Thursday, March 07, 2019

Kau Aku Berbeza, Namun Menuju Satu Matlamat Yang Sama

Assalamualaikum.

Hai hai hai. Selamat malam. Eh rasa lama tak jengah blog sendiri. Kalau dulu, hari-hari buka. Hari-hari menulis sesuatu di sini. Tapi, sejak dua menjak di tahun 2019, agak terhad masa nak menulis. 

Bukan mahu menyalahkan waktu. Waktu tu tetap sama macam dulu. Tetap ada 24 jam dalam sehari. hihi. Cuma empunya diri seakan kalut, tak pandai bahagikan waktu.


Bismillahirrahmanirrahim.

Mac. Sekejap benar rasa dah bertemu Mac. 7 Mac. Sebenarnya, macam-macam nak cerita. Tapi, tak nak terus terjah menulis semua sekali gus. 

Perlahan-lahan, cuba menulis satu cerita dan satu cerita. hihi.

'Keep your face to the sunshine and you cannot see a shadow.'

Motivasi diri. 
Cik Rose faham benar. Setiap dari kita kita berbeza. Kita lalui jalan yang sama, cuma terdapat banyak simpang, di mana kita harus membuat pilihan. 

Bukan mudah mahu buat pilihan. Pilihlau yang menenangkan hati kita. Tiada pilihan yang salah. Cuma cara kita berhadapan dengan pilihan itu yang penting. 

Fahamilah. Fahamilah bahawa kisah kita berbeza. Namun, matlamat kita sama. Usah mempertikaikan apa yang terjadi. Usah banyak sangat mengeluh. 

Terkadang Cik Rose sendiri pernah rasa. Kenapa aku berhadapan jalan A. Kenapa dia B. Kan best kalau lalui B..eh eh. Jangan begitu. 

Kita diuji sedemikian, kerana kita mampu. Kita istimewa. Yeayyhhh. Sentiasa ingat macam tu. 

Stay positive!


3 comments:

  1. Cerita lain bakal menyusul :)

    ReplyDelete
  2. betul tu cik rose..setiap orang punya jalan yang berbeza dalam hidup...kalau semua orang sama, tak best la kan?

    ReplyDelete