Kenali Jenis Kulit Wajah Anda. Amat penting untuk kita mengetahui jenis kulit wajah kita. Nak tahu kenapa? Agar kita dapat memilih penjagaan wajah yang betul, yang diperlukan oleh kulit kita. Kalau salah pilih, bimbang akan rosak atau timbul maslaah lain di wajah kita.
Setiap dari kita memiliki jenis kulit yang berbeza. Jadi, janganlah kita sekadar mengikut atau terpengaruh dengan iklan produk penjagaan wajah. Kulit normal, kulit kering, kulit berminyak , kulit kombinasi dan kulit senstif. Memang lain teknik penjagaannya.
Setiap dari kita memiliki jenis kulit yang berbeza. Jadi, janganlah kita sekadar mengikut atau terpengaruh dengan iklan produk penjagaan wajah. Kulit normal, kulit kering, kulit berminyak , kulit kombinasi dan kulit senstif. Memang lain teknik penjagaannya.
JENIS-JENIS KULIT WAJAH, KORANG YANG MANA?
Kulit Normal
Tidak berminyak atau kering. Bebas dari cela. Beruntung yang memiliki kulit wajah jenis normal.
Kulit Kering
Tidak berminyak, kekeringan berlebihan , dan akan mempercepatkan proses penuaan.
Kulit kering kelihatan kasar, bersisik, dan terasa gatal. Pori-pori dan garis-garis kulit kelihatan jelas. Anda dapat melihat pengikisan sel-sel kulit yang mati pada permukaan kulit.
Kulit Berminyak
Berminyak secara berlebihan, mudah ditumbuhi jerawat.
Biasanya dialami ketika cuaca panas, atau sewaktu aktiviti luar.
Kulit Sensitif
Kulit mudah pecah, berwarna kemerahan. Alah pada habuk, cahaya matahari, bahan kimia dan lain-lain.
Kulit Kombinasi
Berminyak di sekitar T-Zone.
CARA UNTUK MENGETAHUI JENIS KULIT WAJAH
1. Cuci muka macam biasa.
Basuh muka dengan pencuci wajah yang selalu kita pakai, lepas tu bilas. Nak pakai air biasa pun boleh. Pastikan muka kita dah cuci.
2. Tunggu 2 jam.
Jangan letak apa apa lepas cuci muka. Lagi elok, jangan lap lepas cuci muka. Biar je kulit tu kering sendiri dan biar 2 jam.
3. Periksa keadaan kulit
Lepas dah 2 jam, periksa balik kulit tu.
Kalau rasa kulit berminyak, melekit, berkilat? – Oily skin
Rasa ketat, kering, merekah? – Dry skin
Berminyak dekat kawasan hidung, dahi dan dahi je, tapi bahagian pipi rasa biasa/kering – Combination skin
Tak rasa apa apa, rasa biasa je – Normal skin .
Bila dah tahu jenis kulit, barulah senang kita nak cari pencuci wajah, toner, pelembab dan lain-lain tu.
Sekarang, Cik Rose dah rajin pula ikut step by step penjagaan wajah. Bermula dengan :
1. Cleanser
2. Toner
3. Essense
4. Serum
5. Moisturizer
Bila dah ikut step, rasa kulit lebih sihat tau. Korang pun kena cuba jugak. Dua kali seminggu, akan pakai scrub wajah. Mask pula, Cik Rose akan pakai kalau ada waktu lapang di malam hari. hihi.
7 Comments
kita kulit kombinasi...tak dapat pakai moisturizer dari jenis yang krim..kena guna yang waterbase untuk elak jadi terlampau berminyak..
ReplyDeleteterbaek.. good info :)
ReplyDeleteI rasa I kulit kombinasi.memang kena ikut step step ni
ReplyDeletememang penting tahu jenis kulit untuk pilih produk yang sesuai dengan kulit sendiri kan. bukan main ikut apa yg org pakai sebab jenis kulit lain-lain
ReplyDeleteK.el kulit kombinasi..thanks sharing info
ReplyDeleteLagi satu test paper oil kat muka.. Hehe.. Kita pakai cmtu je sng nk detect muka jnis apa..
ReplyDeleteOh yes this is very important, first we must understand our skin types and condition first before getting skincare
ReplyDelete