Breaking

Sunday, 1 April 2018

MISI DEKAD BAHARU JOHOR | PERUMAHAN DAN PEMILIKAN TANAH DI JOHOR

PERUMAHAN DAN PEMILIKAN TANAH DI JOHOR. Assalamualaikum. Hai! Sebelum ni Cik Rose ada cerita tentang MISI DEKAD BAHARU JOHOR DALAM MEREALISASIKAN VISI JOHOR BERKEMAJUAN . Banyak rencana dan pencapaian yang telah dicapai oleh Negeri Johor sepanjang 5 tahun ini.


Terdapat  7 Fokus Pelan Suara Hati Johor yang ditekankan dalam kad laporan Misi Dekad Baharu Johor. Salah satu darinya adalah tentang perumahan dan pemilikan tanah untuk keperluan dan kehendak rakyat Johor.

Fokus bagi perumahan dan pemilikan tanah di Johor

  1. Meningkatkan penyediaan perumahan dan rumah mampu milik
  2. Mengurniakan hak milik tanah kepada rakyat

AkuJanji dalam Manifesto PRU-13 yang lalu adalah dalam sektor perumahan adalah :

  1. Menyediakan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
  2. Menyelesaikan projek rumah terbengkalai
  3. Pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR)
  4. Meneruskan Program Bantuan Rumah
  5. Mengurniakan hak milik tanah kepada peneroka Felda di Johor
Untuk lebih jelas tentang pencapaian Perumahan dan Pemilikan Tanah, korang boleh tengok kad di bawah ni ya :


Menyediakan Rumah Mampu Milik Johor(RMMJ)
Sebanyak 16,010 unit telah pun siap dan 100,000 unit menjelang 2023

Menyelesaikan Projek Rumah Terbengkalai
35 Projek telah dapat diselesaikan berbanding 14 Projek yang dijanjikan

Pembinaan Projek Perumahan Rakyat(PPR)
Sebanyak 6.717 unit rumah menjelang 2021 dan 1,170 unit telah disiapkan.

Meneruskan Program Bantuan Rumah
Sebanyak 4,029 unit rumah telah dibaik/pulih/bina baharu 

Mengurniakan hak milik tanah kepada peneroka Felda di Johor
Sebanyak 9,102 peneroka telah menerima hak milik.

Jika dilihat statistik pencapaian, telah melebihi dari apa yang dijanjikan dalam manifesto PRU 13. Ini adalah kejayaan yang besar buat Negeri Johor. 


Alhamdulillah, ini telah memberi ruang untuk rakyat Johor memiliki rumah sendiri. Korang pun tahu kan, harga rumah di luar memang mencanak naik dan merisaukan kita sebagai rakyat. Setidak-tidaknya bila ada projek sebgini, ia memberi laluan buat yang berkelayakan untuk memiliki rumah sendiri. 

Untuk lebih jelas dan terperinci, korang boleh terus ke laman web Dekad Baru Johor di  www.dekadbaharujohor.my.


#DekadBaharuJohor #TeamJohor

No comments:

Post a Comment