Selamat pagi.. walaupun dah  masuk tengahari kan?.. hihihi... Lama rasanya tak updated blog ni.. Eh, lama ke?>. Baru 5 hari kan tak updated.. Tapi, bagi saya sudah cukup lama.. Macam-macam yang berlaku dalam tempoh 5 hari ni.. 

Untuk makluman anda semua, ceewaahhh... Macam rasmi pulak ayat tu.. hihih.. Saya ni sebenarnya bukannya ada sangat dah cuti ni.. Dah tinggal nyawa-nyawa ikan je ni.. Tu la kan..nak buat macam mana, macam-macam yang berlaku tahun ni.. (Eleh..yela tu..sendiri yang tak pandai bajet cuti, nak salahkan keadaan pulak..) Oh,betul..keadaaan yang memaksa untuk saya mengambil cuti muti ni.. Saya tak nak cuti pun sebenonya... hihihi...

Maka, oleh kerana cuti saya dah tak ada sangat, terpaksalah saya pejam je untuk tidak melihat kawan-kawan opis yang mungkin akan bercuti sakan nanti.. ye la, nak ujung-ujung ni, ramai yang akan cuti kan.. Eh, macam mana dengan raya haji nanti?.. aaaa...takkan nak keja kot?.. huhu..sedihnya.... Amboi..amboi... raya aidilfitri pun tak abis lagi, dah pikir nak raya haji ek?... tak lupa juga deepavali.. hihihi....


Walau apa pun yang berlaku pada hari ni, saya kena terima juga dengan hati yang terbuka.. Sebab tu semua kerana tindakan saya pada masa yang lalu.. Kita kena lah bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan kan?.. eh, tetiba pulak... hihihi

ok, kawan-kawan.. Setakat ni dulu ye.. Pada mereka yang masih banyak cuti, siap nak forward untuk tahun depan tu, tahniah ye :)
Jelessss sebenarnya ni.. pecah rekod rasanya kali ni, saya tak dapat nak forwadkan cuti nanti.. huhu. tak macam tahun-tahun lepas...




Ros.reeza