Tuesday, September 10, 2019

Kelayakan Piala Dunia Keputusan Malaysia Lawan UAE

Kelayakan Piala Dunia Keputusan Malaysia Lawan UAE 

Adakah Skuad Harimau Malaya mampu mencipta kejutan dengan mengatasi pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam ini?


Malaysia kini menduduki tangga teratas Kumpulan G dengan tiga mata selepas menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi pertama Khamis lalu, manakala UAE bakal memulakan kempennya malam ni. 







LUKA BERDARAH KEMBALI?


Jangan biarkan ia berdarah kembali Harimau Malaya. Moga ada sinar kejayaan buat pasukan kita, Malaysia. 


Sebut sahaja UAE, mesti ramai yang masih teringat akan tragedi hitam yang berlaku pada tahun 2015 semasa kempen kelayakan Piala Dunia 2018 menerpa dalam ingatan.


Salah satu detik hitam yang pernah ada dalam sejarah bola sepak Malaysia. Dibelasah 10 gol tanpa balas oleh UAE adalah kekalahan paling teruk pasukan Harimau Malaya pernah alami.


Apapun, kita mampu. Yeahhh Malaysia Boleh! Moga ada sinar kejayaan buat kita malam ni. Kelebihan bermain di tempat sendiri kan. Gunakan peluang sebaiknya. 

Apapun, buatlah yang terbaik. Penyokong juga mainkan peranan yang penting. Berikanlah sokongan kepada pasukan Malaysia. Jangan gaduh-gaduh ya. 


UPDATED KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA LAWAN UAE




Malaysia 1
Minit 1 - Syafiq Ahmad

UAE 2
Minit 42 dan 75 - Ali Mabkhout


Tahniah UAE..

Tahniah juga buat Malaysia! Saingan hebat! Best game malam ni.



No comments:

Post a Comment