Makan Apa Best di Johor Bahru

Makan Apa Best di Johor Bahru.|Assalamualaikum.
Cerita kursus dan jalan-jalan cari makan. Dua dalam satu sebenarnya ni. Alkisahnya cerita tahun 2019. Baru berkesempatan nak menulis sedikit. Maklumlah cerita sebegini memerlukan mood yang di tahap maksimum untuk menulis. Hikhik.

Dalam bulan Oktober 2019, Cik Rose perlu menghadiri bengkel di Johor Bahru. Memandangkan ada masalah pengangkutan untuk berulang dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Cik Rose harus bermalam di sana. 

Aduhai. Resah gelisah memikirkan nak tidur Jb. Cik Rose jenis yang takut tidur sorang di hotel. Hihi.

Cik Rose hubungi Kak Isma. Kawan Cik Rose masa kerja di Jb. Kawan merangkap kakak juga. Pergi dan balik kerja sekali. Aihhh rindu zaman tu!

Kak Isma cakap, tidurlah rumah akak. Ya Allah, masa tu rasa hilang beban di bahu ni. Ketakutan pun hilang! 

Inilah Kak Isma. Berselfie dulu sebelum berbengkel. Hihi. 



Masa berbengkel, kita fokus betul-betul ya. Seronoklah key inn data kalau datanya lengkap. Data yang tak lengkap, bikin hati Cik Rose panas. Hikhik.



Seronok perjalanan ke Jb kali ni. Barulah dapat melihat dan bertentang 4 mata. Bercerita macam-macam. Berkongsi cerita. Aihhh menggamit memori.  

Jalan-jalan cari makan. Ya, itu memang tepat. Hihi. Kita jalan-jalan, makan-makan dan tengok drama Korea! Hihi.

Isha.. 
Tetap panggil Kak Rose ok. I is terasa muda remaja. Hihi. Tersedondon pula baju pink. 





Cik Rose memang suka bergambar. Dapat pula teman yang sporting suka bergambar, apalagi. Menjadi-jadilah jawabnya. Yihaaa.

Jumpa je pemandangan yang best, yang menarik, haruslah kita bergambar. 
Macam-macam gaya! 

My sweetheart, Isha. Gaya ala model profesional ok. Banyak pose yang Cik Rose belajar darinya. 




PILIHAN SARAPAN PAGI DI JOHOR BAHRU, jom breakfast di The Toast. 

Sarapan pagi.
Kami bersarapan di The Toast, Permas Jaya. Nyum,nyum. Sedap. Kenyang perut, suka hati!



Apa yang kami order?
Alamak, tak ingat menu yang tepat. Maklumlah dah lama. Hihi. Apa yang Cik Rose ingat mihun goreng(mee siam), roti bakar, kopi ais. Menu Isha, susah benar nak menyebutnya. 

Thank you untuk cik photographer cilik, Isha. 




LOKASI PILIHAN MAKAN MALAM DI JOHOR, di Kedai Makan Rahmat yang beroperasi di Pasir Gudang, Johor. 

Kitorang makan malam di Kedai makan Rahmat, Siakap Goreng yang terletak di Pasir Gudang. Memang macam jalan-jalan cari makan uols. 


Aiskrim durian! 
Sedap. Serius sedap. Malam-malam pun makan aiskrim? Apedehal. Hihi. 



Bergambar kenangan sebelum menjamu selera. Alhamdulillah semuanya sedap. Dan kami kenyang malam tu. 




SINGGAH SEBENTAR DI SHOPPING MALL, Aeon Tebrau jadi pilihan.

Aeon Tebrau.
Dulu waktu duduk Jb, inilah tempat rasmi Cik Rose. Ada masa je, mesti singgah dengan suami. Window shopping kan. 

Jadi, kali ni, Kak Isma bawa Cik Rose ke sini. Jalan-jalan. Eh bukan jalan-jalan je. Terbeli sesuatu pula! 

Kami makan tengahari dalam Aeon Tebrau. Cik Rose dan Isha memilih laksa. Kak Isma pula mee rebus. 



Laksa, lawan pula dengan iced mocha. Sedap tau iced mocha tu, dan murah bagi Cik Rose. Memang happy sokmolah perut ni. Hihi. 


Cuci gambar dekat mesin. Buat kenangan dengan Isha!


Sementara tunggu mama, kita selfie dulu Isha ya. 




Menjamu selera di Restoran Singgah Selalu, Johor Bahru.


Dulu restoran ni dekat Danga Bay. Selalu juga makan di situ. Tapi, sekarang restoran tu dah tak ada. Kitorang ke Puteri Harbour. Makan malam di sebuah restoran di situ. Lupa pula namanya. Dengarnya, owner restoran ni adalah owner restoran singgah selalu. (Mohon maaf kalau tersilap). 

Antara menu yang kitorang order , pau kari ni. Alaa korang panggil ape ea? 



Sarapan pagi di Onn Kitchen, Johor Bahru.

Esoknya, kitorang sarapan di Onn Kitchen. Emm memang sedap tau. Lontong, roti canai dan nescafe sis jadi pilihan kami. 




Sebelum ni, memang tak tahu kewujudan gula-gula ni. Kat sini, baru ku tahu, sedap rupanya gula-gula ni. Tapi, tak boleh makan banyak-banyak tau. Cukup untuk merasa je. Hihi. 




Sedapnya pilihan makanan di Dulang Lima Cafe, Johor Bahru!

Makan tengahari. 
Nak makan kat mane tu? Ha tadaaa.. pilihan kami adalah di Dulang Lima Cafe. 

Memang nostalgia, dihidangkan dalam dulang lama dan pinggan lama macam ni. Tv pula dipasangkan cerita hitam putih, P Ramlee. Alahai, asyik sangat! 

Menu yang tersedia sudah tentulah sedap kan. Pilihan kami adalah masak lemak daging salai, ayam kampung goreng, ulam-ulaman dan sambal belacan. 



Muka happy bila dapat makan! Hihi.




Tempat makan wajib singgah, Restoran Zz Sup Tulang, Johor Bahru. 

Hari terakhir di Jb, sempat bersarapan bersama sebelum Cik Rose nak balik Batu Pahat naik bas. Kitorang sarapan di ZZ Sup Tulang. Nasi lemak satu! 


Nak share juga lipmatte yang kitorang beli ni. Mana tahu jadi cantik macam Nora Danish!. Hihi. Best tau lipmatte ni. Masa beli ni, ada offer. Haruslah grab kan. 






Walau seketika pertemuan kita ni kak, saya bersyukur tau. Happy dapat jumpa akak dan family. Tersentuh dengan penerimaan akak. 

Moga kita sama-sama dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Dan kita dapat gembirakan orang-orang yang menyanyangi kita. 

Banyak perkara positif yang saya dapat dari akak. Thank you kak.

Just do what we love. And love what we do.

5 comments:

  1. wow!! makanlah perkara paling best dalam hidup (selain tidur) haha

    ReplyDelete
  2. ala laparlah camni tengok gambar makanan T^T

    https://sayesyadiya.blogspot.com/2020/01/pilihan-airport-transfer.html

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..seronok dapat jalan-jalan kan

    ReplyDelete
  4. bestnya, lama betul akak tak jalan-jalan bandar johor...
    sedap nengok semua makanan tu, lagi lah makanan yang susah nak jumpa kat area kl nih... rindu duduk kt skudai

    ReplyDelete

Powered by Blogger.