RAHSIA TIDUR LENA DENGAN BANTAL HOTEL DAS ABDUL GLOBAL (DAG)


RAHSIA TIDUR LENA DENGAN BANTAL HOTEL DAS ABDUL GLOBAL (DAG)| Assalamualaikum. Korang tahu tak kualiti tidur akan mempengaruhi mood harian kita? Walaupun kita tidur sekejap,bila kita bangun pagi rasa bertenaga kan. Tapi,kalau tidur terganggu, alahai letihnya rasa bila bangun. Mulalah mood kita swing tak tentu pasal satu hari tu.

“A good pillow is key to a good night's sleep. Everyone must choose a right pillow for a better sleep cause good pillow is as important as having a comfortable, supportive mattress for a good night's sleep.”

Ada banyak cara untuk dapat tidur yang berkualiti. Antaranya adalah pemilihan bantal yang tepat. Susah juga nak cari bantal yang bersesuaian ni. Ada yang keras, ada pula yang terlalu lembut dan nipis.

Cik Rose sendiri ada masalah untuk dapatkan bantal yang sesuai. Kadang-kadang ia mengganggu rutin tidur tau. Sekejap toleh ke kanan, sekejap ke kiri! Tak selesa. Apa lagi, Cik Rose mulakan pencarian di laman sosial. Nak cari bantal guna online je. Senang! Cik Rose terjumpa Bantal Hotel Das Abdul Global (DAG). Eh kenapa ramai yang bercerita tentang bantal ni. Best sangat ke?





BANTAL HOTEL DAS ABDUL GLOBAL (DAG)


Cik Rose pun terjah laman web Das Abdul Global. DAG  ni antara jenama bantal bertaraf hotel yang terbaik di Malaysia. Memang jadi pilihan ramai rupanya disebabkan kualiti bantal-bantalnya.

Ada banyak pilihan bantal yang ada tau. Boleh pilih ikut kesesuaian kita. Yelah, setiap dari kita berbeza kan. Bantal pun mesti ada ciri-ciri tersendiri yang kita suka. Ada yang sukakan bantal yang tinggi, yang sedang, yang lembut. Eh macam-macamlah kan.

Setelah Cik Rose baca ringkasan kesemua bantal, dan baca testimoni pengguna, Cik Rose tertarik dengan bantal PhD iaitu Polyester Helix –DAG.





Apakah Bantal Polyester Helix –DAG.


PhD ni adalah koleksi bantal 3 bintang. Ianya mampat dan padat dan amat sesuai untuk penggemar bantal yang tinggi. Cik Rose lah tu. Cik Rose suka tidur dengan bantal yang agak tinggi, barulah selesa. Tapi, tak nak yang jenis keras. Jadi, bantal PhD ni memang sesuai sangatlah.

Ianya juga hygiene iaitu tidak berdebu dan anti alergik. Yeayy sangat sesuai yang ada masalah asma. Habuk tak melekat. Tak adalah buat korang bersin ke kan. Yang bestnya, ia juga tidak memerangkap habuk dan peluh yang akan membuatkan bantal jadi lembab, busuk dan gatal. Tahan lama bantal ni sebab tekstur dalamannya tidak mudah lembik.

Bantal ni juga amat selesa dan tidak panas. Bayangkanlah tidur malam kita dengan bantal hotel ni. Comfirm tidur lena! Lagipun bantal ni boleh dicuci dengan mesin! Ha memang mudahlah kerja kita kan.





CARA PEMBELIAN BANTAL DAS ABDUL GLOBAL (DAG)


Alahai senang jer caranya. Ni Cik Rose kongsikan pengalaman sendiri ya. Cik Rose ni jenis yang tak menyabar kalau nak membeli. Nak cepat jer. Hihi.

Korang boleh isi borang yang disediakan di laman web. Ada di bahagian bawah produk. Pilih je jenis bantal, dan klik di TEMPAHAN. Nanti, staf HQ DAG akan hubungi kita. Macam Cik Rose, staf HQ whatsapp tanyakan duduk di mana dan nak bantal jenis apa. Lepas tu, ada reseller yang akan hubungi Cik Rose pula. Senang kan. Boleh COD jer. Lebih cepat dan mudah! Tapi,kalau tiada reseller berhampiran, HQ akan pos. Cik Rose suka cara macam ni. Memudahkan pelanggan.




 

HARGA BANTAL POLYESTER HELIX –DAG.


Cik Rose di area Batu Pahat. Reseller yang hantar bantal Cik Rose memang terbaiklah servisnya. Alhamdulillah, bantal yang Cik Rose nak tu ada. Dan Cik Rose minta hantarkan ke office. Lebih senang nak ambil waktu siang. Takut di rumah, tak ada orang. Hihi. Cas COD hanya RM5. Memang puas hatilah.  Cepat dan mudah!
Sebiji bantal ni harganya RM35 sahaja. Tapi kalau korang nak beli banyak, ada promosi, 3 biji RM100. Haruslah kena beli kalau begini harganya. MEmang berbaloi. Harga standing kualiti, orang kata.

Nanti, Cik Rose nak cuba bantal jenis yang lain pula. Iaitu H-Classic dan H-Class Pro. Mesti lagi best. Macam tidur hotel kan. Mana tak best  Korang pun kena cuba tau.



DAG HOME BOLSTER


Oh ya, DAG juga ada menyediakan bantal peluk. Wahh bestnya, lagi bertambah lenalah tidur malam. Nampak gebu sangat kan? Untuk korang yang suka peluk bantal malam-malam, memang sesuai! Hihi. Alahai, ni yang buat Cik Rose pun nak jugak.




Untuk maklumat lanjut,bolehlah layari laman web DAG. Juga laman facebook dan Instagram DAG seperti di bawah :






Nampak tak keceriaan Cik Rose dapat bantal hotel DAG ni? Hahaha. Untuk korang yang masih tercari-cari bantal yang sesuai, bolehlah cuba. Rasai sendiri, baru tahu kan. Ingat bantal, ingat DAG tau !



Post a Comment

16 Comments

  1. wow. untung la dpt bantal gebu ni.
    aida pun akan nak beli.
    nanti dulu. masih sedang upgrade rumah.
    duit mengalir mcm air :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  2. cambest lah bantal ni. nampak cam selesa je tidur guna bantal ni..nak basuh pun senang

    ReplyDelete
  3. yang Bolster tu dah lama TB cari.. berapa rm agaknya yang tu ye

    ReplyDelete
  4. Nak trylah bantal ni..nk beli kat tok laki..hari2 komplen xde bantal..bukan xde bantal..dia sorg pun dkt 5 ketui adohhh

    ReplyDelete
  5. Tengok pun dah nampak betapa empuknya bantal ni.. Okay kena dapatkan juga nanti

    ReplyDelete
  6. Kita tengok pun rasa mcm best he sbb gebu.. Hehe.. Das ni boleh dptkan kt mana2 je ke atau online jer

    ReplyDelete
  7. bestnya ada bantal peluk best.

    ReplyDelete
  8. Kita dah guna PhD ni 4 tahun. So far ok dan maintain je sampai skrg. Memang puas hati. Berbaloi beli.

    ReplyDelete
  9. Gebunya bantal DAS nie.. nak cuba juga lah nanti..

    ReplyDelete
  10. Pantang sangat pilih bantal yang selesa.. Akak dah lama tidur tak pakai bantal sebab tak jumpa lagi bantal yang selesa.. Nak kena beli bantal DAG la kot.

    ReplyDelete
  11. serius lembut sgt bantas das abdul ni..

    ReplyDelete
  12. Tidur memang penting bagi lia so kena pilih bantal Yang selesa

    ReplyDelete
  13. nad pun pakai bantal ni..memng gebu dan lembut habis..nad pakai h classic..best macam dekat hotel

    ReplyDelete
  14. bestnya DAG ni.. kak liez nak try la nanti..bantal2 dekat rumah ni pun dah masa utk ditukar..

    ReplyDelete
  15. Tengok dalam gambar pun gebu ie.. kalau dapat nie memang syok tidur..

    ReplyDelete