Monday, August 26, 2019

Honey Hub Life Elixir | Rasai Sendiri Kebaikan Madu Dengan Campuran Kunyit

Honey Hub Life Elixir | Rasai Sendiri Kebaikan Madu Dengan Campuran Kunyit. Assalamualaikum. Semua orang tahu kebaikan madu. Memang bagus untuk kesihatan. Cik Rose sendiri memang tercari-cari madu sebagai makanan tambahan. 

Tapi, satu masalah Cik Rose ni. DISPLIN. Memang tak displin nak amalkan apa-apa. Ada je terhenti di pertengahan jalan. hihi. Entahlah nak buat macam mana yer.

Baru-baru ni Cik Rose ada tanya rakan-rakan di facebook. Ada tak yang amalkan madu sebagai makanan tambahan. Macam-macam komen yang Cik Rose terima. Ada yang memang amalkan madu. Tak kurang jugak yang bergurau dengan perkataan "madu". hihi. Sensitif madu, madu ni. Kena terangkan betul. hihi. 



Cik Rose diberikan peluang untuk mencuba satu produk berasaskan madu. Iaitu madu dari Honey Hub. Yeayyy Alhamdulillah, Memang happy sangat. Sebab memang tengah mencari. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal la jadinya kan. 




Honey Hub Life Elixir

Kandungan Honey Hub Life Elixir  adalah campuran dari madu Tualang,madu tualang, American ginseng, Astragalus, Black curmin o dan lain-lain herba dengan 100% madu gelap keemasan serta 100% Royal Jelly.

Rasa Honey Hub Life Elixer. Mesti korang tertanya-tanya kan apa rasanya. Sebab ada campuran kunyit dan herba tu. Eh jangan risau. Memang akan rasa madu dan kunyit tu. Rasa dia seimbang. Ada manis madu. Ada rasa kunyit dan herba-herba.  Bagi Cik Rose, boleh je telan, masih dalam kategori sedap. hihi. 







Cara pengambilannya:


  • 1 sudu makan pada waktu pagi sebelum sarapan dan 1 sudu makan pada waktu malam sebelum tidur.
  • Jangan guna sudu logam / besi
  • Jangan campurkannya dengan air, makan begitu saja.
  • Selepas pengambilan, elakkan makanan dan minuman sejuk. 

Teksturnya macam berserat. Tapi, tak likat.  Bukan jenis cecair tu. Iyalah, sebab ada campuran kunyit tu kan. Cik Rose kacau dulu sebelum ambil dengan sudu. 




Didatangkan di dalam botol kaca. Nampak eksklusif madu ni. Cantik je packagingnya. Korang kena hati-hatinya. Jangan sampai terlepas dari genggaman. Kalau jatuh, menagislah. Hihi.

Harganya pula RM209 untuk 700 gram sebotol. Oleh kerana harganya yang sedemikian, maka Cik Rose akan displin makan. hihi. Tak naklah hangat-hangat tahi ayam. Sayang ooo..

Menurut Honey Hub,  Life Elixer ni amat disyorkan untuk mereka yang mempunyai masalah arthritis seperti  keradangan pada sendi di bahagian tangan, tulang belakang, pinggang, lutut dan pinggul. So, tak salahkan kita cuba. 



Kalau korang nak tahu,  selain Life Elixir, Honey Hub juga ada mengeluarkan produk madu yang lain seperti Dark Elixir dan Golden Elixir (100% madu asli), Royal Elixir (100% royal jelly), Red Elixir, produk penjagaan kulit Natural Honey Cleanser dan pelembap wajah. Kesemua produk ini dibuat dengan menggunakan bahan premium, 100% wild and raw honey.

Produk madu Honey Hub juga telah dibuat ujian makmal oleh UNIPEQ UKM.






Untuk keterangan lanjut, boleh layari terus ke



Tak salah kita usaha kan. Laburkan sedikit wang untuk kesihatan sendiri. 


Jom tonton video yang sempat Cik Rose buat tentang Life Elixer dari Honey Hub ni : 






Terima kasih !




12 comments:

  1. wowwww mahalnyaaa! memang tak boleh tinggal makan ni...

    ReplyDelete
  2. Besar ye botol dia. madu osli lagi yumss

    ReplyDelete
  3. Baru tau madu boleh dicampur dgn bhn lain.. Yg ni dicampur kunyit kan.. Apa rasa ekk?

    ReplyDelete
  4. madu tualang memang bagus.. tapi yang ni nampak lain dari yang lain.. dicampur dengan kunyit? menarik ..

    ReplyDelete
  5. Banyak manfaatnya kena konsistenlah macam tu. Madu ni baguskan!

    ReplyDelete
  6. eh rupa dia mcm tu erk..frstime tgk..makan mcm tu je erk..botol besar erk

    ReplyDelete
  7. Besar juga botol dia.. Patut lah mahal. Kalau botol ciput je lagi disiplin makan nya tu.Hahah

    ReplyDelete
  8. Boleh tahan nugak harganya ye rose tapi berbaloi dengan isi kandungannya

    ReplyDelete
  9. Pertama kali Kak Sue tengok madu campur kunyit.. lain dari yang lain nie..

    ReplyDelete
  10. sedap ke tu? x pernah dgr agik madu kunyit..

    ReplyDelete
  11. Menarik juga ye. Lain daripada yang lain. Qiss nak cuba jugak lah

    ReplyDelete
  12. Ingatkan cecair.. berserat ye..

    ReplyDelete