Monday, April 08, 2019

SINOPSIS DRAMA SARA KIRANA DI TV1

SINOPSIS DRAMA SARA KIRANA DI TV1

Kisah Maisarah, isteri yang patuh dan taat pada suaminya, Zulfakar dicerai tanpa sebab. Sara yang kecewa, bangkit semula sebagai Sara Kirana, seorang penulis novel. Dia dibantu oleh Zahrin, adik Zulfakar yang selama ini menyimpan hati kepadanya. Cinta mula berpaut, namun percintaan mereka mendapat tentangan dari bekas mentuanya, Puan Zulaikha dan Haji Salam yang tidak bersetuju kerana dianggap kurang manis memandangkan Zulfakar masih hidup.

Namun kerana sayangkan anak, mereka menerima Maisarah sekali lagi menjadi menantu. Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali. Perkahwinan barunya dengan Elly tidaklah begitu bahagia. Zahrin mula cemburu akan abangnya. Malang tak berbau, tiba-tiba Zahrin ditimpa kemalangan dan terlantar koma.

PELAKON : Mia Ahmad, Hafreez Adam, Jaslin Puasa, Eyka Farhana, Akmal Ahmad, Kuza, Rahhim Omar


Cik Rose tengok juga drama ni. Sebab lama tak nampak Mia Ahmad berlakon. Bila ada drama yang beliau berlakon, lepaslah rindukan. Suka tengok Mia Ahmad ni, sebab cara dia bertutur tu. Sedap je. 

No comments:

Post a Comment