Assalamualaikum.
Apa khabar semua?. Moga berada dalam keadaan yang baik yer.
Dah 2016 baru na publish entry Nasi Lemak Cik Chom. hihi. Baru perasan masih dalam draf. hew hew.. Maafkan ku!
Sehingga ke hari ni, rasanya dah 4 kali makan di sini. Viral di facebook tahun lepas kan?. Mesti ramai yang terjah kedai ni, kan?,
Tiap kali pergi, ramai je orang. Beratur agak panjang jugak :)
Ada beberapa pilihan lauk yang boleh di cuba. Antaranya sotong raja, ikan siakap, ayam goreng, ayam chicken chop, puyuh dan telur. Setakat ni, pernah cuba sotong raja jer. Alhamdulillah, sedap!
Banyak hidangan dia. Tiap kali makan, saya kena kongsi. Tak larat nak habiskan. Ada sekali tu, pergi dengan kawan yang datang dari JB. Ambil sorang satu, akhirnya tak habis sebab kenyang.. Sayangnya.. huhu.
Inilah dia nasi lemak Cik Chom tu :
Timun digantikan dengan buah epal hijau. Nyum nyum.
Bab air pulak. Memang kena kongsi sebab dihidangkan dengan gelas besar. Terlupa pulak nak ambil gambar. Harga pun double la :)
Buat warga Johor, terutamanya Batu Pahat, bolehlah singgah yer.
Alamatnya :
16, Jalan Kencana 1A/1,
Taman Pura Kencana,
83300 Seri Gading,
Johor.
Keterangan lanjut, bolehlah jenguk ke laman facebook Warung Nasi Lemak Cik Chom .
4 Comments
aik tak pernah dengar pula nasi lemak ni. haha. maybe jarang buka facebook kot
ReplyDeletewahhh .. ain teringin nak makan sini . tak sampai lagi hajat nak merasa .ahhahaha.
ReplyDeletetengok pun rasa sedap..jauhnya dari penang.tak prnah pi joho lgi :l
ReplyDeletelain dr yg lain kan. epal menggantikan timun. menarik!
ReplyDeletesambal tu.. aummm ;-)