Moga Allah Pelihara Ahli Keluarga Kita

Wednesday, April 17, 2019
Assalamualaikum.

Selamat malam.. Malam ni, ada kelapangan sedikit. Jadinya, buka blog dan rasa nak coretkan sesuatu.

Sejak kebelakangan ni, Cik Rose menerima beberapa khabar sedih. Beberapa rakan Cik Rose diuji dengan pemergian orang tersayang. Cik Rose mohon semua pembaca blog ini, membacakan Al Fatihah dan sedekahkan buat mereka yang telah meninggal dunia.


Hati.

Hal hati tak boleh di buat main. Bergelora jiwa. Perasaan bercampur baur.

Moga baik-baik sahaja semua. Moga Allah lindungi keluarga Cik Rose dan semua yang sedang membaca tulisan ini.


Moga Allah kurniakan nikmat kesihatan yang baik buat mak ayah, adik beradik dan seluruh ahli keluarga  Cik Rose.

Bila berjauhan, itulah yang paling merisaukan hati Cik Rose. Moga Allah pelihara mereka. Pelihara kita semua.

Walau sudah 10 tahun hidup merantau di negeri orang, perasaan Cik Rose masih sama. Masih risau.

Orang hanya lihat luaran. Kita tersenyum. Kita ketawa. Tapi, jauh di lubuk hati, tak siapa menduga. Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan ini.

p/s : Hal hati dan keluarga usah di bawa gurau. Sungguh Cik Rose berasa hati.


3 comments:

  1. btl lah cik rose... akak pun ada banyak terima berita sedih dr kenalan, kwn2 opis... yg kehilangan...
    n baru2 nih nyai akak tak sihat msk spital, risaunya hati... nsb la dh boleh kuar ward n beransur sihat

    ReplyDelete
  2. moga Allah lindungi semuanya..aamiin

    ReplyDelete

Powered by Blogger.