Senang Je Cara Buat Overnight Oats Rupanya!

Senang Je Cara Buat Overnight Oats Rupanya!. Assalamualaikum. Cik Rose tahu tentang overnight oats dah lama sebenarnya. Macam-macam jenis orang buat. Tapi, memang tak pernah buat sendiri. Dan tak tahu langsung rasa dia macam mana. 

Tengok orang lain buat sedapnya. Guna macam-macam jenis buah segar kan, seperti strawberry, Kiwi, pisang dan lain-lain. Letak pula kekacang/ badam. Nyum nyum. 

Nak dijadikan cerita, minggu lepas Cik Rose dan officemate ada google tentang overnight oats. Eh macam sedap jer. Jom kita buat nak tak. Berborak sesama sendiri. Tu yang nekad nak cuba buat sendiri. 

Balik kerja, singgah kedai runcit beli bahan-bahannya. Tapi, kedai runcit area rumah Cik Rose tak ada pula buah-buahan. Malas nak pegi jauh-jauh, dah lewat petang kan. Makanya, kita guna apa yang ada jer untuk permulaan. 



Bahan-bahan untuk menyediakan overnight oats adalah dah tentu oats kan. Hihi. Lepas tu Cik Rose beli susu HL coklat. Saja nak guna yang perisa coklat. Ikut yang korang suka yer. Kalau suka susu putih, guna yang putih.

Kemudian, yogurt. Cik Rose guna yogurt mix berries. Kawan Cik Rose beli yang original. Ikut yang korang suka tau. Dan  oleh kerana tak ada buah, Cik Rose letak buah prun dan kacang gajus. Kalau letak buah lagi sedap tau. Epal hijau ke kan. Emm kiwi lagi best! Takpe, next time nak buat Cik Rose cari buah-buahan. 

Buat pada malam hari sebelum nak tidur tu. Caranya senang sangat. Letak beberapa sudu oats. Lepastu letak yogurt. Kemudian tuang susu, dan taburkan buah prun dan kacang gajus. Oh ya, macam Cik Rose, tambah sikit je nescafe. Hihi. Buat ada-ada orang kata. Dek kerana tak ada bekas kaca macam irang selalu buat tu, Cik Rose guna shaker jer. Pun boleh! Kita yang nak makan kan. Hikhik.



Esok pagi, terus bawa pergi office. Makan kat sana. Sejuk-sejuk memang sedap. Nak makan tu gaul dulu. 
Kena makan time sejuk, jangan tunggu dah tak sejuk. Hihi.



Keesokkannya, Cik Rose buat lagi overnight oats. Kali ni tak letak yogurt pula. Sajalah nak rasa perbezaannya. 

Pada selera Cik Rose, Cik Rose suka yang tak letak yogurt. Laju je makan. Itu tekak Cik Rose lah. Lain orang lain selera kan.

Cubalah buat. Senang jer. Berkhasiat dan sedap. 

12 comments:

  1. nampak sedap cik rose boleh cuba ni... bgs gak tuk diet ni... hehe

    ReplyDelete
  2. macam sedap je..

    saya dah lama tak makan oat ..

    rindu pulak rasa nak makan

    ReplyDelete
  3. mudah rupanya. Nak try jugakla nanti.

    ReplyDelete
  4. selalu nampak sana sini org update psl overnite oat ni...tgk mmg nampak sedap...tp x pernah buat lg dan belum pernah mkn...huhu..

    ReplyDelete
  5. Oat sedap.. Zaza suka makan.. Nanti zaza nak try juga la buat style macam akak ni..

    ReplyDelete
  6. wah.. nak try buat laaa. dah lama nak buat tapi asik laaa lupa.. hee.. malas sebenarnya. kih3

    ReplyDelete
  7. Masa buat diet kalori dulu selalu buat overnights oat.Buat sarapan pagi esoknya..cepat kenyang jugak ni.Akak kalau buat , buat setengah cawan je.Kalau buat banyak nanti buang je sebab cepat kenyang,nak simpan balik dari peti sejuk dah tak lalu..heheh

    ReplyDelete
  8. Akak tengok pun nampak senang je rupanya nak buat. Tak susah mana kan.boleh try la lepas nih

    ReplyDelete
  9. Kalau Sally selalu guna dried fruits mcm kismis ke kranberi ke..hahaha...lepas ni jgn lupa beli chia seeds

    ReplyDelete
  10. ahak..memang sedap..nad pernah buat...letak buah-buahan tu yang boleh telan oat tu..hehee

    ReplyDelete
  11. Lama x buat overnite oat..mmg bagus utk diet harian..k.el pakai roll oat sbb lg lama kenyangnya hihi

    ReplyDelete
  12. suka buat overnight oat letak susu dan madu. sedap sedap

    ReplyDelete

Powered by Blogger.