Breaking

Wednesday, January 23, 2019

Breakfast like a King

Assalamualaikum. Cerita hari ini. Tak bawa bekal. Makanya, berjalanlah Cik Rose dan kawan ke warung berhampiran untuk bersarapan. 

Niat hati nak makan bihun goreng dan nescafe o. Sekali sampai di warung, ternampak meja sebelah makan nasi ayam. Eh eh laju je mulut ni order nasi ayam jugak. Hihi.


Alahai, pagi-pagi dah makan berat. Breakfast like a King gitu. Macam nak buat kerja berat je lagaknya. Tak boleh amal selalu. hikhik.

Korang pun mesti pernah alami macam yang Cik Rose alami. Niat nak benda lain, tapi terluah benda lain. 

Pernah juga dulu, Cik Rose makan tengahari dengan husband. Order asam pedas. Akak tu tanya, nak sayur tak? Cik Rose jawab nak. Sebab dah terbayang kobis goreng. Kan sedap kalau makan dengan asam pedas. Letak kicap sikit.

Sekali yang sampai, sayur sawi. Eh kehairanan Cik Rose. Sebab tadi terbayangkan kobis. Rupanya, suami cakap memang Cik Rose order sawi. hahaha.. 

Macam juga kalau order air. Nak order ais neslo ais. Rupanya mulut sebab nes o. Maka, minum aje lah! 

Mulut tak selari dengan niat katanya! hihi.


4 comments:

  1. sedap nasi ayam tu cik rose oii..:)

    ReplyDelete
  2. hehhehe tulah kadang tgk meja sebelah mcm sdp je, terus niat tu tertukar bkn sengaja heheehh...

    sampai ke tgri kenyang mkn bfast berat ni kadang kn cik rose

    ReplyDelete
  3. ehehe gituu hehe.. kalo makan berat2 pagi2 ni selalunya lunch petang2 sket kan..

    ReplyDelete
  4. hihi kecundang juga. samalah mcm sy. konon nak eat clean tapi pi melantak nasi lemak. heh

    ReplyDelete