Pertama kali masuk Family Mart beli Iced Latte

Assalamualaikum.
Wah tajuk macam teruja sangat pulak! Hihi. Eh biarlah. Memang teruja pun. First time kot. Benda yang first time ni memang selalu mengujakan, betul tak? 

Alkisahnya, minggu lepas Cik Rose dan suami ke Melaka. Tujuan? Tak ada tujuan. Memang gitulah kami ni. Memanjang tak dirancang. Rancang-rancang tu yang selalu tak menjadi!

Pergi Melaka hari cuti raya cina. Sabtu ke Ahad ea? Alamak. Terlupa dah. Bergerak dari Batu Pahat pun dah tengahari. Menuju ke Melaka. Nak tengok jalan jammed ke tak. Hahhaha gurau ja. Adalah sebab mengapa ke Melaka tu. 

Jalan dekat highway tak jammed! Eh pelik ni. Kenapa tak jammed? Hahaha. 

Sampai Melaka, terus menuju ke Pantai Klebang. Kereta banyak, tapi bukan di tahap yang sesak padatlah. Normal keadaannya untuk Melaka. Memang kereta bersusun. 

Lepas tu ke bandar pula. Barulah best. Hihi. Singgah Mahkota Parade. Jalan-jalan cuci mata sahaja. Berjaya kawal diri, tak cuci poket pun. Yeayyy... 

Masa nak keluar ke parking, eh eh mata ni ternampak Family Mart! Haruslah singgah. Kat tempat sendiri tak ada. 

Memandangkan gigi Cik Rose yang tak sihat ni, so tak belilah aiskrim lat situ. (Nanti Cik Rose updated cerita buat rawatan akar gigi part one, ya ). 

Apalagi, terus order iced latte dan hot cappucino.  Emmm sedap. Sempat juga capai roti. Buat bekalan dalam kereta. 


Onz ke tak onz?

Onz la.. sedap! Penggemar kopi kan. Brand apa pun, sedap sokmolah. 



Post a Comment

2 Comments

  1. tahun ni sabtu masa CNY tu tak jem jalan tapi isnin tu jem orang sibuk masuk kl...

    akak lagi lah jakun tak pernah masuk langsung family mart huhuhui

    ReplyDelete
  2. iced latte kt family mart not bad tapi kena letak sugar lebih sikit.ada sekali beli kurg sugar. pahit. hehe

    ReplyDelete