Sunday, July 28, 2019

JANGAN ASYIK MERUNGUT DAN BELAJAR BERSYUKUR SEADANYA

Assalamualaikum.

Sekadar perkongsian ringkas hari ini. Tapi, penuh maksud tersirat dan bermakna. Cik Rose kongsikan di sini, buat semua.


~ if you have food in your fridge, clothes in your body, a roof over your head, and a place to sleep, you're richer than 75% of the entire world. ~

~ if yoy have money in your wallet, and can go anywhere you want, you are among 18% of worlds most wealthy people. ~

~ if you are alive today and healthy, you are most blessed than the millions of people who will not survive this week and die. ~

~ if you can actually read and understand this message, you arfe most fortunate than the 3 billion people in the world who are blind, deaf or illiterate. ~



~ Life is not about complaining. Life is about thousands of other reasons to be grateful and happy. ~


Kita terlalu banyak mengeluh. Sering mempersoalkan itu dan ini. Tanpa kita sedari kita telah dianugerahkan macam-macam. 

Kita sering bertanya mengapa kita diuji begitu dan begini. Tetapi, pernahkah kita memandang sekeliling kita. Ramai yang sedang diuji. 

Kita mahukan itu ini. Sedangkan yang kita ada itulah yang terbaik buat diri kita. 

Allah berikan apa yang kita perlu. dan bukan apa yang kita mahu. 

Jadi, terima dengan penuh kesyukuran. Senyum dan teruskan langkah. 

Oh ya. Sedikit pesanan juga. Bila seseorang itu dah menerima dan bersyukur, orang sekeliling pula yang tak henti-henti persoalkan. Janganlah kita tergolong dalam masyarakat yang sebegitu. Moga kita jauhi sikap sedemikian. 

Jangan asyik nak lihat ke dalam kain orang lain. Tanpa kita sedar, kain kita terkoyak dan terselak. 


Selamat berhujung minggu. 


No comments:

Post a Comment