Wednesday, April 10, 2019

PENGALAMAN BERCUTI KE KUALA TERENGGANU

PENGALAMAN BERCUTI KE KUALA TERENGGANU . Assalamualaikum. Baru berkesempatan nak menulis tentang percutian ke Kuala Terengganu. Dalam kamus Cik Rose dan suami, tak ada nama percutian yang dirancang. Semuanya mengejut. Suprise je sokmo. 

Jadi, memang tiada sebarang perancangan, tiada booking-booking, tiada google-goole tempat menarik. Main redah je. Dah sampai nanti, baru kita fikir bab nak tidur mana. Nak makan mana. Nak jalan mana. Yang pasti tarikh pergi dan balik sudah ditetapkan. Yes, itulah kami. Tak ada berpeluang nak rasa offer-offer bagai tu. Maklumlah, nak yang murah sikit selalu kan kena booking dulu.

Tapi, Cik Rose ok jer. dah sebati dengan konsep main terjah. Zaazzz. hihi.


Alkisahnya, cuti raya cina yang lepas. Kebetulan suami pun cuti. Jarang-jarang dia nak dapat cuti sama dengan Cik Rose tau. Bila dah dapat, rasa macam bermimpi. So, tiba-tiba Terengganu jadi pilihan. Seumur hidup kami, memang tak pernah jejak ke sana. 




03.02.2019 (Ahad)

Jam 10.30 pagi macam tu kami bergerak dari Batu Pahat, ikut jalan Segamat -Gambang- dan LPT. Pertama kali melalui jalan tu, membuatkan Cik Rose rasa lamanya nak sampai. hihi. Asyiklah tengok jam. Berhenti seketika sebelum naik highway pantai timur. Dah separuh perjalanan. Kemudian, teruskan perjalanan. Highwaynya lapang sahaja, tak banyak kenderaan pula. 


Sempat lagi beli Teh Ais Pyorr buat bekalan. hihi. Sedap terbaik!




Sampai di Kuala Terengganu dalam pukul 5.30 petang macam tu. Alhamdulillah, selamat sampai.Cuaca pun elok je petang tu. Cik Rose selitkan beberapa keping gambar di sini. Buat kenangan sendiri. 







Lokasi pertama adalah ke Taman Tamadun Islam yang terletak di Kuala Terengganu. 







Alamat Taman Tamadun Islam Terengganu:
Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Harga tiket untuk dewasa adalah RM24.10 seorang. Apa yang korang akan dapat? Masuk ke Taman Monumen, passport, voucher percuma makanan dan voucher diskaun RM2 untuk cenderahati. Kanak-kanak 7 tahun hingga 12 tahun dan warga emas (60 tahun ke atas) pula dikenakan bayaran sebanyak RM17.80. Bawah 7 tahun, percuma di bawah pengawasan ibu bapa. 


Tadaa, passport Cik Rose. 





Dalam Taman Monumen ni, korang dapat lihat senibina Islam. Memang cantik dan menariklah.. Untuk yang suka bergambar, boleh sangat masuk. Puaslah korang bergambar dalam tu. Cik Rose kan suka bergambar, so memang banyaklah gambar  yang di ambil. Setiap bangunan kalau boleh nak ambil. 





Tapi, memandangkan sampai dah lewat, tak dapatlah berlama-lamaan di dalam taman tu. Taman Monumen ni tutup pada jam 7 malam. 

Review Cik Rose.

Untuk yang pertama kali datang dan mempunyai bajet lebih,silakan masuk. Tapi, Cik Rose tak cadangkan pada yang tak minat bergambar dan datang dalam keluarga yang besar untuk masuk. Sebab apa? Sebab kurang menarik. Tiada apa-apa tarikan dalam tu, hanyalah bangunan senibina. Jadi, untuk budak-budak memang akan bosan rasanya. Dan untuk warga tua yang tak larat nak berjalan, tak singgah pun tak apa. 

Janganlah kata Cik Rose tak bagi masuk pula. hihi. Nak masuk, silakan. Sesekali kan. Masa Cik Rose masuk tu, tak ramai orang pun.  

Bangunan dalam tu pun banyak yang dah lusuh warnanya dan dalam proses pembaikan. ada  bangunan yang Cik Rose tak dapat nak tengok secara dekat.


Untuk yang memang nak bercuti ke sana, silakan masuk dan rasai sendiri pengalaman anda. Untuk yang tak berpeluang lagi sampai ke sana, Cik Rose belanja gambarlah. hihi. Apa ada hal kan. Belanja sikit. hikhik. 










































Apapun, memang puaslah bergambar. hikhik. Dah ambil banyak gambar, makanya letak di blog pun banyaklah, buat kenangan  kan. 

Dalam jam 6.30 petang, kami keluar dari Taman Monumen tu dan terus berjalan ke Masjid Kristal. Subhanallah. Cik Rose suka sangat. Cantik tau. Lihat dari jauh pun dah terpesesona. Inikan pula bila berjalan, makin lama makin dekat dan terus dekat. Di sini, agak ramai yang berkunjung. 




Separuh dari Masjid ini dalam proses pembaikan juga. Seronok Cik Rose tatkala melihat masjid ini. Cantik. Sempat membeli kopiah buat ayah dan ayah mertua di sini. 




Tak nak lepaskan peluang juga bergambar di sini. Banyak gambar yang Cik Rose ambil.









Jam 7 malam, kami mula bergerak ke bandar untuk mecari hotel. Alamak, banyak dah habis. Full pulak hotel. Maklumlah cuti raya cina. Berpusing-pusing sekitar bandar, akhirnya kami jumpa juga hotel yang masih ada bilik. 

N & L Hotel. Tapi, dapat bilik yang tak ada tingkat. Korang bayangkan, rasa terkurung pula Cik Rose. hahaha.Apapun syukur Alhamdulillah, sebab ada bilik nak bermalam kan. Servis bagus, Cik Rose cadangkan hotel ni kalau korang ke sana.




Dalam jam 8.30 malam kami pun keluarlah. Buat apa? Buat apa lagi, cari makanlah. hihi. Sempat singgah ke Dataran Syahbandar di  Kuala Terengganu. Jalan-jalan ambil angin malam jer.

~ ~ ~



04.02.2019 (Isnin)

Bangun pagi, terus check out. Dan terus menuju mencari sarapan pagi. Keluar dari hotel menuju ke bandar, nampak sebuah gerai. Memang ramai betul orang di gerai tu. Beratur panjang. Menjual nasi kerabu. Patutlah ramai. 

Tak sanggup nak  bersesak, jadi kami ambil inisiatif ke gerai lain. Sampai di satu gerai ni, ramai juga orang tapi tak adalah sampai panjang beraturnya. 

Cik Rose pesan nasi  kerabu. Rupanya gerai ni tak ada menjual nasi kerabu. Hanya ada nasi minyak dan nasi lemak. Oh patutlah gerai tadi ramai orang. Mungkin gerai tu hanya menjual nasi kerabu. 

Jadinya, Cik Rose pesan nasi minyak dan suami pula hanya makan kuih. Juga nescafe tarik. Leganya tekak dapat menghirup nescafe tarik. Rasa bertenaga. hihi. 

Kuih yang suami Cik Rose makan. Tak pasti apa nama kuihya. Tapi, rasanya tawar dan di makan dengan air gula merah. Jadi, manisnya seimbang. 





Inilah dia nasi minyak yang Cik Rose makan tu. Nyum nyum. pagi-pgi hari dah makan nasi. Aduhai. Macam kerja berat suami Cik Rose cakap. Hahaha. Ala, dah alang-alang ke negeri orang, apa salahnya kita merasa kan. Nanti, tak tahu bila pula dapat sampai ke sana. 




Selepas bersarapan, kami menuju ke Pantai Batu Buruk. Oh dekat sahaja. Dek kerana sampai awal, jadi orang pun tak ramai. Cuaca agak panas, oklah kan. Tak hujan. Jadi, boleh jalan-jalan santai di tepi pantai. Cik Rose ni sejenis penakut air. Bila nampak bendera merah berkibar tepi pantai, terus ajak suami balik. Hahaha.

Musim panas tapi berangin. Jadi, waktu yang tepat nak bermain wau dan layang-layang. Memang banyak dijual di sana. Cik Rose dapat rasakan kemeriahannya di waktu petang.

Apalagi, Cik Rose sebagai jurugambar menjalankan tugas. hihi. Semua gambar nak di ambil. Pening suami melayan. hikhik.








Selepas itu, terus menuju ke Pantai Teluk Ketapang. Tapi, Cik Rose tak pergi di persisiran pantai pun. Almaklumlah tengahari. Panas. hihi. Kami cuma ke gerai makanan je.

Nak cuba celup tepung. Kami order udang dan sotong celup tepung. Ikan tak orderlah pulak. Nyum nyum sedap, makan panas-panas tu. Rangup je. Udang sotong pun fresh.






Oh lupa nak cerita, sebelum ke Pantai Teluk Ketapang tu, sempat kami bungkus nasi kerabu. Di mana? Ingat tak tadi Cik Rose cerita gerai yang orang beratur panjang tu? Gigih suami cik Rose beratur tau. Nasi kerabu ayam untuk Cik Rose. Nasi kerabu daging kambing untuk suami. Alahai sedap betul. Patutlah jadi tumpuan ramai. 




Selepas tu, pergi pula ke Pasar Payang. Jalan sesak sangat menuju ke situ. Ramainya orang. Berapa kali pusing meredah jalan jammed untuk mencari parking. Rezeki kami, dapat parking yang dekat dengan bangunan Pasar Payang. Itupun setelah Cik Rose ubah kon jalan. hahhaha. Ampun.. Keadaan memaksaku. 

Jalan-jalan sekejap je. Tak banyak membeli. Kurang bajet. hikhik. Tengok-tengok apa yang menarik. Sekadar membeli kain batik buat mak dan mak mertua. Dan juga keropok keping. Bila nak keluar dari Pasar Payang, ternampak pulak mangga dan baby nenas tu. Beli sikit buat rasa-rasa. 







Keropok lekor dari Terengganu. Sedap. Lembut je. Sos dia tu yang sedap tau. 




Lepas je selesai di Pasar Payang, kami menuju ke Pantai Kuala Ibai. Jalan-jalan dan basahkan tekak dengan aiskrim gulung. Lega tekak. Nyaman.




Inilah dia aiskrim gulungnya. Sedaplah bila makan dalam cuaca panas kan. Alhamdulillah.
Kalau nak tahu, di sepanjang persisiran Kuala Ibai ni, ada gerai jual makanan dan minuman. Aih macam-macam ada.Pilih, pilih, jangan tak pilih gitu. hihi.





Berhampiran pantai Kualai Ibai ni, terletak Masjid Terapung atau dikenali dengan Masjid Tengku Tengah Zaharah. Cantik sangat. 




Selesai melawat Masjid tersebut, kami meneruskan perjalanan, dan singgah di beberapa lagi pantai. Di Terengganu ni banyak pantai. Seronok, sejuk je kena angin laut. Kalau lama sikit di sana, pasti Cik Rose dah berlama-lamaan di sana. Tapi, dek kerana mengejar masa, singgah sekejap sahaja. 

Dalam perjalanan balik, singgah di gerai tepi jalan beli keropok lekor. Aduhai, sedapnya keropok Terengganu. 

Pada keseluruhannya, Cik Rose gembira dapat jejakkan kaki pertama kali di Terengganu. Kalau ada kesempatan, pasti Cik Rose nak pergi lagi. Tak puas lagi. Masih banyak tempat yang belum sempat dikunjungi . Dan teringin juga nak membeli kain batik Terengganu. 

Jom tengok video yang Cik Rose buat . Bercuti ke Kuala Terengganu.




Buat yang sedang berfikir-fikir nak bercuti di mana, Cik Rose cadangkan pergilah Terengganu. Best!

#VisitMalaysia
#Terengganu




17 comments:

  1. cik rose lajak skit lagi..dtg kelantan..hihi

    ReplyDelete
  2. akak suka lg jln2 yg tak plan sgt hehehhe... masa aiyan tadika kami suka pi cuti3 bukan time cuti umum atau bukn cuti sekolah... sana sini tak jem, tp sejak aiyan sekolah ni payah sikit lah

    jjcm terengganu mmg best.... n paling best makanan n batiknya, kopok leko jgn dilupa, satar ngn otak2 dia try tak cik rose... sbb otak2 dia tak sama mcm otak2 kempas tuh

    akak, tak pernah pun pi kt tmn tamadun islam tu, dr mula bukak sampai skrg, skrg ni lagilah dh tak cantik sgt... mcm tak berbaloi kot nk pi situ bg akak... sbb mcm takde apa sgt aktiviti yg best utk budak2

    ReplyDelete
  3. Pernah jln Kat kT jugak. Suka Crystal mosque

    ReplyDelete
  4. Biasa kalau zaza balik kg memang lalu terengganu.. Area2 setiu..tahun ni tak sure balik ke tak

    ReplyDelete
  5. cantik gambar2.. langit tu biruu cerah awan semua nampak lawa..
    uuish makanan2 kat pantai timur ni sedap2 jugak semuanya. yang goreng tepong tu pergh !!

    ReplyDelete
  6. Cuti2 malaysia eh kali ni? Hehe. Emi last pergi terengganu rasanya dua tiga tahun lepas. Suka pi terengganu, boleh makan keropok.

    ReplyDelete
  7. Cousin kita kawen dengan orang tganu. Kalau dia balik sana tengok dia berjalan sana sini. Bestnya..
    Kita pun tak pernah lagi jejak tganu. Ntah bila la nak sampai.

    ReplyDelete
  8. Bestnya Rose dapat tengok momen bangunan kat sana .tiketnya pun boleh tahan ya .akak tak tahu la bila berpeluang bercuti jat sana .

    ReplyDelete
  9. ooo...pernah jugak sampai tempat banyak bangunan tu...da lama dulu masa kenduri kawan kat sana...tapi time tu tak buat entri la sebab da bercuti dari blog sekejap..hahaha

    ReplyDelete
  10. kalau lalu LPT mmg la ketara dia punya lama tuuu...sbb jalan lurus je...hahaha

    bestnya makanan ganu...ni yg buat rindu nak blk kampung tuuu...kuih tu nampak macam lompat tikam tapi xde pulut merah pulak...hmm...blur kejap kuih apa tuuu...

    ReplyDelete
  11. Cantiknye masjid.. tp menyesal masuk sini sebabnye nampak teh ais sedap.. haduiii dh la feberet tapi dh x leh nk minum.. huhu

    ReplyDelete
  12. Zira dah lama tak bercuti, seronokkan dapat bercuti cuma hari tu sekali je pi Cameron

    ReplyDelete
  13. Wah berjalan sakan kak ros.. Kita dh lama x ke sana... Last pergi masa menengah..hahaha . Masjid kristal pon smpt lalu je xsmpt singgah

    ReplyDelete
  14. Wah so many nice spots to visit in Terengganu and there are many good food too right.

    ReplyDelete
  15. sekali je pernah ke Terengganu.. tu pun xda nak pusing habis. hehe

    ReplyDelete
  16. wah cantik sangat Terengganu ni

    ReplyDelete