Breaking

Tuesday, February 26, 2019

Tuesday, February 26, 2019

ALTHEA KOREA | Apa Yang Best Sangat Dengan Althea Exclusives Makeup?

ALTHEA KOREA | Apa Yang Best Sangat Dengan Althea Exclusives Makeup?. Assalamualaikum. Sebut je Althea Korea, Cio Rose percaya dah ramai yang tahu kan. Di Althea, korang boleh cari skincare atau makeup, yang pasti dihantar terus dari Korea. Hoyeayyyy.

Cik Rose salah seorang peminat tegar Althea. Minat dalam penjagaan kecantika .wajah membuatkan Cik Rose kenal Althea. Kalau boleh nak produk yang selamat digunakan dan hasil yang best la kan.

Baru-baru ni, Althea Korea ada memperkenalkan barangan make up!




Haaa excitednya Cik Rose nak dapatkan dan cuba sendiri. Tengok gambar-gambar yang dikongsikan di laman instagram Althea, membuatkan hati Cik Rose melonjak -lonjak. Tak sabarnya!



Ok, jom Cik Rose kenalkan korang dengan setiap barangan yang ada. Bagi Cik Rose, lengkap dah tu.


ALTHEA EXCLUSIVES MAKEUP 

1. Skin Relief Spot Film Gel


2. Flawless Cream Concealers - 4 Shades
01 Vanilla
02 Ginger
03 Honey
04 Mocha

3. Eye Palette Sunrise & Moonrise ( bcl X Althea) - 8 Shades

4. Watercolor Cream Tint - 4 shades
01 Plum Cream
02 Strawberry Cream
03 Peach Cream
04 Marron Cream

5. Spotlight Eye Glitter - 2 shades
Pink Light
Gold Light

Sebelum Cik Rose cerita lebih lanjut, nak tunjuk hasil make up dulu. hihi. Tadaaa.


Macam mana hasilnya? Ok tak. Cik Rose make up suka-suka.Tak ada tema-tema. hihi.


Skin Relief Spot Film Gel (RM19)

Gel yang jernih dalam tiub yang bertindak untuk merawat kulit terutama jerawat pada muka. Maksudnya, kalau korang ada jerawat, bolehlah apply . Sebelum nak make up, boleh sapu di jerawat tu dulu. Sejuk je rasa nanti. Yang pasti, tak melekit, dan cepat je meresap!


Flawless Cream Concealers (RM15)

Concealers ni ada 4 shades. Iaitu #01 Vanilla , #02 Ginger, #03 Honey dan #04 Mocha . Korang pun tahu kan fungsi concealer ni apa. Tekstur concealers ni creamy sangat. Memang bagus .Dapat cover lingkaran hitam bawah mata, jerawat. Eh best sangatlah.


Cik Rose pakai concealer ni ganti foundation jer. Pun cantik hasil makeup. Korang pun kena cuba tau. Yang pasti, kalau Cik Rose pakai waktu pagi sebelum ke tempat kerja, elok je tahan lama tau. 


Eye Palette Sunrise & Moonrise -bcl X Althea (RM140)

Kolaborasi Althea bersama dengan Bunga Cinta Lestari. Geram Cik Rose dengan eyeshadow ni tau. Warnanya cantik dan senang nak blend. Cik Rose guna cari jer. Cantik! Eh terpuji pulak. hihi.


Spotlight Eye Glitter (RM24)

Ada dua colour iaitu pink light dan gold light. Yang pasti cantik. Letak di kelopakata, barulah letops makeup kita kan. hihi .Love sangat!


Watercolor Cream Tint (RM72 per set)

Ada 4 pilihan warna yang sangat cantik. Iaitu plum Cream, Strawberry Cream , Peach Cream dan Marron Cream. Apa yang best, ianya tak mengerinkam bibir dan tahan lama. Warnanya mestilah cantik. Macam Cik Rose, suka campur dua warna. Lawa!


Cik Rose ada buat video tutorial makeup. Nak jugak kan. Walaupun baru berjinak kan,  apa salahnya. Janji confident. hihihi.




Assalamualaikum. Hai tak pernah-pernah buat video make up, hari ni kita cubalah kan. Cik Rose gunakan barangan dari @altheakorea Antaranya : - Relief Film Spot Gel (cover acne) - Althea Concealer - Bunga Citra Lestari X Althea Eyeshadow Palette @bclsinclair - Althea Watercolor Lip Tints - Althea Spotlighter Eye Glitters my review : Cik Rose suka sangat barangan Althea make up ni! Love love love ❤️ Concealer tu dah boleh gantikan foundation dah ni. Eyeshadow lawa sangat pilihan warna yang ada! geramnya nak pakai semua! Liptint sangat best. Wangi pulak tu, ala-ala fruity. Kalau korang nak juga, boleh ke website Althea : https://my.althea.kr/ cc @hellotammylim Lagu latar : Main mata @babyshimaofficial #AltheaKorea #AltheaAngels #AltheaMakeup #beauty #beautybloggers #beautyofcikrose #KBeauty #althea #review #makeup #makeuptutorial #tutorialmakeup #bloggers #bloggermy #featuredonalthea
A post shared by Cik Rose 🌹 (@roshazareeza_ruslan) on


Kalau korang pun nak juga, bolehlah tengok di website Althea di https://my.althea.kr/



Friday, February 22, 2019

Friday, February 22, 2019

Makan Tengahari di Asam Pedas Sungai Ayam Kak Nolik Batu Pahat, Johor

Makan Tengahari di Asam Pedas Sungai Ayam Kak Nolik Batu Pahat, Johor. Assalamualaikum. Dah lama gambar dalam draft, tapi tak menulis lagi.. So, kali ni Cik Rose tulis bagi jadi konsepnya. hihi.

Batu Pahat ni terkenal dengan pelbagai jenis makanan. Nasi Beriani, Asam Pedas, Mee Racun dan banyak lagi. Kalau datang Batu Pahat, tak cuba memang rugi. Kena cuba!

Kedai/ Restoran/ Warung yang menyajikan asam pedas memang banyak. Ikut selera masing-masing suka yang mana. 

Baru-baru ni, suami bawa Cik Rose ke Asam Pedas Kak Nolik di Sungai Ayam. Seawal jam 11 pagi kami dah ke sana. Memang kena pergi awal. Lambat nanti, sama ada tak ada tempat duduk atau ikan habis. Pernah kami datang selepas tu pukul 1.30 tengahari, ikan dah habis. Hampa hati masa tu. 

Yang best di sini, kita boleh pilih ikan sendiri. Nak ikan apa. Nak buat masak apa. Cik Rose pilih isi ikan merah dan suami pilih kepala ikan merah. Kemudian, kami tambah telur dadar dan sayur sawi. Pelbagai jenis sayur ada,. Antranya tauge dan lain-lain. Ada juga tambahan sotong dan kupang. Boleh pilih nak goreng kunyit, sambal atau goreng tepung. 


Kali pertama ke sini, inilah yang kami pilih :
Nasi putih, asam pedas ikan, telur dadar, sayur sawi dan nescafe ais.




Kalau korang nak cuba bolehlah ke : 
18A, Kampung Sungai Ayam Laut (10,404.90 km)
83040 Batu Pahat


Di kawasan ni, ada dua kedai sebenarnya. Bolehlah cuba mana yang korang suka. Yang pasti, ikan segar dan boleh pilih. Sedap!

Kali kedua dan seterusnya pergi, Cik Rose dah pandai mintak sotong tepung. Sedap. Makan panas-panas, krup krap krup krap,habis sepiring. 

Definisi sedap asam pedas ni berbeza kan. Sebab tu ada banyak kedai, dan setiap kedai ada peminatnya yang tersendiri. Ikut selera masing-masing kan. 


Thursday, February 21, 2019

Thursday, February 21, 2019

GUNA SAMPAI HABIS, MAKNANYA MEMANG BESTLAH BARANGAN TU

GUNA SAMPAI HABIS, MAKNANYA MEMANG BESTLAH BARANGAN TU. Assalamualaikum. Hai.. Pernah tak korang displin pakai barangan kecantikan korang sampai habis? Tak kiralah skincare atau make up. 

Ada yang memang displin pakai. Guna sampai habis. Ada yang jenis pakai kejap, tukar. Tak setia dengan suatu jenis. Mungkin kerana tak sesuai dengan diri kan.

Macam Cik Rose, susah nak setia dnegan satu jenis barangan tau. Selalu bertukar. Sebab tu, kalau ada suatu barang Cik Rose yang habis, maknanya memang baguslah tu. Cik Rose kekal gunakannya.

Tadaaa.. Antara barangan yang dah habis awal tahun ini. 


Shampoo dari Innisfree dan juga Real Fresh Skin Detoxer dari Althea Korea.

Shampoo green tea mint fresh dari Innisfree

Cik Rose baru je cuba shampoo green tea mint fresh dari Innisfree ni haritu. Dan Cik rose dapat rasakan perubahan pada rambut ke arah positif. Maksudnya, masalah dah berkurangan. Alhamdulillah. Dah habis. Sekarang, Cik Rose masih gunakan shampoo Innisfree, cuma tukar jenis lain pula. Nanti Cik Rose kongsikan ya.


Real Fresh Skin Detoxer dari Althea Korea.

Yang ni serius, memang elok dan berkesan pada wajah Cik Rose. Pakai yang Rose pada waktu pagi dan green tea waktu malam, sebelum tidur. Muka rasa fresh, bersih dan lembut. Korang kena cba tau. Sekarang dah pakai tiub yang kedua. Cik Rose pernah share kan tentang Real Fresh Skin Detoxer ni. Memang Cik Rose displin pakai. 

Boleh baca review Cik Rose sebelum ini :
REAL FRESH SKIN DETOXER


Ada juga beberapa barangan lain yang Cik Rose dah jatuh cinta dan setia pakai. Nanti bila dah habis, Cik Rose kongsikan lagi ya. Yang baik, harus dikongsi bersama gitu. hihi.


Nak beli di mana? Boleh terus ke website Althea  untuk pembelian : https://my.althea.kr/

Wednesday, February 20, 2019

Wednesday, February 20, 2019

IKAN CENCARU BAKAR SEDAP DI MAKAN DENGAN SAMBAL KICAP

IKAN CENCARU BAKAR SEDAP DI MAKAN DENGAN SAMBAL KICAP. Tajuk tak menahan. Hihi. Alkisahnya, nak bercerita tenang menu yang simple dan menaikkan selera. Kadang-kadang runsing memikirkan nak masak apa hari-hari kan. 

Cik Rose bukan jenis yang hari-hari masak. Ikut mood. Mood nak masak datang, memang masak. Kalau mood tak ada, memang tak masak. hikhik. Masak yang simple,  bolehlah. Bukan kategori yang terror masak. Kita anak bilis je wak. hikhik.



Cik Rose ni dulu tak berapa suka makan ikan cencaru. Jarang sangat nak beki dan makan. Tak tahu kenapa. Dulu, kalau mak buat goreng belah belakang ikan cencaru, baru makan. Sedap kan. Bila ada sambal dalam ikan tu. 

Tapi, sekarang ni lain jadinya. Cik Rose dah tersuka pula dengan ikan cencaru. Tu yang Cik Rose buat ikan cencaru bakar. Tapi, versi yang paling mudahlah. Janji sedap ditekak. 

Cicah pulak dengan kicap. Cuma hiris cili padi dan bawang besar je, letak kicap. Simpan kejap dalam peti ais. Nyum nyum. Sedap. 


Masak dua jenis je masa tu. Ikan cencaru bakar dan carrot. Buat goreng kunyit gitu jer. Campur bendi, bawang dan cili. 

Cik rose buat bakar tu, cuma letak kunyit, black paper dan paprika. Sedap tau! 



Lauk simple pun makan bertambah. Cuba bayangkan kalau lauk yang meriah. Oh tidak. hihi. 


Wednesday, February 20, 2019

LIGA SUPER 2019 | CARTA KEDUDUKAN LIGA SUPER MALAYSIA SEHINGGA 18 FEBRUARI 2019

LIGA SUPER 2019 | CARTA KEDUDUKAN LIGA SUPER MALAYSIA SEHINGGA 18 FEBRUARI 2019

Assalamualaikum. Cik Rose sertakan carta kedudukan terkini bagi pasukan yang bertanding dalam Liga Super 2019 sehingga 18 Februari 2019. 


Tahniah buat semua pasukan yang berjaya meningkatkan kedudukan dalam liga ini. Alhamdulillah, Kedah di tangga teratas. Moga terus maju jaya. 

Tengok bola ni kena ramai-ramai. Baru meriah, baru bersemangat. Kalau tengok sorang, jadi krik-krik pulak rasanya nak bersorak bagai. hihi. Cik Rose tengok di rumah jer. Agak lama tak menonton secara langsung di stadium. Rindunya! Stadium yang pernah masuk adalah Stadium Darul Aman (Kedah) dan Stadium Larkin (Johor). 

Bila tengok di stadium, yang bestnya bila part bersorak. Bergema satu stadium. Dengan lagu-lagu yang dinyanyikan. Naik semangat pemain di padang kan. 

Tapi, sekarang tak berapa nak meriah pula tengok. Banyak stadium dah tak penuh macam dulu. Mungkin prestasi sesebuah pasukan menjadi penyebabnya. Atau kekangan waktu dan juga kewangan orang yang pergi menonton. Ramai yang memilih tengok di rumah dan kedai mamak.

Di TV pula, hanya satu saluran sahaja yang menayangkan perlawanan iaitu TV9. Namun, Cik Rose tak tahu kriteria pemilihan untuk sesebuah perlawanan ditayangkan. Sebabnya, ada pasukan  yang sama ditayangkan. Emm, harapnya dipelbagaikan lagi pasukan yang dipilih untuk disiarkan secara langsung. Supaya tak nampak bias. 

Majulah Sukan Untuk Negara !

Tuesday, February 19, 2019

Tuesday, February 19, 2019

Sinopsis Drama Leftenan Zana Lakonan Janna Nick di TV3

Sinopsis Drama Leftenan Zana  Lakonan Janna Nick di TV3. Mengisahkan mengenai impian Zana  yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat.


Sejak kecil, Zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat. Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan. Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat.

Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka.

Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah.

Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. Selain Sarjan Qamar yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental.

Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz yang membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem.

Adakah Zana akan terus berputus asa dan akhirnya mengaku kalah pada bapanya?

WATAK PELAKON
Janna Nick sebagai Zana
Tunku Hanis sebagai Raz
Sheila Rusly sebagai Sarjan Qamar
Redza Rosli sebagai Kapten Haniff
Zarul Husin sebagai Arul
Hairie Othman sebagai Kapten Rahmat

Drama ni ditayangkan di tv3, setiap Rabu hingga Jumaat, pukul 9 malam. Cik Rose tengok dan  memang ikuti. Maklumlah cerita ketenteraan, memang jiwa lah kan dengan Cik Rose ni. hihi.

Lakonan Janna Nick pun best. Sukalah lakonan dia dalam drama ni. Tak sabar ank tunggu episo seterusnya esok. 


Tuesday, February 19, 2019

LIGA SUPER 2019 | KEDAH MENANG 4-0 MENENTANG FELDA UNITED FC

LIGA SUPER 2019 | KEDAH MENANG 4-0 MENENTANG FELDA  UNITED FC. Sabtu lepas, Cik Rose tengok bola di TV9. Maklumlah ada perlawanan Kedah menentang Felda United FC. Yeayyyy ada Kedah kat tv. Kalau tak ada live, biasanya Cik Rose tengok di facebook. Ada yang share kan.

Excited ni tengok bola. Penantian tengok bola tu berbaloi. Game rancak. Dan Kedah menang. Alhamdulillah. Syukur. Tahniah buat negeriku Kedah!



Empat gol Kedah dijaringkan oleh Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-16, Anmar Almubaraki (41'), Muhammad Shakir Hamzah (53') dan Mohd Fazrul Danel Mohd Nizam pada minit ke-74.


Baddrol selaku Ketua Pasukan Kedah.


Mohd Fadzrul Danel #20 dipilih sebagai KFA MAN OF THE MATCH.

Moga rentak Kedah dapat dikekalkan dan dipertingkatkan!


Kredit gambar : https://www.facebook.com/kedahfa.my/



Sunday, February 17, 2019

Sunday, February 17, 2019

Birthday My Husband!

Ulangtahun ke 33 tahun. 

17 Februari.
Selamat hari lahir suamiku. 



Sebenarnya, Cik Rose ni sukakan suprise. Tapi, Cik Rose tak pandai nak suprisekan orang. hihi. 

Konon, untuk birthday husband, nak suprisekanlah. Dah tanya suprise kek dan bunga ballon segala bagai. Tapi, terpaksa cancel .Sebab husband bagitahu tak balik minggu ni. 

Jurulatih tak bagi pelepasan weekend. (husband kursus). 

Alih-alih suami balik. Cik Rose yang kena suprise. hihi..

Tak naklah tulis ucapan cintan cintu dekat sini. Tak nak jiwang-jiwang. hahaha... 

Siapa lagi yang sambut birthday hari ni? 
Happy birthday ya ! 

Thursday, February 14, 2019

Thursday, February 14, 2019

CUTI TANPA REKOD SEMPENA PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI

KREDIT :EASY PARCEL

1.Siapakah yang layak diberikan Cuti Tanpa Rekod (CTR) Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai? 
Semua pegawai Perkhidmatan Awam yang lahir di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak. 

2. Adakah pegawai yang menerima Bayaran Insentif Wilayah sahaja yang layak mendapat kemudahan CTR Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai ini? 
Kemudahan ini diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang lahir di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak. Kemudahan CTR ini tidak ada kaitan dengan penerimaan Bayaran Insentif Wilayah atau tidak. 

3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk mengesahkan pegawai lahir di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak bagi tujuan kemudahan ini? 
Sijil Kelahiran pegawai.

4. Sekiranya pegawai diarahkan untuk bertugas pada hari Pesta Kaamatan atau Hari Gawai, adakah pegawai boleh memohon cuti gantian? 
Sekiranya pegawai diarahkan untuk bertugas pada hari Pesta Kaamatan atau Hari Gawai, pegawai tidak boleh diberikan cuti gantian. Ini adalah kerana, kemudahan ini merupakan pemberian CTR dan hari berkaitan bukan merupakan hari kelepasan am di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan hendaklah bertimbang rasa dan boleh mempertimbangkan salah satu hari iaitu: i. 30 atau 31 Mei bagi pegawai kelahiran Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; dan ii. 1 atau 2 Jun bagi pegawai kelahiran Sarawak.

5. Adakah pegawai lantikan Contract of Service layak mendapat kemudahan CTR Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai? 
Pegawai lantikan Contract of Service yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia layak diberikan CTR Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. 

6. (i) Adakah pegawai (berkhidmat di Semenanjung Malaysia) bukan kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak tetapi ibu atau bapa lahir atau menetap di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak layak mendapat kemudahan CTR Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai? (ii) Adakah pegawai (berkhidmat di Semenanjung Malaysia) kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak tetapi ibu atau bapa tidak lahir atau menetap di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak, layak mendapat kemudahan CTR Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai? 
(i) Pegawai bukan kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak tetapi ibu atau bapa lahir atau menetap di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak tidak layak mendapat kemudahan CTR Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. (ii) Pegawai layak kerana lahir di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak. 

7. Sekiranya Pesta Kaamatan dan Hari Gawai jatuh pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am di Semenanjung Malaysia, adakah cuti tersebut boleh dibawa kepada hari berikutnya? 
Sekiranya Pesta Kaamatan dan Hari Gawai jatuh pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am di Semenanjung Malaysia, cuti tersebut tidak boleh dibawa kepada hari berikutnya. Ini adalah kerana, kemudahan ini merupakan suatu CTR yang diberi sekiranya Pesta Kaamatan dan Hari Gawai jatuh pada hari bekerja di Semenanjung Malaysia. Pesta Kaamatan dan Hari Gawai bukan merupakan hari kelepasan am di Semenanjung Malaysia


Maklumat lanjut : JPA PORTAL


Sunday, February 03, 2019

Sunday, February 03, 2019

LIGA SUPER 2019 | KEPUTUSAN KEDAH LAWAN PKNP

LIGA SUPER 2019 | KEPUTUSAN KEDAH LAWAN PKNP.

Assalamualaikum. 2019. Liga Super bagi sesi 2019 baru sahaja bermula. Ada tak yang minat bola? 

Kalau tanya Cik Rose, memang minat pun. Untuk sesi 2019, dah tentulah Cik Rose menyokong negeriku, Kedah.

Malam tadi, berlangsung perlawanan pertama melibatkan Kedah menentang PKNP. Namun, ianya tidak disiarkam secara langsung. 

Di TV9, ada perlawanan antara JDT dan Perak. 

Ok, dibawah ini adalah kesebelasan utama bagi pasukan Kedah. 



Senarai nama pemain yang turun beraksi. Juga nama pemain simpanan Kedah. 



Antara pemain yamg diturunkan adalah Ifwat(keeper) , Shakir, Renan Alves, Riszal, Alif, Danel, Baddrol, Anmar, Adha, Bauman dan Rodriguez.

Manakala pemain simpanan pula adalah Ramadhan, Khairul Helmi, Azmeer, Syazwan Tajudin, Amirul, Farhan dan Shahrul Azwari. 




Kedah menang dengan jaringan 2-0. Alhamdulillah. 

Gol dijaringkan oleh Shakir Hamzah pada minit ke 66' dan Jonatan Bauman minit ke  87'. Permulaan musim dengan 3 mata!

Sunday, February 03, 2019

SINOPSIS DIA TAK BERDOSA LAKONAN NABILA HUDA DI RTM1

SINOPSIS DIA TAK BERDOSA LAKONAN NABILA HUDA DI RTM1.



Ada yang menonton drama Dia Tak Berdosa sebentar tadi? Lakonan Nabila Huda, Fezrul Khan , Wan Norazlin dan beberapa pelakon lain. 

Cik Rose tengok. Dari awal hingga akhir. Apa yang boleh Cik Rose katakan, drama ni sarat dengan pengajaran. Juga cerminan sikap segelintir masyarakat. Ianya realiti. Benar, ia terjadi. 

Sebelum Cik Rose bercerita dengan lebih panjang, Cik Rose sertakan sinopsisnya terlebih dahulu.



SINOPSIS DIA TAK BERDOSA
Laila yang mengandung telah dihalau dan dibuang oleh keluarganya hanya kerana ibubapanya tidak pernah berjumpa malah tidak tahu tentang kewujudan Hisyam, suami Laila. Karim muncul di saat Laila dalam kesusahan, sikap prihatin Karim menyebabkan Laila percaya kepadanya. Siapa Hisyam, siapa pula Karim? Berjayakah Kak Ina mencari keluarga sebenar Laila? Apa pula status Aishah?


PELAKON : Nabila Huda, Fezrul Khan, Raja Afiq, Wan Norazlin, Adik Mia Adriana, Riezman Khuzaimi, Emma Akma, Khairil Anuar, Azizah Adnan, Ewal AF



Pada awal cerita, telah digambarkan Laila (Nabila Huda) dihalau oleh mak ayahnya sendiri. Laila sedang mengandung waktu tu. Mak ayahnya menganggap Laila mengandung tanpa ada ikatan perkahwinan. 

~Laila berkahwin dengan Hisyam di luar negara. 

Karim, membantu Laila mencari bilik untuk bermalam. Namun, Laila sedar yang dia bakal dijual. Laila melarikan diri. 

Karim berjaya menemui Laila kembali. Lagak Karim yang baik membuatkan Laila berasa selamat. ~watak Karim digambarkan sebagai penagih dan mengedar dadah. 

Kak Ina, tauke warung turut membantu dan menjaga Laila yang sedang mengandung 6 bulan. Setelah Laila bersalin, bermulalah edah Laila. Karim mengajak Laila berkahwin. Namun, Kak Ina menasihatkan Laila supaya berfikir dahulu sebelum setuju bernikah dengan Karim. Laila bertegas yang Karim menyayanginya dan telah berubah. 

Akhirnya, Laila bernikah dengan Karim. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Bermulalah kembali episod kedukaan Laila. 

Laila telah dilacurkan oleh suaminya sendiri. Apalah daya Laila, apabila Karim mengugut menggunakan anaknya sendiri,Aishah. 

Satu hari, Laila berjaya keluar dari bilik sebentar dan meninggalkan pesan buat Kak Ina di warung melalui pesanan bertulis. Kak Ina segera menyelamatkan Laila dan anaknya. Apa yang meruntun hati, Laila bukan sahaja dilacurkan, namun telah diberikan dadah oleh Karim sepanjang perkahwinan mereka. Betapa luluhnya hati Kak Ina saat itu. 

Laila meneruskan kehidupan membesarkan anaknya. Dia berkerja di warung Kak Ina. Karim bertindak membakar rumah Kak Ina. Allah... ujian demi ujian menimpa mereka. Saat ni, Cik Rose dah teresak mengenang ujian mereka. 

Laila berkahwin lagi, Nazri nama suaminya. ~ Entah kenapa Cik Rose macam tertinggal babak ini. 

Laila dipukul oleh orang yang mahu mencari Nazri. Babak di hospital amat memilukan. Saat Aishah melihat ibunya yang telah meninggal dunia. Ya, Laila telah meninggal dunia. 

Saat ini Cik Rose rasakan kejamnya jalan cerita apabila mematikan watak Laila sedemikian rupa. Sedang bekas suaminya Hisyam tak tahu keadaannya. Dan mak ayahnya yang masih tak menerimanya! 

Namun, inilah realitinya kan. Tahniah buat Sheila Rusly (JSpictures) kerana membawa penonton berhadapan dengan dunia realiti. Bukan sekadar cerita  dongengan. 

Di hospital, mak ayah Laila masih ego dan sombong! Tak mengaku Aishah sebagai cucunya. Kak Ina membawa Aishah pulang. 

Keesokannya, di tanah perkuburan, Kak Ina sempat menceritakan hal yang berlaku kepada adik Laila. Adik Laila menyiarkan gambar Aishah di facebook. Ia menyebabkan maknya marah. Dan rakan Hisyam, menceritakan hal sebenar kepadanya.

Hisham amat menyesal kerana ibu bapanya menyorokkan hal sebenar daripada dia. ~ Hisham hilang ingatan setelah terlibat dengan kemalangan, sewaktu dia menyesal dengan tindakannya menceraikan Laila dahulu. 

Hisham pergi berjumpa dengan Kak Ina dan Aishah. Kak Ina menceritakan apa yang telah berlaku. Namun, Hisham meminta masa untuk melakukan ujian DNA untuk membuktikan Aishah adalah anaknya. ~Karim diberitakan meninggal, mayatnya ditemui di Sungai Gombak. 

Satu hari , Aishah merengek mahu ke kedai membeli keropok. Namun , Kak Ina sibuk di warung. Aishah meminta untuk ke kedai terlebih dahulu, dan Kak Ina membenarkannya.

Aishah berlari mahu ke kedai dan saat itulah dia dilanggar .Lebih memilukan, Aishah dilanggar oleh ayahnya sendiri. Akhirnya Aishah juga meninggal dunia. 


~Tahniah buat semua pelakon yang menjayakan drama ini. Watak Kak Ina yang dilakonkan oleh Wan Norazlin juga amat baik. Ketabahan seorang wanita dalam meneruskan kehidupan seorang diri di kota. Dalam masa yang sama turut menjaga Laila dan juga Aishah. 

Sedikit terkilan, hingga akhir cerita, mak ayah Laila tidak digambarkan menyesal dengan perbuatannya. 

Dalam kita menonton dan mengambil iktibar dari drama ini, sebenarnya hal sedemikian ada berlaku dalam masyarakat kita hari ini. 

Setiap watak yang dilakonkan memang dekat dengan diri kita kan. 

Keseluruhan cerita ini, Cik Rose suka. 
Sarat dengan permainan emosi dan air mata. 


Saturday, February 02, 2019

Saturday, February 02, 2019

Lirik Lagu Pesanan Ayahanda-Sissy Imann

Lirik Lagu Pesanan Ayahanda-Sissy Imann



Ku gementar bertemu dengan si dia
Oh mungkinkah gentleman
Makin ku terfikir makin ku gelisah
Sebab dia main band
Ku cuba gaun begini dan begitu
Sebenarnya ku ni insecure
Ku tahu ku tak yakin
harap jangan sampai ku malukan diri
Janganlah resah
Pesanan ayahanda
Dan jika cinta dipaksa
Oh hancur semua
Jodoh rahsia yang Maha Esa
Jagalah hatimu
Jangan dibelenggu
Godaan dunia
Jagalah hatimu
Jangan dibelenggu
Godaan dunia
Kau bukannya budak tingkatan tiga
Tak perlu pura macho
Tak perlu acah macam “Desperado”
By the way aku Sissy bro
Kau kata kau begini dan begitu
Sebenarnya kau yang insecure
Ku tahu kamu yakin
Tapi jangan sampai kau memalukan diri
Janganlah resah
Pesanan ayahanda
Dan jika cinta dipaksa
Oh hancur semua
Jodoh rahsia yang Maha Esa
Jagalah hatimu
Jangan dibelenggu
Godaan dunia
Jagalah hatimu
Jangan dibelenggu
Godaan dunia
Aku tahu cinta dan jiwa kita kian bersulam
So baby stay with me till the end of time
But jangan lupa
Oh jangan lupa
Pesanan ayahanda
Janganlah resah
Pesanan ayahanda
Dan jika cinta dipaksa
Hancurlah semua
Jodoh rahsia yang Maha Esa
Jagalah hatimu
Jangan dibelenggu
Godaan dunia
Jagalah hatimu
Jangan dibelenggu
Godaan dunia
Jagalah hatimu
Jangan dibelenggu
Pesanan ayahanda

Friday, February 01, 2019

Friday, February 01, 2019

Lirik Lagu Bila Entah-Aisyah Aziz

Lirik Lagu Bila Entah-Aisyah Aziz
Ciptaan : Hael Husaini & Ezra Kong



Entah’ bertemu tah’ tidak
Makin hiba hati yang terdesak
Entah’ bertemu, tah’ tidak
Ngapa bila ku mahu kau elak
Dari mana ke mana
Rumput tawan padi*
*Di tahun bila bulan apa
Kan bersua lagi?
Rumah laksmana
Pasang dian tiga*
*Gadai hati tuk dikasihi
Hingga tua nanti
Sayang
Hilangnya di mata
Sayang
Di hati jangan…
Entah’ bertemu tah’ tidak
Makin hiba hati yang terdesak
Entah’ bertemu, tah’ tidak
Ngapa bila ku mahu kau elak
Bila–ah bila ‘tah bila bertemu tidak
Bila–ah ku mahu kau elak
Oh bulan mana bintang
Atas pucuk ara*
*Rajinnya kanda yang ku sayang
Sampai tak mau pulang
Salahnya di mana
Jatuhnya ke mana
Malang ku ditimpa tangga
Sayang ku tak apa
Biar buta mata
Janji jasad kambus bersama
Lambai-lambai pucuk kayu ara
Oh bila ku mahu kau elak

~ ~ ~
Satu lagi karya Hael Husaini dan Ezra Kong. Sedap lagu ni, pada Cik Rose. Klasik, nak pula suara Aisyah ni yang lain dari yang lain.

Selepas lagu Temberang dan Vroom vroom, sekarang lagu Bila Entah pula. 

Berbakat sungguh. Lain-lain genre. Tak sabar nak dengar lagi lagu baru, buah tangan mereka. 

Tahniah!