Monday, March 25, 2019

Buat Oden Sendiri Di Rumah Al-Ala di Family Mart

Oden Family Mart

Ramainya teman-teman yang share tentang oden. Sedap ke? Cik Rose dapat tengok gambar je lah. hihi. Nampak sedap, kuahnya pekat. Makan panas-panas. Alahai.

Viral oden tu, sampai ada yang share resepi! Buat oden ala-ala Family Mart. Eh eh ni bagus ni. Bolehlah cuba kan. Almaklumlah nak ke Family Mart tu jauh. 

Gambar di bawah ni, Cik Rose cuba sendiri di rumah.



Resepi Oden Viral Macam di Family Mart

Bahan-Bahan penyediaan Oden

1 paket pes tomyam Adabi
1/2 paket pes asam pedas Adabi
air secukupnya
Campuran steamboat 

Cara-caranya

Panaskan air dan masukkan perencah tomyam dan dan perencah asam pedas.

Biarkan mendidih. Masukkan  campuran steamboat. Siap.

Senang kan? 


Itu resepi viral. Yang Cik Rose cuba ni, lagi senang! 

Cik Rose hanya guna perencah tomyam dan campuran steamboat tu. Biar betul. Ya betul. Hasilnya sedap jugak!

Cik Rose guna perencah tomyam ni :


Cik Rose beli di Tesco. Maepranom Brand. Sedap. Korang kena cuba. Cik Rose letak ini sahaja..Tak tambah dah garam atau perasa lain.

Campuran steamboat pun beli di Tesco jugak. Ada banyak jenis. Senang kan. Dalam setiap pek dah ada..Tak payah beli berasingan dah. 

Makan ni boleh kenyang dah. hihi.

Selamat mencuba. 


5 comments:

  1. Nyummmm tiber nak buat juga lagi Oden ni..sedapnyaaaa...
    Nanti nak cuba yang ni laaaa

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaa...nak buat lagi laaaa dengan hosmet lakkkk..sebelum ni buat umah sis lin..hahaha

    ReplyDelete
  3. lagi puas hati makan.. dapat makan banyak2..

    ReplyDelete