Saturday, June 18, 2016

Resepi Mee Goreng Special

Assalamualaikum.

Menu berbuka puasa bagi 11 Ramadhan (Khamis).

Tadaa, mee goreng yang sedap.


Mee goreng ni simple jer. Cik Rose cari udang dan sotong tak de kat pasar. Pasar kecil je, tu yang takde. Sawi lupa beli. Hihi. 

Kat sini Cik Rose kongsikan resepinya yer.


Resepi Mee Goreng Yang Sedap dan Mudah.

Bahan-bahan :

Ditumbuk
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cili kisar
Kicap
Sos cili
Sebungkus mee kuning
Sedikit taugeh
Isi ayam

Digoreng terlebih dahulu:
Fish ball
Fish cake

Cara-caranya:

1. Tumis bawang hingga naik bau
2. Masukkan isi ayam.
3. Bila ayam dah agak masak, masukkan cili kisar. Biarkan hingga pecah minyak.
4. Masukkan kicap. Dan terus masukkan fish ball dan fish cake.
5. Boleh masukkan mee. Kacau.
6. Masukkan taugeh.
7.Kacau dan biarkan seketika. Siap. 

-kalau nak pedas, lebihkan cili.
-kalau suka, boleh letak tomato.
-Boleh pelbagaikan rencah seperti udang dan sotong.
-Cik Rose memang tak letak garam sebab dah ok rasanya. Terpulang pada anda yer.

Selamat mencuba.
Moga bermanfaat.



3 comments:

  1. sedapnyaaa mee goreng special ni

    ReplyDelete
  2. tgk pun dh tau sedap kan... kalau akak suka boh toge banyak2 pastu msk kan last2 biar ranggup2 gitu

    ReplyDelete