Cara Mohon Bantuan Kematian KWSP Berjumlah RM2500.00 Dan Pengeluaran Penuh Ahli Yang Meninggal Dunia

Cara Mohon Bantuan Kematian KWSP Berjumlah RM2500.00 Dan Pengeluaran Penuh Ahli Yang Meninggal Dunia

Assalamualaikum.

Perkongsian mengenai bantuan kematian yang boleh kita dapatkan dari pihak KWSP. Ada yang dah tahu, dan ada yang belum tahu. Jadi, Cik Rose ambil inisiatif untuk berkongsi.









Bantuan Kematian



Mengenai Bantuan Kematian


Bantuan Kematian merupakan tanda simpati KWSP terhadap waris terdekat ahli (atas budi bicara KWSP). Bayaran sebanyak RM2,500 dibayar sekali sahaja kepada "orang tanggungan ahli" yang layak (balu/duda, anak, atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).


*KWSP berhak mempertimbangkan keputusan akhir berkaitan dengan bayaran Bantuan Kematian.

 

Syarat-syarat Kelayakan


  • Ahli yang telah meninggal dunia adalah Warganegara, Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998)
  • Ahli meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun
  • Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa) Tertakluk kepada status perkahwinan ahli
  • Ahli masih mempunyai simpanan KWSP
  •  Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli


Pengeluaran penuh apabila ahli meninggal dunia

Sekiranya kita, meninggal dunia, simpanan KWSP  merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang  dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.

KWSP menggalakkan kita membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. 

Namun, kadang-kadang ada yang terlupa nak buat penamaan. Jangan risau. Ada caranya juga. Cik Rose akan jelaskan sebentar lagi. 





Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Pengeluaran 



  • Borang KWSP 9KM (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Maklumat Akaun Bank (Akaun Simpanan/Akaun Semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Akaun Harta Pusaka Simati - NamaSimati)
  • Dokumen Bukti Pertalian (Sijil Daftar Kahwin/Sijil Akuan Sumpah Kahwin bagi Ahli Bukan Islam dan telah berkahwin sebelum 1 Mac 1982)
  • Surat Kuasa (Surat Pentadbiran Mahkamah/Institusi Perundangan/Amanah Raya Berhad (ARB))

  • Salinan Dokumen Pengenalan Diri pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan
  • Salinan Dokumen SijilKelahiran pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan (jika perlu)
  • Sijil Kematian ahli ATAU Sijil Kematian penama (jika penama telah meninggal dunia)
  • SijilKelahiran ahli (jika ahli belum berkahwin) ATAU Sijil Perkahwinan (jika ahli telah berkahwin) ATAU Surat Penceraian ahli/bukti pertalian dengan pemohon (jika ahli sudah bercerai)



Siapa Yang Boleh Memohon


Penama yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sebab tu amat penting letakkan penama dalam KWSP. Lebih mudah prosesnya. Kalau tak ada penama, perlu ke mahkamah untuk  mendapatkan sijil faraid dari Mahkamah Syariah.


Apa Yang Boleh Dikeluarkan


  • Kesemua bahagian simpanan KWSP ahli mengikut bahagian penamaan yang dibuat.



Sedikit info :


Ahli beragama Islam

Jika penama meninggal dunia, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian.

Ahli bukan beragama Islam

Jika penama meninggal dunia sebelum kematian ahli, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian. Tetapi jika penama meninggal dunia selepas kematian ahli, waris terdekat penama layak untuk memohon.




Tanpa Penamaan


Siapa Yang Boleh Memohon



Ahli telah berkahwin

  • Balu/ duda ahli
  • Anak-anak (atau penjaganya), ibu bapa, adik beradik atau pentadbir pusaka.




Ahli belum berkahwin

Ibu bapa, adik beradik ahli atau pentadbir pusaka


Apa Yang Boleh Dikeluarkan




*Sekiranya ahli meninggal dunia tanpa membuat penamaan, mana-mana individu yang telah di lantik oleh Mahkamah akan bertindak sewajarnya untuk memohon Pengeluaran Kematian.





SUMBER :INFO KWSP



Moga membantu mereka yang mencari maklumat mengenai pengeluaran KWSP ni. Kadang - kadang kita terlepas pandang. Jika dah tahu caranya, bolehlah kongsikan info ni kan. Supaya tiada lagi salah faham. 


Post a Comment

13 Comments

  1. terima kasih kak atas perkongsian yg berguna ini... Semoga Allah menempatkan kakak cik Rose dalam kalangan orang2 beriman.. sy follow blog akak ya..

    ReplyDelete
  2. Satu maklumat yang bagus ni kak. Zaza pun bab2 kwsp ni tak berapa tahu jugak.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian. Benda ni kalau orang tak tahu memang rugi la. Tu pentingnya kita ada simpanan KWSP. Ada manfaat dia walaupun dah lama tak kerja pun layak dapat faedah nya.

    ReplyDelete
  4. Sally pernah buat masa arwah papa dulu tp tak ingat sangat dia punya terms

    ReplyDelete
  5. Bagus info ni, kadang ramai tak tahu cara permohonannya.. Moga bwrmanfaat..

    ReplyDelete
  6. Bagus ada panduan macam ni, sgt membantu kepada mereka yang memerlukan..info ni.tq sharing...

    ReplyDelete
  7. Info yg bagus ni. Sis ni x ada kwsp..so tak ada apa2 nk kuarkan. Tapi boleh le sis info kat anak2 supaya diorg faham

    ReplyDelete
  8. Bab bab ni mesti ramai yang tak tahu kan. Kita akan pikir KWSP = Simpanan masa bekerja je.
    Erm.. Dulu 6tahun bekerja. Ada saving kwsp. Tapi penama tu tak ingat la. Rasanya macam bubuh nama mak kut. Adoi.. Tak check balik. Ada bubuh penama ke tak.

    ReplyDelete
  9. Lengkap info cik rose ni. Nanti boleh lah kak ana share dengan family tentang bantuan kwsp ni.

    ReplyDelete
  10. Thanks sharing...perkongsian yang sangat bermanafaat

    ReplyDelete