Wednesday, July 10, 2019

Mana Mungkin Hati Tak Sedih ...

Assalamualaikum.

Hari ke 28 pemergian Kakyang.

Mana mungkin hati tak sedih. 

Sedih, pilu, perit, hanya Allah SWT yang tahu. Semua kesedihan ditahan-tahan. Pura-pura kuat. Tak mahu mak ayah bersedih lagi. Jadi, kita kenalah tunjuk kuat. Jika turutkan hati yang hancur, bimbang akan melemahkan semangat mak ayah. 

Cik Rose memang dah mulakan tugas. Balik Johor. Memang berat hati nak tinggalkan mak ayah. Namun, kehidupan perlu diteruskan. Hanya mampu bercakap melalui telefon, bertanyakan khabar. Berbual-bual. Video call, untuk melihat wajah mak ayah. 

Setiap kali di telefon, memang Cik Rose akan pura-pura tegas. Hanya satu tujuan. Tak mahu menambahkan kesedihan mak ayah.

Selalu Cik Rose pesan pada mak. Kakyang tetap dalam ingatan kita. Kakyang akan terus ada dalam doa kita. Bersedih dan menangis kerana ingatkan arwah,tak salah. Cuma, jangan meraung dan meratapi. 

Masih baru. Hati mak ayah mana yang bisa tenteram bila kehilangan anaknya. 

Kalau tanya Cik Rose. Cik Rose memang sedih, masih terkejut dengan berita itu. Namun, tetap belajar menerima ketentuan Allah SWT.

Kena belajar untuk jadi kuat. Kuat dari segi emosi. Kuat mental. Dalam menjalani hari-hari. 

Hanya gambar-gambar menjadi pengubat rindu kami. 

Namun, Cik Rose bersyukur, Kerana dapat juga peluang menjaga arwah ketika arwah diuji dengan kesakitan. Dapat merasai duduk di sisi arwah. Dapat meleihat wajahnya meskipun arwah tak sedar. Dapat berbual sendirian dengan arwah. Dapat memegang tubuhnya. 

Dan dapat melihat jari-jemarinya bergerak, meskipun hanya beberapa saat. Dapat merasai tangan digenggan kembali oleh arwah walau hanya seketika. Dapat membacakan ayat Alquran di sisi arwah. Dapat membisikkan kalimah Syahadah di telinga arwah. 
Juga dapat memandikan arwah. 


Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa Kakyang.
Moga arwah Kakyang (Rosliana) ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Semoga rohnya dicucuri rahmat. 

Sedekahkan bacaan ayat suci Al Quran dan Al Fatihah buat arwah Kakyang (Rosliana).




Salam sayang,
Cik Rose


Memori duka.
13 Jun 2019.

Masih mengumpul kekuatan untuk menulis tentang arwah. Perlukan masa untuk mencoretkannya.


6 comments:

  1. moga cik Rose n keluarga kuat dan tabah, ye mana mungkin kita tak rindu pd kakak kita, antara org yg paling kita syg kan...

    ReplyDelete
  2. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  3. Maknanya arwah kakyang orangnya baik sebab tu pemergiannya ditangisi..

    ReplyDelete
  4. semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman AAMIN.

    BTW, salam kenal saya blogger dari Sabah :)

    ReplyDelete
  5. Salam takziah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang beriman. Amin.

    ReplyDelete