Breaking

Wednesday, March 27, 2019

Wednesday, March 27, 2019

Makan di Warung Haji Dollah Nasi Ayam

Makan di Warung Haji Dollah Nasi Ayam.

Memang banyak kedai yang jual nasi ayam. Ada macam-macam jenis nasi ayam. Ikut selera masing-masing nak yang macam mana. 

Alkisahnya, Cik Rose ada program Jabatan di Gelang Patah. Balik dari sana, dalam  perjalanan tu, dok fikir nak makan apa. 

Sekali terkeluar tentang cerita nasi ayam. Kawan sekerja bawa makan nasi ayam. 

Warung Haji Dollah Nasi Ayam

Kami singgah makan di sini. Pertama kali Cik Rose singgah. Ramai orang makan di sini. Rupanya terkenal warung ni. 

Antara menu yang ada di sini adalah nasi ayam, soto dan mee rebus. Sedap-sedap belaka katanya. Jadi, kita try la rasa. 

Cik Rose pilih nasi ayam.


Sedap nasinya. Ayamnya lembut di dalam dan garing di luar. Sup tu yang special. Sedap tau. 

Warungnya luas. Sentiasa ramai je orang yang datang. 

Nampaknya, nasi ayam ni kena dengan tekak Cik Rose. Alhamdulillah. 

Di mana Warung Haji Dollah ni?
Di Parit Othman (Parit Sulong),Batu Pahat, Johor. 

Jalan-jalan cari makan. Kawan-kawan tunjuk, kita cuba. Sedap, haruslah kongsi dengan kawan-kawan lain pula kan. 

Memang banyak tempat makan sedap di Batu Pahat. Cik Rose sendiri tak habis pusing lagi. hihi. 

~ First time masak nasi ayam masak family datang awal tahun 2019 baru ni. hihihi. 

Tuesday, March 26, 2019

Tuesday, March 26, 2019

Makan Cendol Mangga Yang Sedap di Cendol Mahabbah, Benut Johor

Makan Cendol Mangga Yang Sedap di Cendol Mahabbah, Benut Johor

Cuaca panas sekarang ni kan. Tekak rasa kering. Dalam keadaan cuaca panas macam ni, perlulah minum air masak lebih dari biasa. Dan juga kena  kurangkan aktiviti luar. 

Eh kalau panas-panas macam ni, dapat cendol pun sedap kan. Lega tekak! Nyaman. 

Cendol Mangga

Selalu yang Cik Rose nampak cendol durian yang orang kongsikan. Cendol mangga, jarang pulak nampak. 

Cendol Mahabbah di Jalan Parit Makasar, Benut.


Macam mana? Menarik tak? Mangga tu menggoda sangat kan. Elok je keliling mangkuk. Banyakkan. 

Sedapnya! Kenyang perut dapat semangkuk macam ni. 

Dekat mana warung cendol ni? 

Terletak di Jalan Parit Makasar, 82200 Benut, Johor. Tepi jalan je, warungnya. Ada macam-macam pilihan cendol. Cendol biasa, cendol jagung, cendol kacang, cendol mangga, cendol durian, cendol oreo dan banyak lagi. 

Penuh aje warung ni tau. Jadi pilihan ramai. Makanan pun ada. Macam laksa, tauhu bakar dan lain-lain. 

Rasa cendol ni sendiri sedap. Terasa lemak santannya. Bukan manis gula semata. Sesetengah kedai jual, Cik Rose rasa manis gula je lebih. Santan tu kurang. Yang ini, memang sedap secukup rasa. Alhamdulillah. 

Untuk yang berada berdekatan, bolehlah singgah. Sekali rasa, nak lagi. 

Selalunya kalau makan cendol, mesti Cik Rose pilih cendol jagung jer. Hihi. Kali ni, pilih cendol mangga. Puas hati, sebab ada jugak jagung tu. 

Korang suka makan cendol tak?

Monday, March 25, 2019

Monday, March 25, 2019

Buat Oden Sendiri Di Rumah Al-Ala di Family Mart

Oden Family Mart

Ramainya teman-teman yang share tentang oden. Sedap ke? Cik Rose dapat tengok gambar je lah. hihi. Nampak sedap, kuahnya pekat. Makan panas-panas. Alahai.

Viral oden tu, sampai ada yang share resepi! Buat oden ala-ala Family Mart. Eh eh ni bagus ni. Bolehlah cuba kan. Almaklumlah nak ke Family Mart tu jauh. 

Gambar di bawah ni, Cik Rose cuba sendiri di rumah.



Resepi Oden Viral Macam di Family Mart

Bahan-Bahan penyediaan Oden

1 paket pes tomyam Adabi
1/2 paket pes asam pedas Adabi
air secukupnya
Campuran steamboat 

Cara-caranya

Panaskan air dan masukkan perencah tomyam dan dan perencah asam pedas.

Biarkan mendidih. Masukkan  campuran steamboat. Siap.

Senang kan? 


Itu resepi viral. Yang Cik Rose cuba ni, lagi senang! 

Cik Rose hanya guna perencah tomyam dan campuran steamboat tu. Biar betul. Ya betul. Hasilnya sedap jugak!

Cik Rose guna perencah tomyam ni :


Cik Rose beli di Tesco. Maepranom Brand. Sedap. Korang kena cuba. Cik Rose letak ini sahaja..Tak tambah dah garam atau perasa lain.

Campuran steamboat pun beli di Tesco jugak. Ada banyak jenis. Senang kan. Dalam setiap pek dah ada..Tak payah beli berasingan dah. 

Makan ni boleh kenyang dah. hihi.

Selamat mencuba. 


Sunday, March 24, 2019

Sunday, March 24, 2019

Rindu Nak Makan Nasi Lemak Bungkus Macam Ni

Rindu Nak Makan Nasi Lemak Bungkus Macam Ni.

Assalamualaikum.
Nasi lemak. Antara pilihan ramai orang umtuk bersarapan. Hidangan lengkap. Nasi, sambal ikan bilis, timun, telur dan kacang.

Cil Rose rindukan waktu dulu. Zaman kanak-kanak Cik Rose. Atau lebih tepat, zaman sekolah. 

Beli nasi lemak bungkus, 50 sen. Kalau nak nasi tambah, 60 sen. Sedapnya makan waktu tu. Bungkus dalam plastik dan kertas surat khabar.

Lauknya ringkas. Sambal, telur rebus, timun, kacang dan ikan bilis goreng. Mintak sambal lebih. Aduhai sedapnya. 

Sekarang ni dah meriah. Ada pelbagai pilihan lauk. Semua ada. Ayam, ikan, daging, udamg, sotong dan lain-lain. 

Bukan nak cerita tentang perbezaan harga. Mana boleh bandingkan tahun 1997~ 2000 dengan 2019. Sudah tentu jauh. 

Cuma nak ceritakan nikmat makan tu..Syukurnya dapat beli sebungkus buat bekalan ke sekolah. 


Gambar di atas ni nasi lemak yang Cik Rose beli di sebuah warung baru-baru ni. Nasi lemak ayam. 

Melihat cara pembungkusannya, terus hati Cik Rose teringat kenangan lalu. Rindu! 

Susah nak jumpa dah. 

Ada masanya, kita rindu waktu dulu. Biarkan rasa rindu itu bersarang dalam hati..Usah dihapus. Mana mungkin kita boleh melupakannya. 

Rindu kenangan lalu, tak bermakna kita ingin kembali ke masa lalu. Biarkan...Ia terus mekar dalam ingatan. 


Saturday, March 23, 2019

Saturday, March 23, 2019

RESEPI AYAM MASAK MERAH MADU

RESEPI AYAM MASAK MERAH MADU.

Assalamualaikum. Masa cuti sekolah lepas, family Cik Rose datang ke rumah. Jadi, masaklah sikit kan. hihi. 

Untuk makan malam, jenuh fikir nak masak apa. Ada lauk ayam. Mula tu, ingat nak buat sambal. eemmm tapi macam dah selalu.

Sekali, mata terlihat botol madu. Eh buat ayam masak merah madu lah macam ni. 

Alahai sedapkan rupanya ayam masak merah madu. 



Resepi Ayam Masak Merah Madu

Bahan-bahan

Bawang merah dan bawang putih dikisar.
Cili kisar (kalau nak berkuah sikit, lebihkan)
4 sekawan (  kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih)
Sos cili
Madu
Ayam ( goreng dahulu)
Daun sup dan bawang goreng ( untuk ditabur di atas)

Cara masak

Tumis bawang kisar dahulu. Kemudian, masukkan 4 sekawan. 

Bila dah naik bau, masukkan cili kisar. Biarkan cili tu masak. 

Lepas tu, boleh masukkan sos cili dan madu. Kacau rata. 

Masukkan ayam goreng. Letak sedikit garam. Tadaaa dah siap. Senangkan. 

Hidangkan dengan taburan daun sup dan bawang goreng. 


Makan dengan nasi, bertambah-tambah jadinya nanti. hihi.

Selamat mencuba!


Friday, March 22, 2019

Friday, March 22, 2019

Cara Buat Jus Detox Untuk Kuruskan Badan

Cara Buat Jus Detox Untuk Kuruskan Badan.

Assalamualaikum. Sana sini orang bercerita nak kurus, nak turunkan berat badan. Bukan mudah nak kurus. Bukan cakap hari ni nak kurus, esok dah jadi kurus kan. hihi.

Ok, hari ni bukan cerita tips kurus. Bukan juga nak jual suplemen kurus. 

Nak kongsikan penyediaan buat jus. Jus apakah? Jus detox kah? Sebenarnya lebih kepada jus pengganti makan malam atau boleh je minum waktu petang. 

Sebab apa? Sebab bukan mengandungi buah berserat sahaja. Ada juga lobak merah. Sumber karbohidrat. 


Bahan-bahan Jus Kurus

2 biji epal hijau
2 biji oren
2 batang lobak merah
2 inci halia
2 gelas air

Caranya.

Kisar semua buah-buahan tu. Sedia untuk diminum.

Boleh guna air sejuk. Dah kisar, terus minum kan. Lagi satu, lobak merah tu korang adjust kuantitinya. Boleh kurangkan. 

Jom tengok video ringkas di bawah :



Gigih Cik Rose buat dengan kawan baik tau. hihi. Tapi, Cik Rose tak amalkanlah. Teringin baru buat. hikhik. 

Selamat mencuba!


Thursday, March 21, 2019

Thursday, March 21, 2019

Pisang Goreng Cheese Sedap

Pisang Goreng Cheese Sedap.

Assalamualaikum.

Sejujurnya, Cik Rose bukanlah penggemar pisang goreng cheese. Cik Rose lebih gemar makan pisang goreng begitu sahaja. Duduk Johor, belajar makan dengan sambal kicap. Alhamdulillah, sedap!

Dulu, pernah beli pisang goreng cheese. Cik Rose makan tak banyak mana. Cepat muak. Mungkin juga kerana Cik Rose bukanlah pencinta cheese. Makan gitu-gitu je. Kek cheese ke apa ke, memang makan sikit-sikitlah. Bukan tahap peminat berani mati. hihi. 

Baru-baru ni, kawan Cik Rose(merangkap jiran satu blok) ada buat pisang goreng cheese. Cik Rose pun rasalah. Alahai, sedapnya korang. 

Tadaaa:


Pisang dia sedap tau. Tepung tu rangup-rangup manja. Ada cheese, dan diimbangi dengan rasa coklat lagi. Lengkap! Memamg sedap.

Cik Rose ambil satu, masuk mulut. Ambil lagi satu, masuk mulut. Dan diulang-ulang. Eh tiba-tiba dah habis! 

Nampak tak sedapnya? hihi.

Alhamdulillah, rezeki.
Moga murah rezeki awak.


Tips nak makan pisang goreng cheese, makan panas-panas. Dan jangan makan bersulamkan air manis. 

Ye ye je, bagi tips bagai kan. Bolehlah. Betul lah tu kan. hihi.

Wednesday, March 20, 2019

Wednesday, March 20, 2019

Nasi Kukus Ayam Berempah

Nasi Kukus Ayam Berempah.

Assalamualaikum.
Menu yang simple, tapi sedap. Salah satunya adala Nasi Kukus Ayam Berempah. Itu pendapat Cik Rose lah. 


Ada yang suka makan Nasi Kukus Ayam Berempah tak? Ke ada yang belum berpeluang rasa? 

Kalau tanya Cik Rose, sebenarnya inilah makanan yang paling banyak diulang makan buat masa ni. hihi. Alhamdulillah.

Nak tahu kenapa? 

Sebab ada khidmat 'delivery' ke office. Tiada limit order tau. Satu bungkus pun akan dihantar. Yeayyy..

Harga Nasi Kukus Ayam Berempah

Hanya RM5. Tiada caj cod. Alhamdulillah, murah rezeki peniaga ni. 

Tak tahulah kebetulan atau apa.Tiap kali order, akan dapat bahagian kepak. hihi. Suka! Makan ramai-ramai dengan kawan-kawan, oh sedaplah. 

Tapi, tak boleh makan selalu.. Takut jemu. hikhik.


Wednesday, March 20, 2019

OST Drama Asalkan Dia Bahagia | Lagu Mana Ada Hati-Ayda Jebat


OST Drama Asalkan Dia Bahagia | Lagu Mana Ada Hati-Ayda Jebat


Dahulu kau buatku terus terpaku
Kini kau tak seperti itu
Yang menjaga hatiku

Walaupun telah ku berikan semua untukmu
Tapi yang terbaik dariku
Belum cukup bagimu

Kurang apa lagi yang harus ku beri
Jika memang cinta tak bisa memberi arti
Mana ada hati yang ingin trus disakiti
Untuk apa aku kau miliki lagi

Walaupun tlah ku berikan
semua untukmu
Tapi yang terbaik dariku
Belum cukup bagimu

Kurang apa lagi yang harus ku beri
Jika memang cinta tak bisa memberi arti
Mana ada hati yang ingin trus disakiti
Untuk apa aku kau miliki lagi

Kurang apa lagi yang harus ku beri
Jika memang cinta tak bisa memberi arti
Mana ada hati yang ingin trus disakiti
Untuk apa aku ohh
Untuk apa aku kau miliki lagi

Untuk apa aku kau miliki lagi


Wednesday, March 20, 2019

OST Drama Asalkan Dia Bahagia | Lirik Lagu Peneman - Hazama

OST Drama Asalkan Dia Bahagia | Lirik Lagu Peneman - Hazama



Apalah yang kau lihat
Ada pada diriku
Yang sering buat kau tertawa
Gembira bahagia

Apa benarkah cinta
Ada pada diriku
Yang membuat kau menyayangiku

Kau beri segalanya
Aku pastikan kau bersamaku selalu
Kau di dalam pelukan di setiap malamku
Aku patrikan kau di dalam hatiku
Menjadi peneman dalam hidupku
        
Apapun yang kau rasa ada pada diriku
Hanyalah sebuah hati yang mengharapkan

Memang benar cinta
Itu ada untukku
Hanya menanti untuk dimiliki
           
Berilah waktu aku buktikan
Biarpun pedih aku rasakan
Aku rasakan
           
Aku pastikan kau bersamaku selalu
Kau didalam pelukan di setiap malamku
Aku patrikan kau di dalam hatiku
Menjadi peneman dalam hidupku

Menjadi peneman dalam hidupku
Menjadi peneman dalam hidupku

Monday, March 18, 2019

Monday, March 18, 2019

Lirik Lagu Bikers Kental Nyanyian Akim Ahmad dan Faizal Tahir

Lirik Lagu Bikers Kental Nyanyian Akim Ahmad dan Faizal Tahir



Hati hati bila memandang dengan mata pandang sini takut hati nanti terlanggar jalan mati ada hikmah disebaliknya panas hujan tetap teruskan perjalanan walau bersama tetap berpisah semua ada cerita berbeza susah senang tetap saudara

kami bikers kental layan heavy mental nampak ganas tapi hati macam
bantal kami bikers kental sikit sentimental nampak rileks sebenarnya panjang akal jangan menilai hanya pada rupa kamu tak tahu kamu tak tahu jangan menilai hanya pada rupa kamu tak tahu kamu tak tahu
biar tinggi tak lupa asal usul diri mati nanti biar jasad yang diingati susah senang lalui semua bersama bara api digenggam sampai jadi arang walau bersama tetap berpisah semua ada cerita berbeza susah senang tetap saudara Kami bikers kental layan heavy mental nampak ganas tapi hati macam bantal kami bikers kental sikit sentimental nampak rileks sebenarnya panjang akal jangan menilai hanya pada rupa kamu tak tahu kamu tak tahu jangan menilai hanya pada rupa kamu tak tahu kamu tak tahu kami bikers kental layan heavy mental nampak ganas tapi hati macam bantal kami bikers kental sikit sentimental nampak rileks sebenarnya panjang akal kami bikers kental sikit sentimental nampak rileks sebenarnya panjang akal kami bikers kental layan heavy mental nampak ganas tapi hati macam bantal kami bikers kental sikit sentimental nampak rileks sebenarnya panjang akal jangan menilai hanya pada rupa kamu tak tahu kamu tak tahu jangan menilai hanya pada rupa kamu tak tahu kamu tak tahu