Friday, February 22, 2019

Makan Tengahari di Asam Pedas Sungai Ayam Kak Nolik Batu Pahat, Johor

Makan Tengahari di Asam Pedas Sungai Ayam Kak Nolik Batu Pahat, Johor. Assalamualaikum. Dah lama gambar dalam draft, tapi tak menulis lagi.. So, kali ni Cik Rose tulis bagi jadi konsepnya. hihi.

Batu Pahat ni terkenal dengan pelbagai jenis makanan. Nasi Beriani, Asam Pedas, Mee Racun dan banyak lagi. Kalau datang Batu Pahat, tak cuba memang rugi. Kena cuba!

Kedai/ Restoran/ Warung yang menyajikan asam pedas memang banyak. Ikut selera masing-masing suka yang mana. 

Baru-baru ni, suami bawa Cik Rose ke Asam Pedas Kak Nolik di Sungai Ayam. Seawal jam 11 pagi kami dah ke sana. Memang kena pergi awal. Lambat nanti, sama ada tak ada tempat duduk atau ikan habis. Pernah kami datang selepas tu pukul 1.30 tengahari, ikan dah habis. Hampa hati masa tu. 

Yang best di sini, kita boleh pilih ikan sendiri. Nak ikan apa. Nak buat masak apa. Cik Rose pilih isi ikan merah dan suami pilih kepala ikan merah. Kemudian, kami tambah telur dadar dan sayur sawi. Pelbagai jenis sayur ada,. Antranya tauge dan lain-lain. Ada juga tambahan sotong dan kupang. Boleh pilih nak goreng kunyit, sambal atau goreng tepung. 


Kali pertama ke sini, inilah yang kami pilih :
Nasi putih, asam pedas ikan, telur dadar, sayur sawi dan nescafe ais.




Kalau korang nak cuba bolehlah ke : 
18A, Kampung Sungai Ayam Laut (10,404.90 km)
83040 Batu Pahat


Di kawasan ni, ada dua kedai sebenarnya. Bolehlah cuba mana yang korang suka. Yang pasti, ikan segar dan boleh pilih. Sedap!

Kali kedua dan seterusnya pergi, Cik Rose dah pandai mintak sotong tepung. Sedap. Makan panas-panas, krup krap krup krap,habis sepiring. 

Definisi sedap asam pedas ni berbeza kan. Sebab tu ada banyak kedai, dan setiap kedai ada peminatnya yang tersendiri. Ikut selera masing-masing kan. 


15 comments:

  1. pakkal jauh kalu dekat mmg akak dh pegi... sedapnya asam pds kepala tuh... layan kalau ratah tu

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing. Ada rezeki jalan-jalan Batu pahat, bolehlah singgah sini. edapnya asam pedas ikan tu!

    ReplyDelete
  3. aritu pergi johor x merasa nk mkn asam pedas sana..alaaa lamaa dulu2..x femes lg lah kot ttg tmpt2 mkn ni..insyallah nk pergi johor nti sggh

    ReplyDelete
  4. This looks so appetizing. I love sotong tepung too. Yum yum yum

    ReplyDelete
  5. Xpernah kesini lagi.. Pernah ajk husband mkn luar..dia kata xnk..asam pedas bini lg sedap..haha.. Tp seyes kita nk sgt try asam pedas kt semua tempat..lg2 asm pedas kepala ikan...fuhh

    ReplyDelete
  6. Sedapnya lah asam pedas.. Lama tak makan ni..nmpk best sbb blh pilih kita nak ikan mana kan

    ReplyDelete
  7. wow menarik sis.tq sharing info yg berguna

    ReplyDelete
  8. Kalau jalan2 ke Batu Pahat nanti mesti kena cari ni.. Akak suka asam pedas, Lagi2 asam pedas ikan Pari.

    ReplyDelete
  9. Pekat kuah dia.. Nampak sedap tu.. Kita suka makan asam pedas.. Hirup kuahnya..

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap plak tengok semua lauk yang ros makan. Masak asam pedas memang favourite akak

    ReplyDelete
  11. Terliur kejap bila baca entry ni. I memang suka masakan pedas and masam, if i pergi sana mesti i singgah.

    ReplyDelete
  12. Woww asam pedas. all time favorite emi ni...teringin pulak rasanya.

    ReplyDelete
  13. Pernah pergi batu pahat sekali je. Tu pun sebab ada kenduri kawen. Nanti kalau ada ke sna, boleh la ajak suami cuba asam pedas disana.

    ReplyDelete
  14. Rasanya sedap tak? Harganya berapa

    ReplyDelete