Selamat pagi semuanya... 

Apa khabar ye?. Alhamdulillah.. Kita masih dipanjangkan usia.. Harap semuanya sihat.. 

Ok pagi hari ni, saya nak share something yang amat bermanfaat. Surah-surah yang boleh diamalkan oleh ibu-ibun mengandung. Saya ambil di fb je. Terima kasih bagi yang share ni yer. Sebenarnya bukan sahaja boleh diamalkan oleh ibu mengandung, malah oleh semua orang...  Banyak manfaatnya kan?... 

Jom tengok surahnya :-



Ramai jugak orang di sekeliling saya yang sedang mengandung.. Alhamdulillah...murah rezeki... Antaranya, dua orang sepupu saya, Kak Nazu dan Ateh. Keduanya sedang menunggu hari.. Juga buat teman saya yang merupakan isteri kawan suami saya, dik Siti. Juga sedang menunggu hari. Tak lupa buat teman sepejabat, kak Feeza yang akan dijangkan bersalin pada 25/11 ni. Moga dipermudahkan untuk bersalin dan dikurniakan anak -anak yang soleh dan solehah... 

Gembira melihat mereka. Untuk saya, masih berusaha dan berdoa. Moga diberikan rezeki untuk bergelar ibu :-)
Buat teman-teman yang seperti saya, jangan pernah berputus asa dan bersedih. Kita sebagai hambaNya, harus berusaha dan berdoa kepada Allah. Moga ada rezeki buat kita. Semuanya sudah tertulis. Allah tahu kemampuan kita. Allah juga tahu masa yang sesuai buat kita. 

Insyaallah, ada rezeki buat kita.. 

Buat teman -teman blogger, dan juga pembaca blog saya ni, hanya doa dari kalian yang saya harapkan. Terima kasih kepada yang sudi mendoakan saya agar dipermudahkan jalan intuk bergelar ibu.