keras lagi. 

Macam mana nak buat aiskrim choki-choki ni? Senang ke susah ya?

Jangan risau. Cik Rose akan beritahu. 



Cara Buat Aiskrim Choki-Choki.

Bahannya :

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 tin air (guna tin susu untuk sukat)
2 sudu tepung jagung - bancuh dengan air terlebih dahulu
Secubit garam


Cara-cara

Campurkan susu-susu berserta air dan panaskan. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung dan garam. 

Biarkan sejuk seketika.

Sementara itu, boleh kerat choki-choki kepada dua bahagian. Masukkan choki-choki dalam plastik aiskrim. Dan ratakan. 

Bila susu dah sejuk, masukkan dalam plastik aiskrim. Ikat dan sejukkan dalam peti ais. 

Tadaa, dah siap pun. 



Sejukkan sebentar. Bila dah beku, bolehlah makan. 

Cik Rose nasihatkan, kalau nak buat, buatlah lebih sikit. Sebab bila dah makan, tak dapat nak berhenti. Hihihi.



Kalau nak buat lebih, gandakan sahaja jumlah bahan-bahannya. 

Tadaaa, hasilnya. Dah beku elok macam ni, Cik Rose bawa ke rumah kawan. Ada buat bacaan Yassin. 



Untuk lebih mudah, boleh tengok video di bawah. Cik Rose buat khas untuk korang. Lagi senang tengok video kan. 


Selamat mencuba!


Sunday, January 27, 2019

PERMULAAN 2019

Assalamualaikum.

Januari 2019, hampir berlalu meninggalkan kita. Bagaimana bulan pertama anda? 

Moga baik-baik sahaja hendaknya. 


Perjalanan 2019.

Ada yang diduga dengan berat pada awal tahun ini. Mahu tidak mahu, harus dihadapi. Harus berusaha berhadapan dengannya. 

Ada pula menerima khabar gembira. Berita yang seringkali diidamkan. Rezeki dari Allah. Tahniah. Syukur Alhamdulillah. 

Perpisahan. Ada yang diuji dengan perpisahan di dunia. Bibir senang mengucap kata sabar. Namun, apa yang bersarang di hati, tak dapat kita lihat. 

Azam 2019.


Walau apa pun azamnya, berusahalah ke arah kebaikan. Berusaha sedayanya untuk mengecapinya.

Akan ada ujian, ada halangan. Tempuhi dengan tenang dan sabar 




Thursday, January 24, 2019

Thursday, January 24, 2019

Sultan Pahang Agong ke-16

SULTAN Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019.



Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini.

Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016.

Mesyuarat tersebut turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.

Sumber : HARIAN METRO


Thursday, January 24, 2019

Lirik Lagu Vroom Vroom - Nabila Razali


Lirik Lagu Vroom Vroom - Nabila Razali

Kelmarin 
ku rasa janggal gila
kenali dirimu pujaan wanita

Kelmarin
Kau cuba berpujangga
Kenali dirimu sudah putus asa

Hampanya bila kau ingat semula
Sia sia bazir masa
Kau sekejap saja

Woo oh oh Wo oh oh oh Wo ohh
Entah bagaimana harus aku jatuh cinta
Woo oh oh Wo oh oh oh Wo ohh
Sebesar mana takkan ku ulang semula

Kelmarin 
Kau cuba berpujangga
Tetapi diriku sudah putus asa

Hampanya bila ku ingat semula
Sia sia bazir masa
Kau sekejap saja

Woo oh oh Wo oh oh oh Wo ohh
Entah bagaimana harus aku jatuh cinta
Woo oh oh Wo oh oh oh Wo ohh
Sebesar mana takkan ku ulang semula

Woo oh oh Wo oh oh oh Wo ohh
Entah bagaimana harus aku jatuh cinta (Nope)

Entah bagaimana harus aku jatuh cinta
Sebesar mana takkan ku ulang semula
Sebesar mana takkan ku ulang semula


Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik: Hael & Ezra Kong


Lagu baru Nabila Razali ni ciptaan Hael dan Ezra Kong. Cik Rose suka je lagu-lagu ciptaan mereka. Boleh masuklah. hihi.

Menariknya video klip ni, bukan sahaja ada Fendy Bakry, jejaka idaman ramai.( eh yeke? hahaha). Ada juga penampilan khas Ara Johari. Dan di akhir klip video ni, ada juga Hael Husaini!

Ayatnya 'Is there any problem girls?' hihihi. 


Wednesday, January 23, 2019

Wednesday, January 23, 2019

Breakfast like a King

Assalamualaikum. Cerita hari ini. Tak bawa bekal. Makanya, berjalanlah Cik Rose dan kawan ke warung berhampiran untuk bersarapan. 

Niat hati nak makan bihun goreng dan nescafe o. Sekali sampai di warung, ternampak meja sebelah makan nasi ayam. Eh eh laju je mulut ni order nasi ayam jugak. Hihi.


Alahai, pagi-pagi dah makan berat. Breakfast like a King gitu. Macam nak buat kerja berat je lagaknya. Tak boleh amal selalu. hikhik.

Korang pun mesti pernah alami macam yang Cik Rose alami. Niat nak benda lain, tapi terluah benda lain. 

Pernah juga dulu, Cik Rose makan tengahari dengan husband. Order asam pedas. Akak tu tanya, nak sayur tak? Cik Rose jawab nak. Sebab dah terbayang kobis goreng. Kan sedap kalau makan dengan asam pedas. Letak kicap sikit.

Sekali yang sampai, sayur sawi. Eh kehairanan Cik Rose. Sebab tadi terbayangkan kobis. Rupanya, suami cakap memang Cik Rose order sawi. hahaha.. 

Macam juga kalau order air. Nak order ais neslo ais. Rupanya mulut sebab nes o. Maka, minum aje lah! 

Mulut tak selari dengan niat katanya! hihi.


Tuesday, January 22, 2019

Tuesday, January 22, 2019

Lirik Lagu Siti Bilang Cuti - Danial Zaini

Lirik Lagu Siti Bilang Cuti - Danial Zaini



Ini kisah cinta hatiku
Seorang jururawat
Senyuman manis wajah ayu dan menawan Oh
Lirikan mata nya yang manja
Buat aku tergoda
Terbayang wajah kau setiap masa
Sekali ku katakan cinta
Selamanya setia
Ku berjanji bersumpah takkan ku mendua Oh
Setelah lama tak berjumpa
Rasa rindu membara
Marilah kita keluar bersama
Huuuu Huuu
Siti bilang Siti bilang
Siti bilang dia mahu cuti
Rasa rindu rasa sayang
Sudah lagi tak tertahan
Oooo
Siti bilang Siti bilang
Siti bilang dia mahu cuti
Rasa rindu bergelora
Agar terubat resah hati cintaku
Siti bilang Siti bilang
Siti bilang dia mahu cuti
Demi abang demi sayang
Kau penenang jiwa rindu
Oooo
Siti bilang Siti bilang
Siti bilang dia mahu cuti
Rasa rindu rasa sayang
Sudah lagi tak tertahan
Siti bilang Siti bilang
Siti bilang
Tuesday, January 22, 2019

Lirik Lagu Can't Forget Me - Fazura

Lagu terbaru dari Fazura, bertajuk Can't Forget Me. Cik Rose baru je dengar di youtube, lepas tengook di instagram. BEst jugak, rancak gitu. 

Jadi, Cik Rose kongsilah lirik lagunya dengan korang :)
Tahniah buat Fazura.


Lirik Lagu Can't Forget Me - Fazura


I'm a woman on mission
I'm a rebel with a vision
And maybe you should keep a distance
Coz i run my own business
So baby get out of my business
Coz i keep it independent
I bet you're thinking bout my body late at night
I bet you missing you use to hold me tight
I see you lurking in my story on the gramm
I know this picture gonna remind you of who i am

When i take a look in the mirror
I'm feeling sexy
I'am feeling so free
When i feels my hand on my body
I understand why you can't forget me
You can't forget me
You can't forget me

You've been taking me for granted
For a second there was magic
Now for you it's a tragic
Huuh...

Should have left me when you had it
I was carrying your baggage
Have to drop you like a habit
I bet you're thinking bout my body late at night
I bet you missing you use to hold me tight
I see you lurking in my story on the gramm
I know this picture gonna remind you of who i am

Coz when i take a look in the mirror
I'm feeling sexy
I'am feeling so free
When i feels my hand on my body
I understand why you can't forget me
You can't forget me
You can't forget me

When i take a look in the mirror
I'm feeling sexy
I'am feeling so free
When i feels my hand on my body
I understand why you can't forget me

Tuesday, January 22, 2019

SINOPSIS SETELAH CINTA ITU PERGI DI TV3

SINOPSIS SETELAH CINTA ITU PERGI DI TV3




Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.

Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan. Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.

Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali. Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.

Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi. 

Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?

Tuesday, January 22, 2019

Lirik Lagu Luqman Faiz - Kepuraanmu

Lirik Lagu Luqman Faiz - Kepuraanmu



tersingkap segalanya
terang dan bersuluh
balikan kepuraan
bicara yang palsu
memusnahkan perasaan ini
terhadap mu

ternyata hakikatnya
amat memedihkan
terlucut semuanya
harapan untuk ku
kemanakah
sumpah dan setia
yang pernah mengikat
hatimu padaku

kau telah dikaburi
dengan sekedar budi dan janji

yang telah ditaburi
hingga aku terusir
aku yang berusaha
mengharap kau kan setia
namun kau berpaling
dan aku tersia
kemanakah
sumpah dan setia

ternyata hakikatnya
amat memedihkan
terlucut semuanya
harapan untuk ku
kemanakah
sumpah dan setia
yang pernah mengikat hatimu

ohh ohhh

kau hancurkan
segala janjimu
kau telah dikaburi
dengan sekedar budi dan janji
yang telah ditaburi
hingga aku terusir
aku yang berusaha
mengharap kau kan setia
namun kau berpaling
dan aku tersia
kemanakah
sumpah dan setia

haa ahhhh uhh
yang pernah mengikat hatimu
padaku


Tuesday, January 22, 2019

LIRIK LAGU KEMARIN - SEVENTEEN

LIRIK LAGU KEMARIN - SEVENTEEN


Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu
Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam-putih hidup ini
Bersamamu
Bersamamu
Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya
Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana
Selamanya
Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya
Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku

Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Thursday, January 17, 2019

Thursday, January 17, 2019

REVIEW Pore Purifying Serum Cleanser Althea | Bertindak Menanggalkan Makeup dan Merawat Kulit Wajah

REVIEW Pore Purifying Serum Cleanser Althea | Bertindak Menanggalkan Makeup dan Merawat Kulit Wajah. Ramai yang suka bersolek (make up) setiap hari kan. Tak kisahlah make up heavy atau sekadar solekan nipis. Macam Cik Rose, setiap hari ke tempat kerja. Pakai juga make up. Tapi,simple-simple je la. Tak berat pun. Sekadar memakai krim wajah, compact powder, blusher, eye shadow dan lipstick. Kalau hari yang rajin, barulah pakai foundation. Hihi.

Selepas makeup, mestilah kita akan cuci wajah kan.  Untuk solat. Korang cuci muka dengan apa untuk tanggalkan make up? Kalau hanya guna cleanser biasa, tak akan dapat menanggalkan keseluruhan wajah. .Ada yang guna tisu basah atau miccelar water dahulu, kemudian barulah pakai cleanser.

Sejak dua menjak ni, Cik Rose selalu buat teknik double cleansing. Korang tahu tak teknik ni? First, guna pencuci – oil cleanser. Lepas tu baru pakai cleanser biasa. Korang akan rasa perbezaannya tau, Kulit lebih lembut dan bersih!

Althea Pore Purifying Serum Cleanser

Baru-baru ni, Althea mengeluarkan produk baru iaitu Pore Purifying Serum Cleanser . Cik Rose dah cuba hampir dua minggu. Cik Rose puas hati! Sebelum Cik Rose teruja nak ceritakan dengan lebih lanjut, baik Cik Rose kenalkan dahulu apakah Pore Purofying Serum Cleanser ni.

Bahan-bahan yang terdapat dalam Pore Purifying Serum Cleanser ini adalah :

  •  Mint Leaf Extract - Menyejukkan dan menenangkan kerengsaan pada kulit
  •  Jojoba Seed Oil - Memberikan kelembapan pada kulit yang kering
  •  Tea Tree Leaf Extract - Membantu membersihkan kulit kerana sifatnya yang antibakteria

Pore Purifying Serum Cleanser ini dapat digunakan untuk menanggalkan kesan makeup, membuang minyak dan juga kotoran pada kulit wajah tanpa membuatkan kulit jadi kering. Wah best kan! Sekarang ni, dah senang. Cik Rose guna Pore Purifying Serum Cleanser ni sahaja di office. Tak perlu dah Cik Rose buat double cleansing.

Cleanser ini dapat membantu mengimbangi kadar pH kulit sekaligus ia membantu menjadikan kulit kita lebih sihat. Cik Rose sendiri rasai perubahan wajah Cik Rose.. Lebih bersih dan lembut. Dan yang paling best, ia tak membuatkan wajah Cik Rose kering. Juga tak ada masalah kulit lain yang timbul lepas gunakannya.




Teksturnya tidak cair walaupun warna dia macam air (transparent), lebih kepada tekstur serum. Eh keliru pula. Cleanser kah, serum kah? Haa  best! Korang  bukan sahaja dapat menanggalkan make up, ia juga membersih dan merawat kulit wajah!



Cara Guna Pore Purifying Serum Cleanser Untuk Tanggalkan Makeup :

  • Tuangkan sedikit pada tapak tangan atau kapas muka
  • Lakukan urutan secara membulat pada seluruh wajah untuk tanggalkan makeup
  • Kemudian, cuci wajah menggunakan air bersih.

Cara Guna Pore Purifying Serum Cleanser Untuk Mencuci Muka :

  • Basahkan wajah 
  • Tuangkan sedikit pada pada tapak tangan dan sapu rata pada wajah
  • Kemudian urut perlahan secara membulat dalam beberapa saat dan bersihkan menggunakan air.



Harganya hanya RM33 sebotol untuk saiz 150ml. Memang berbaloi. Cik Rose rasa tahan hingga dua bulan penggunaannya. 

Untuk makluman lanjut dan juga untuk pembelian, korang boleh ke website Althea : 
https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser


Menjadi idaman setiap wanita memiliki kulit yang sihat dan cantik kan :)





Thursday, January 17, 2019

Singgah Sebentar Ambil Angin Di Pontian,Johor

Singgah Sebentar Ambil Angin Di Pontian,Johor. Assalamualaikum. Cerita tahun 2018. Dengan tahun, macam dah lama bunyinya. Hihi.

Cuti hari Krismas, Cik Rose dan suami cadangnya nak ke Johor Bahru. Tapi, dek kerana hal tertentu, kami bataskan ke Pontian sahaja. Kekangan masa ketika itu.

Perjalanan dari rumah ke Pontian membawa ke satu jam setengah juga rasanya. Cik Rose tak ingat waktu yang tepat. Jarang ke Pontian. Adalah beberapa kali lajak ke sana.



Kami bukanlah ada tujuan nak ke sana. Sekadar nak ronda-ronda dan ambil angin. Dalam kereta, boleh luangkan masa bersama kan. Berbual-bual, bergurau, dan berbincang.

Cik Rose memang minat ronda-ronda ni. Kalau tak singgah ke mana-mana pun ok. Asal dapat meronda. hahaha.

Dulu, pernah singgah ke dataran di Pontian. Memang meriah. Jadi, kali ini kami ke tempat lain pula. 

Cik Rose tak pasti nama tempatnya. Ada pantai, ramai yang memancing di sini. Dekat dengan perhentian bas. 


Masa Cik Rose ke sana, angin kuat. Dan ombak agak besar. Gusar juga di hati. Tapi, dalam masa yang sama amat bersyukur. Melihat ciptaan Allah. Laut terbentang luas. Subhanallah. 

Sempat Cik Rose bergambar hari itu. Tema kali ini, aku dan pokok. Maka, Cik Rose memyoroklah belakang pokok! hihihi.



Kami singgah sebentar sahaja. Tak sampai setengah jam, Cik Rose rasa. 

Waktu yang ada, hargailah. Nikmati sebaiknya. Usah disia-siakan. Bimbang menyesal kemudian hari. 



Tuesday, January 15, 2019

Tuesday, January 15, 2019

My Top 10 Must Buy And Christmas Wish List from Althea Korea | tercapaikah impianku?

My Top 10 Must Buy And Christmas Wish List from Althea Korea | tercapaikah impianku?. Amboi, tajuk kemain lagi yer. hihi. Korang yang mengikuti blog Cik Rose, mesti tahu kan. Sebelum ini, Cik Rose ada ceritakan tentang 5 produk Althea Korea yang mesti korang cuba dan juga 5 produk yang Cik Rose nak sangat beli. 

Daripada 10 produk yang Cik Rose senaraikan, tercapaikah impian Cik Rose untuk memilikinya? Atau hanya impian tinggal kenangan?


Cik Rose excited ni nak ceritakan apa yang Cik Rose beli dari Althea Korea baru-baru ini. Kita posing dululah dengan barangan dari Althea Korea!




Untuk mengetahui apa yang Cik Rose idamkan, jemput baca entry ni ya :

Daripada wishlist tersebut, ada 3 produk yang Cik Rose dapat beli. Hihi. Cik Rose ni hanya manusia biasa. Yang diimpikan lain. Bila buka website Althea Korea, jadinya lain. Sebab banyak sangat produk yang menggoda. Semua best. 


Susah nak decided nak beli yang mana. Asyiklah add to chart. Sekali, tengok, banyaknya yang Cik Rose pilih. Jadi, terpaksa pilih yang betul-betul Cik Rose suka dan nak guna.

APA YANG CIK ROSE BELI DI ALTHEA KOREA SEMPENA CHRISTMAS BARU-BARU INI?




1.  Phyto Niacin Whitening Essence 

Yang ni memang Cik Rose teringin lama dah nak cuba tau. Baca review, ramai yang cakap best dna berkesan. Ada pula teman-teman yang kongsikan juga mereka dah pernah cuba dan guna, lagilah buat hati Cik Rose melonjak-lonjak dan cuba. 


Price : RM52
Buy here:   https://my.althea.kr/whitening-essence



3. Power 10 Formula VC Effector

Yang ini, Cik Rose akui memang terpengaruh dengan rakan blogger! Hihi. Aduhai, banyak jenis sebenarnya ni. Tapi, untuk first time ni, Cik Rose pilih VC Effector dulu. Bila Cik Rose dah cuba, Cik Rose akan kongsikan dengan korang ya!




3. Matt Cushion dari Chica-Y-Chico

Cik Rose pernah pakai cushion dulu, tapi jenama lainlah. Kali ni, Cik Rose nak try brand Chica-Y-Chico ni. Senang bila ada cushion ni tau. Cepat nak bersiap. dap dap je di wajah :)

Price : RM58


4. REAL CALENDULA FLORAL TONER

Cik Rose memang akan pakai toner setiap kali selepas cuci muka. Cuba untuk displin. Nampak hasilnya kalau takpakai toner dengan kalau pakai toner. Jadi, Cik Rose nak cuba toner dari Nacific ni. Cik Rose pilih yang floral ni.

Price : RM 58.00


5. STAY FRESH BODY SPARKLING MIST

Korang memang patut cuba body mist dari Althea ni! Cik Rose suka  baunya. Ssweet fruity floral. Bauan fresh! Memang dah jadi BFF Cik Rose sekarang ni. Sebab tu Cik Rose beli. Masa beli hari tu, ada promosi buy 1 free 1. Maka, Cik Rose dapat 4. Memang akan teruskan pakai body mist ni. Bau dia best!

Price : RM35.00


6. WISH STONE TINT VELVET

Cik Rose dah pernah beli sebelum ni. Dua warna. Dah pakai, memang sesuai dengan bibir. Tak kering, tak melekit. Just nice  gitu. Sebab tu,kali ni beli satu. Warna lain pula. Packaging dia unik.  Cantik kan? 

Price : RM20.00



Yeayyy, Alhamdulillah. Cik Rose gembira. Hadiah Christmas ke hadiah new year ni? Siapa yang tak happy kan, bila dapat barangan kecantikan. Penjagaan wajah, make  up dan wangian memang tak dapat dipisahkan dari wanita. Eh bukan wanita je, lelaki pun dah pandai jaga penampilan diri tau. 


Korang boleh tengok video unboxing dari Cik Rose di  bawah :




Kalau nak cari penjagaan wajah atau barangan make up, Cik Rose cadangkan beli dari Althea. Memang best. Barangannya dihantar terus dari Korea tau. Yang pasti, original. Memang puas hati. 

Untuk pembelian boleh ke https://my.althea.kr/

Terima kasih!