Thursday, January 17, 2019

Pore Purifying Serum Cleanser Althea | Bertindak Menanggalkan Makeup dan Merawat Kulit Wajah

Pore Purifying Serum Cleanser Althea | Bertindak Menanggalkan Makeup dan Merawat Kulit Wajah. Ramai yang suka bersolek (make up) setiap hari kan. Tak kisahlah make up heavy atau sekadar solekan nipis. Macam Cik Rose, setiap hari ke tempat kerja. Pakai juga make up. Tapi,simple-simple je la. Tak berat pun. Sekadar memakai krim wajah, compact powder, blusher, eye shadow dan lipstick. Kalau hari yang rajin, barulah pakai foundation. Hihi.

Selepas makeup, mestilah kita akan cuci wajah kan.  Untuk solat. Korang cuci muka dengan apa untuk tanggalkan make up? Kalau hanya guna cleanser biasa, tak akan dapat menanggalkan keseluruhan wajah. .Ada yang guna tisu basah atau miccelar water dahulu, kemudian barulah pakai cleanser.

Sejak dua menjak ni, Cik Rose selalu buat teknik double cleansing. Korang tahu tak teknik ni? First, guna pencuci – oil cleanser. Lepas tu baru pakai cleanser biasa. Korang akan rasa perbezaannya tau, Kulit lebih lembut dan bersih!

Althea Pore Purifying Serum Cleanser

Baru-baru ni, Althea mengeluarkan produk baru iaitu Pore Purifying Serum Cleanser . Cik Rose dah cuba hampir dua minggu. Cik Rose puas hati! Sebelum Cik Rose teruja nak ceritakan dengan lebih lanjut, baik Cik Rose kenalkan dahulu apakah Pore Purofying Serum Cleanser ni.

Bahan-bahan yang terdapat dalam Pore Purifying Serum Cleanser ini adalah :

  •  Mint Leaf Extract - Menyejukkan dan menenangkan kerengsaan pada kulit
  •  Jojoba Seed Oil - Memberikan kelembapan pada kulit yang kering
  •  Tea Tree Leaf Extract - Membantu membersihkan kulit kerana sifatnya yang antibakteria

Pore Purifying Serum Cleanser ini dapat digunakan untuk menanggalkan kesan makeup, membuang minyak dan juga kotoran pada kulit wajah tanpa membuatkan kulit jadi kering. Wah best kan! Sekarang ni, dah senang. Cik Rose guna Pore Purifying Serum Cleanser ni sahaja di office. Tak perlu dah Cik Rose buat double cleansing.

Cleanser ini dapat membantu mengimbangi kadar pH kulit sekaligus ia membantu menjadikan kulit kita lebih sihat. Cik Rose sendiri rasai perubahan wajah Cik Rose.. Lebih bersih dan lembut. Dan yang paling best, ia tak membuatkan wajah Cik Rose kering. Juga tak ada masalah kulit lain yang timbul lepas gunakannya.




Teksturnya tidak cair walaupun warna dia macam air (transparent), lebih kepada tekstur serum. Eh keliru pula. Cleanser kah, serum kah? Haa  best! Korang  bukan sahaja dapat menanggalkan make up, ia juga membersih dan merawat kulit wajah!



Cara Guna Pore Purifying Serum Cleanser Untuk Tanggalkan Makeup :

  • Tuangkan sedikit pada tapak tangan atau kapas muka
  • Lakukan urutan secara membulat pada seluruh wajah untuk tanggalkan makeup
  • Kemudian, cuci wajah menggunakan air bersih.

Cara Guna Pore Purifying Serum Cleanser Untuk Mencuci Muka :

  • Basahkan wajah 
  • Tuangkan sedikit pada pada tapak tangan dan sapu rata pada wajah
  • Kemudian urut perlahan secara membulat dalam beberapa saat dan bersihkan menggunakan air.



Harganya hanya RM33 sebotol untuk saiz 150ml. Memang berbaloi. Cik Rose rasa tahan hingga dua bulan penggunaannya. 

Untuk makluman lanjut dan juga untuk pembelian, korang boleh ke website Althea : 
https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser


Menjadi idaman setiap wanita memiliki kulit yang sihat dan cantik kan :)





12 comments:

  1. nice jugak harga pun ok je..... skrg ni akak pakai yg micellar water garnier je... boleh la try althea ni...
    akak tak pernah try lg brg2 althea nih... mcm bst je

    ReplyDelete
  2. Wahh menarik ni serum siap boleh cleasing mekap up kita.. Nanti nak usha althea la hahaha

    ReplyDelete
  3. Kita pakai cleanser serum ni tuk tgglkn makeup.. Senang keje.. Waterproof pon sng je nak tanggal..best2 kan brg althea

    ReplyDelete
  4. Menarik serum ni boleh menanggalkan kesan kotoran mekap up sambil.merawat muka..

    ReplyDelete
  5. Best sangat guna pore purifying serum cleanser ni. Mudah sangat nak cuci makeup yang degil tu

    ReplyDelete
  6. Best cleanser serun ni sbb 2in1..sbil remove makeup boleh cuci muka sekalii

    ReplyDelete
  7. Zaza pun ada pakai ni.. Memang puas hati guna bila nak cuci makeup tu..memang tanggal

    ReplyDelete
  8. Banyaknya produk best2 kat Althea.. sampai tak tahu nak pilih yang mana.

    ReplyDelete
  9. Kita suka gila pakai ni masa nak tanggalkan makeup.. Memg makeup tanggal sepenuhnya.. Lepas tu bjat double clenasing.. Bersih sangat muka

    ReplyDelete
  10. Wah, bestnya dapat rawat kulit wajah. Muka zira kadang bermasalah

    ReplyDelete
  11. I tried this also and like the finishing. Memang bagus and i nak beli lagi.

    ReplyDelete
  12. Akak memang suka pakai ni sebab tanggal semua mekap tau. Tak payah pakai mekap remover

    ReplyDelete