Thursday, February 14, 2019

CUTI TANPA REKOD SEMPENA PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI

KREDIT :EASY PARCEL

1.Siapakah yang layak diberikan Cuti Tanpa Rekod (CTR) Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai? 
Semua pegawai Perkhidmatan Awam yang lahir di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak. 

2. Adakah pegawai yang menerima Bayaran Insentif Wilayah sahaja yang layak mendapat kemudahan CTR Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai ini? 
Kemudahan ini diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang lahir di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak. Kemudahan CTR ini tidak ada kaitan dengan penerimaan Bayaran Insentif Wilayah atau tidak. 

3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk mengesahkan pegawai lahir di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak bagi tujuan kemudahan ini? 
Sijil Kelahiran pegawai.

4. Sekiranya pegawai diarahkan untuk bertugas pada hari Pesta Kaamatan atau Hari Gawai, adakah pegawai boleh memohon cuti gantian? 
Sekiranya pegawai diarahkan untuk bertugas pada hari Pesta Kaamatan atau Hari Gawai, pegawai tidak boleh diberikan cuti gantian. Ini adalah kerana, kemudahan ini merupakan pemberian CTR dan hari berkaitan bukan merupakan hari kelepasan am di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan hendaklah bertimbang rasa dan boleh mempertimbangkan salah satu hari iaitu: i. 30 atau 31 Mei bagi pegawai kelahiran Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; dan ii. 1 atau 2 Jun bagi pegawai kelahiran Sarawak.

5. Adakah pegawai lantikan Contract of Service layak mendapat kemudahan CTR Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai? 
Pegawai lantikan Contract of Service yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia layak diberikan CTR Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. 

6. (i) Adakah pegawai (berkhidmat di Semenanjung Malaysia) bukan kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak tetapi ibu atau bapa lahir atau menetap di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak layak mendapat kemudahan CTR Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai? (ii) Adakah pegawai (berkhidmat di Semenanjung Malaysia) kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak tetapi ibu atau bapa tidak lahir atau menetap di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak, layak mendapat kemudahan CTR Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai? 
(i) Pegawai bukan kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak tetapi ibu atau bapa lahir atau menetap di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak tidak layak mendapat kemudahan CTR Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. (ii) Pegawai layak kerana lahir di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau Sarawak. 

7. Sekiranya Pesta Kaamatan dan Hari Gawai jatuh pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am di Semenanjung Malaysia, adakah cuti tersebut boleh dibawa kepada hari berikutnya? 
Sekiranya Pesta Kaamatan dan Hari Gawai jatuh pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am di Semenanjung Malaysia, cuti tersebut tidak boleh dibawa kepada hari berikutnya. Ini adalah kerana, kemudahan ini merupakan suatu CTR yang diberi sekiranya Pesta Kaamatan dan Hari Gawai jatuh pada hari bekerja di Semenanjung Malaysia. Pesta Kaamatan dan Hari Gawai bukan merupakan hari kelepasan am di Semenanjung Malaysia


Maklumat lanjut : JPA PORTAL


3 comments:

  1. dulu kt opis akka ni ada beberapa staf yg asal dr sabah n sarawak, mereka selalu nya akan balik kg utk menyambut n seronok bila mereka kongsi cerita semasa sambutan... tp skrg dh takde pun

    kalau ada pun ucapan dr jauh je

    ReplyDelete
  2. ooo...saya boleh lah ek minta CTR ni kalau da bekerja nanti...walaupun tak meraikannya, sebab Hari Gawai ni bukan semua orang Sarawak sambut..masyarakat kaum Iban aje...

    ReplyDelete