Assalamualaikum dan selamat petang semuanya. Apa khabar? Moga baik-baik sahaja. Alhamdulillah, hari ni Cik Rose baik-baik sahaja. Berjubah hitam dan berselendang ungu ke tempat kerja. Hi hi. Dah 29 tahun hidup, Cik Rose baru tahu ada yang sebut ungu tu kundang. Sebab selama ni Cik Rose panggil purple ja. Amboi, english sangat. Itupun, kengkawan office yang bagitahu.
Sebut tentang perkataan Inggeris, Cik Rose nak kongsikan sedikit tentang program TV yang Cik Rose tonton pagi tadi. Sempat lagi tau, sebelum ke tempat kerja, tengok sekejap Malaysia Hari Ini. Cik Rose suka kalau pengacaranya Ahmad Fedtri Yahya. Sukakan gaya bahasanya tu.
Pagi tadi, kebetulan mereka berbual tentang loghat dan dialek. Pada awalnya di sebut perkataan dalam bahasa melayu, dan ditukar ke loghat Kelantan. Contohnya tembikai, disebut timun cina. Cuma, ada beberapa perkataan lain yang Cik Rose tak dapat tangkap, sebab tak biasa dengar. Kemudian, pengacara bersama, Izwan Azir Saleh bertanyakan kepada Ahmad Fedtri, di utara, ubat gigi di sebut apa?. Nak tahu tak, di kepala Cik Rose dah terbayangkan jawapannya sambil tergelak sorang-sorang. Fedtri Yahya tak dapat jawab. Kemudian Izwan cakap jawapannya 'colgate'. hahaha sama dengan apa yang Cik Rose fikirkan. Di utara, banyak perkataan Inggeris yang biasa digunakan. Macam nak pergi pasar, kami sebut pi market ja. Hihi.
Ok, korang perasan tak blog Cik Rose dah bertukar? Asalnya, cuma nak tambah kod-kod je. Sekali dah lain yang jadi. Gambar hilanglah, dan macam-macam lagi. Tu yang Cik Rose ambil keputusan tukar template. Terasa lebih kemas pula. Eh terpuji blog sendiri. Takpe, siapa lagi nak puji kalau bukan empunya blog, kan.
Cuma, masih tak siap sepenuhnya. Ada lagi yang masih dalam tindakan.
Ok, asalnya Cik Rose nak menulis ni nak tulis bab lain. Tapi, biasalah tengah menulis idea datang. Alang-alang, kita satukan je dalam entry ni.
SOMETIMES YOU WIN, SOMETIMES YOU LEARN
Sengaja Cik Rose letak kata-kata ini. Entah kenapa sejak dua menjak ini perasaan bercampur baur. Cik Rose selalu ingatkan hati supaya tenang dan sabar dalam apa jua yang mendatang. Namun, Cik Rose hanya manusia biasa, tak sempurna pun.
\
Mood masih 'counting days'. Menanti dan terus menanti. Hi hi.
Semoga semuanya dipermudahkan buat Mr Army dan rakan-rakan seperjuangan. Kami menanti kepulangan anda dengan sabar :)
Walau pelbagai dugaan yang berlaku di hujung-hujung kepulangan mereka, Cik Rose doakan semoga semuanya selamat.
Love, Isterimu. Ha ha ha.
0 Comments