Breaking

Saturday, 7 April 2018

MILIKI WAJAH YANG CANTIK DAN BERSERI DENGAN GLAMORA

Assalamualaikum. Cik Rose percaya setiap wanita inginkan kulit wajah yang bersih, sihat, cantik dan berseri. Sebab tu, para wanita khususnya sanggup berhabis wang demi mendapatkan kulit wajah yang diidamkan. 

Tak salah untuk kita mencari dan mencuba rangkaian penjagaan wajah yang boleh menyelesaikan masalah kulit kita. Namun, dalam keghairahan kita mencuba, kita kenalah teliti dahulu kandungan penjagaan wajah kita. 



Banyak set penjagaan wajah yang dijual di luar sana yang menjanjikan kesan yang terbaik, namun sesuaikah di wajah kita? Keadaan kulit kita tak sama, sebab tu tak boleh main tiru je kawan-kawan. 
Yang pertama, ketahui dahulu apa masalah kulit kita. Kemudian, baru cari penyelesaiannya. 

Baru-baru ini Cik Rose berpeluang mencuba produk dari Glamora. Pertama kali Cik Rose dengar Glamora ni. Bila Cik Rose lihat di instagram dan websitenya, rupanya dah agak lama bertapak. 


Cik Rose mencuba pencuci muka dan toner dari Glamora. Alhamdulillah, Cik Rose tidak memiliki masalah kulit yang besar. Cuma kulit Cik Rose agak kering di tempat kerja, mungkin faktor penghawa dingin. Jerawat pula hanya muncul sebulan sekali. Hihi. Biasalah wanita. Disebabkan itu, Cik Rose hanya mencuba pencuci dan toner sahaja. 


Cik Rose amat tertarik dengan packaging pencuci muka ni. Bekas yang lutsinar membolehkan Cik Rose melihat isi kandungannya dengan lebih jelas. Botolnya juga amat praktikal, menggunakan kaedah pam. Keberangkalian untuk tumpah tu sikit sangat kan. 

Warna pencuci muka ni adalah oren, seiring dengan kandungan dan baunya. Bau sebiji macam oren sunkist! Eh dapat bayangkan tak nanti bila guna? Mestilah rasa segar je kan. 


Cara guna, senang sangat! 
  • Mula-mula basahkan dahulu muka dengan air suam. 
  • Kemudian, pam kan 2 atau tiga kali ke tapak tangan. 
  • Usapkan secara lembut dan urut muka dengan gerakan memutar. 
  • Kemudian, bilaskan dengan air.
  • Keringkan dengan tuala bersih.
  • Tadaaa dah siap.


Memang terasa segar je wajah tau. Yang penting tak rasa pun kulit tegang ke apa. Sesetengah pencuci, dia keringkan dan tegangka kulit kita. Oh no. Tu yang tak best kan. Dengan pencuci Fresh Glow dari Glamora ni, korang tak akan rasa semua tu. Percayalah. 

Oh ya, sebelum Cik Rose mencuba pencuci muka ni, Cik Rose berhenti pakai pencuci muka yang lama. Bagi kulit rehat dalam dua hari macam tu jer, terus Cik Rose cuba pencuci muka dari Glamora ni. 


Ok, mesti ada yang tertanya-tanya. Apa kelebihan Fresh Glow ni? Ok, jangan risau. Di sini, Cik Rose sertakan kelebihannya. 
  • Membersihkan kulit wajah secara maksima.
  • Mencerahkan dan menyegarkan muka.
  • Anti bakteria- mengurangkan kerawat.
  • Mengandungi vitamin C - mencantikkan dan memberi efek glowing pada muka.
  • Mengecutkan pori-pori wajah.
  • Memudarkan parut jerawat.
  • Melembapkan dan melembutkan kulit wajah.

Kalau dah cuci muka, perlu pakai toner yer. Barulah lengkap langkah penjagaan wajah. Jangan pula dah cuci muka, terus pakai krim pelembap, serum dan sebagainya. 


Nak tahu tak, dulu Cik Rose selalu abaikan toner. Tak tahulah kenapa tak minat dan rasa malas nak pakai toner. Hihi. Mungkin malas nak guna kapas kot kan. Kini, tidak lagi uols. Maklumlah dah senang. Toner yang Cik Rose cuba ni dari Glamora juga, tapi bukan dalam set Fresh Glow macam pencuci muka tu. Set Fresh Glow mengandungi oren. Yang toner ni adalah Rose Secret. Emm nama pun Rose, mestilah berbau harum kan. Bau Rose yang menyegarkan.


Cara guna, amatlah mudah. 
  • Cuci muka dahulu dengan pencuci muka, dan lapkan sehingga kering.
  • Semburkan Rose Secret Hydrating Toner ke seluruh wajah, sapu dan dap-dap sehingga terserap ke kulit. Elakkan terkena mata tau. 
Tengok, senang kan. Sembur je. Macam Cik Rose, sembur dan biarkan. Tak suka guna kapas dah. Biar je toner ni meresap sendiri. Rasa segar muka! Pakai dua kali sehari.


Kelebihan menggunakan Rose Secret Hydrating Toner ini adalah :
  • Melembapkan kulit wajah.
  • Mengimbangi pH kulit.
  • Mencerahkan kulit.
  • Menenangkan dan melegakan kerengsaan kulit.
  • Mengurangkan pori-pori dan jerawat.
  • Merawat jerawat bengkak. 


Korang nak tahu tak, Cik Rose guna toner ni, tak ada rasa gatal-gatal bila lepas sembur. Sesetengah toner, bila Cik Rose sembur, lepas tu rasa macam gatal sikit kat kulit muka sebelum dia nak kering. Yang ini, Alhamdulillah serasi dengan kulit. 


Nampaknya Cik Rose akan teruskan guna rangkaian penjagaan wajah dari Glamora ni. Best! Lepas ni nak kena lengkapkan set. Rangkain produk Glamora ni ada juga skrub, serum dan krim. Yang Cik Rose cuba hanyalah pencuci muka dan toner. 


Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian bolehlah terus ke website, facebook atau instagram Glamora ya. Lagi satu, Cik Rose sarankan sebelum beli, tanya dulu dengan pihak Glamora, yang mana sesuai dengan korang. Korang cakaplah masalah kulit wajah korang, dan pihak Glamora akan cadangkan yang terbaik dan sesuai untuk merawatnya.

Website :- GLAMORA
FaceBook :- GLAMORA
Instagram :- GLAMORA HQ
Alamat :- Glamora Group Sdn Bhd. 35B, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, 60000, Malaysia.
Email :- glamora.hq@gmail.com

Selamat mencuba!

31 comments:

  1. Pestime dengar nama Glamora ni..nnti bole laa cari dan cuba...

    ReplyDelete
  2. mkin comel la cik rose kita ni..:)

    ReplyDelete
  3. Waaahhh makin glowing la muka Cik Rose lepas ni and makin glamor laa.. Hehehe.. Aqma singgah and follow sekali blog Cik Rose.. Jemput singgah blog aqma.. www.ainulaqma.com <3

    ReplyDelete
  4. Macam pernah dengar jenama produk ni.. Btw bgus jgk sblm mbeli kita boleh rujuk mereka dulu untuk beri cadangan yg mana sesuai dgn kita..

    ReplyDelete
  5. Produk baru ye rose..patutlah akak tak pernah dengar.nampak bagus juga produk ni

    ReplyDelete
  6. Cik Rose guna toner rose..kena sangat! hahahaha

    nampak sesuai dengan akak ni...serasi la ni..?

    ReplyDelete
  7. sama la..memang malas nak guna toner yang guna kapas..rasa macam membazir..toner bukan nya murah..hehehh

    ReplyDelete
  8. lepas ni muka makin berseri-seri dan glamor. hihi

    ReplyDelete
  9. Macam best je tengok pencuci muka dia..warna oren pulakbtu..

    ReplyDelete
  10. macam best je produk ni...bolehlah cuba nnt

    ReplyDelete
  11. Menarik. Tertarik dengan toner dia. Sebab dok spray je kan. Senang mcm tu.

    ReplyDelete
  12. Dah cuba jugak ❤ in love btoi dgn cleanser tu

    ReplyDelete
  13. I'm trying Glamora too! So far so good.. Great brand.. good review u hv..

    ReplyDelete
  14. Patutlah berseri-seri muka awak seseri mini garden uols~ Mak pun nak try la.

    ReplyDelete
  15. Banyaknya kebaikan menggunakan produk glamora nie. Mesti best pakai cleanser yg bau seperti oren sunkist tu yer. Nak cuba juga !

    ReplyDelete
  16. Betul tu, apa pun kena tahu keadaan kulit muka baru boleh mencuba. Face mist pon sesuai pakai masa musim kering panas ni. Kalau tak habis mengelupas. Boleh la jenguk-jenguk Glamora lepas ni

    ReplyDelete
  17. No aware the products have exist for a long time. Packaging is clear. I like the Cleanser as I prefer foam type. Will share it with my friends.

    ReplyDelete
  18. Wah... Bau bau buah oren yang best tu. Macam-macam produk baru. 1st time juga dengar nama product Glamora ni.

    ReplyDelete
  19. Pertama kali dengar produk ni. Yup memang betul sesuatu produk tu kena tengok kesesuaian dengan kulit wajah kita..buat masa sekarang sis pakai apa yang ada sekarang yang pastinya sesuai dengan kulit wajah sis.

    ReplyDelete
  20. produk yang vitamin c mmg best...teringin nak try cleanser dia tu

    ReplyDelete
  21. Cik Rose wajahnya cantim dan kulitnya sehat..Apakah produk ini cocok untuk semua jenis kulit Cik?

    ReplyDelete
  22. Glamora no memang glam betul. I interested with fresh glow. Nak try juga. The packaging pun nampak simple and attractive.

    ReplyDelete
  23. wah macam menarik je produk glamora ni..
    nanti kalau I pakai boleh lah muka nampak cantik tanpa nampak messy..
    sekarang mood tengah baik... you can see me tengah susun atur... banyak benda untuk kelihatan cantik all the times... mungkin glamora ni boleh direkomen juga..

    ReplyDelete
  24. Sekarang ni produk semua main spray-spray je kan.. Macam tahu-tahu je sejenis malas macam AS ni takde masa nak sapu-sapu bagai. Tapi nak cantik, acaner..haha.

    ReplyDelete
  25. Apa yang ruby suka dekat produk ni kan, sebab botol dia yang super convenient. Bawa travel pun senang. Spray je. Bau oren dan rose tu best lah. Nanti nak pi beli. Hahaha

    ReplyDelete
  26. Jenama nie macam pernah dengar je.... Lepas nie makin berseri-seri la wajah dia nie ;)

    ReplyDelete
  27. I can feel the glamour after using this beauty product... Lolz. The rose secret really attracted me the most ♥️

    ReplyDelete
  28. First time Rawlins dengar pasal Glamora. Betul kata Cik Rose, Rawlins pun malas nak guna toner hehehe. Tpai yes, penjagaan muka penting sebab orang pandang wajah first kan.

    ReplyDelete
  29. Macam pernah dengar tentang produk glamora ni sebelum ni. Tapi bila tengok boyolnn pakaging macam belum. Hehe

    ReplyDelete
  30. Suka facial washer tu bau oren. Nanti masa nak cuci muka sure rasa mcm nak jilat je kan. Haha

    ReplyDelete
  31. Wahhhh cantiknya kulit muka awak selepas menggunakan product ni!! ika kena try juga ni.

    ReplyDelete