JADI LEBIH BERSEMANGAT UNTUK BERUSAHA SELEPAS MELIHAT KEJAYAAN LELAKI 3 JARI INI !

Wednesday, May 01, 2019
JADI LEBIH BERSEMANGAT UNTUK BERUSAHA SELEPAS MELIHAT KEJAYAAN LELAKI 3 JARI INI ! Assalamualaikum. Selamat pagi. Hari ni 1 Mei 2019. Ramai yang cuti sempena Cuti Am Hari Pekerja kan. Ada plan nak ke mana-mana ke? 

Pagi ni Cik Rose nak berkongsi satu kisah kejayaan seseorang yang hebat. Mungkin akan memberikan kita semangat untuk berusaha mencapai kejayaan.  


Kisah seorang lelaki OKU yang  sangat tabah,  berani,  berjiwa besar dan tahu nilai sebuah kesyukuran yang sebenar.


Siapakah beliau?

Orang yang Cik Rose maksudkan ini adalah Saudara KHAIRUL NIZAM, pengasas kepada JAMU MALL.




Untuk pengetahuan semua, Saudara Nizam ini antara individu yang telah  berjaya di dalam bidang perniagaan. Kejayaan demi kejayaan berjaya beliau kecapi dan apa yang membuatkan beliau sangat istimewa adalah disebabkan keadaan dirinya yang merupakan seorang OKU.



Cik Rose ada menonton satu video luahan hati beliau di facebook. Mula-mula rasa sebak sangat. Tapi, setelah mengetahui ketabahan dan kegigihan beliau, Cik Rose jadi lebih bersemangat nak berusaha!

Jom, korang tonton sendiri luahan beliau dalam video di bawah : 









Cik Rose kongsikan kata-kata beliau :

Di usia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku bersyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli apa aku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke Dubai , Korea , Japan, Australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...



Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnya org diluar sana nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .



Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ada ketika saya rasa sangat terkesan bile ada ketika bila aku haus , aku lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...




Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bila bekerja, ramai yg cepat giveup bile ada cabaran !!

Ramai cuba memilih untuk kerja senang , tak nak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...

Jadi aku bangkit!!! 

Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg Allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..




Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..


Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!! 




Secara jujurnya, Cik Rose bangga dengan kejayaan beliau. Apa yang beliau miliki, tidak dijadikan alasan untuk menghalang kesungguhannya .

Setiap insan perlu bersyukur dengan apa yang ada. Dan perlu berusaha untuk mencapai kejayaan. 

Untuk mengenali dengan lebih dekat, korang bolehlah ke laman sosial beliau di: 


15 comments:

  1. Dikurniakan kemampuan hanya 3 jaro Dan akaa.. digunakan sebaiknya sehingga berjaya.. APA lagi alasan Kita utk berusaha?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, atas usaha tak jemu beliau akhirnya suksess.. Moga terus maju

    ReplyDelete
  3. Semangat beliau memang sangat luar biasa kan Ros

    ReplyDelete
  4. Mmg inspired... Kita yg normal pun kadang kala rasa susah, bayangkan la dia yg kurang upaya tp masih berjiwa kental!

    ReplyDelete
  5. Beliau sangat berjiwa besar... Inspirasi yang hebat kepada rakyat malaysia..

    ReplyDelete
  6. Wah siap ade buku.. Terbaikla.. Memg boeh jadi inspirasi.. Dia boleh buat mesti kita pun boleh buat

    ReplyDelete
  7. Beliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha

    ReplyDelete
  8. Kan. Kita jadi lebih semangat bila tengok Khairul Nizam ni kan .

    ReplyDelete
  9. Tak sangka sangat sangat, walaupun dia mempunyai kekurangan, tapi Allah permudahkan dia urusan dalam mencari rezeki. Moga dapat berjaya seperti Khairul Nizam ni.

    ReplyDelete
  10. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    ReplyDelete
  11. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
  12. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.

    ReplyDelete
  13. Insan luarbiasa....semangat beliau sangat kental

    ReplyDelete
  14. Betul he is so inspiring and his determination motivates me to work harder also.

    ReplyDelete
  15. Inspirasi.. Semoga beliau terus sukses..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.