EPISOD AKHIR DRAMA CINTA SEKALI LAGI PADA 14 DISEMBER 2020

EPISOD AKHIR  DRAMA CINTA SEKALI LAGI PADA 14 DISEMBER 2020

Drama Cinta Sekali lagi ini menampilkan pelakon-pelakon hebat iaitu Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Raja Afiq dan ramai lagi. 




Ringkasan penuh minggu akhir drama Cinta Sekali Lagi 


Amanda Diceraikan oleh Fahad kerana dituduh curang terlanjur dan mengandung Anak Dr Izamel.Amanda tidak dapat pembelaan yang sewajarnya apabila Dr Izamel Koma akibat dipukul.

Amani akhirnya mengakui yang dia memang sangat berdendam dengan Amanda selama ini tanpa berselindung lagi.

Walaupun ditentang oleh Ibu Amani tetap ingin berkhawin dengan Fahad. Ibu sangat kecewa dengan Amani apatah lagi Ibu tahu Amani mengunakan Ilmu hitam menundukkan Fahad dan memfitnah Amanda.

Selepas diceraikan Amanda dinafikan Hak sebagai Ibu dilarang berjumpa dengan anak anak..Fahad dan Amani bernikah dihari pernikahan mereka Amanda dihina dengan teruk.

Membawa Hati yang Lara Amanda membawa diri jauh ke pantai timur kebetulan Amanda mendapat peluang pekerjaan disana sebagai designer.

Amani mendera anak anak Amanda dibelakang Fahad..Taklama selepas itu Hana berjumpa Amanda dan ingin membela nasib Amanda dan haknya sebagai seorang ibu terhadap anak anaknya...Amani yang mendapat tahu hal itu mengamuk. Amani juga sudah mula tunjuk perangai sebenar depan Fahad dan Bonda.

Pertemuan kembali Amanda dan Fahad benar benar mengetuk kembali pintu hati Fahad yang sememangnya masih mencintai dan sangat merindui Amanda.

Selepas itu Keadaan rumahtangga Amani dan Fahad tak pernah aman sentiasa bergocak dan dingin. Amani mudah terasa curiga dan semakin saiko.

Fahad Akhirnya mula sedar dengan keadaan dirinya dan berubat dengan bantuan ustaz.

Apakah kesudahan Amanda, Amani dan Fahad ?

Saksikan 6 lagi Episod cinta sekali lagi pada minggu ini, namun  bukan minggu akhir ya. 

Episod akhir bakal menemui anda pada hari Isnin (14 Disember 2020)






Drama arahan Pali Yahya, skrip oleh Nieza Nahar ini adalah terbitan Suhan Movies & Trading. 


Lagu yang akan menjadi lagu latar drama ini adalah lagu nyanyian Misha Omar berjudul Tanpa Rela. Cik Rose dah dengar lagu ni. Lagu Misha Omar nyanyi, memang bestlah kan. Menusuk jiwa gitu. 


Info drama Cinta Sekali Lagi : 


JUDUL : CINTA SEKALI LAGI

EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : September 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Raja Afiq, Luqman Hafidz, Ezzaty Abdullah, Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin, Iman Zulkarnain, Isaac Iman, Tengku Zara, Zara Shelby, Alessandra Alyssa


WATAK PELAKON

Saharul Ridzwan sebagai Fahad
Nelydia Senrose sebagai Amanda
Hannah Delisha sebagai Amani
Raja Afiq sebagai Mukhlis
Luqman Hafidz sebagai Dr Izamel
Ezzaty Abdullah sebagai Farhana
Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah
Iman Zulkarnain sebagai Muiz
Zara Shelby sebagai Danisha 
Alessandra Alyssa sebagai Daniya



Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi


Cinta dan perkahwinan antara Fahad ( Saharul Ridzwan)  dan Amanda (Nelydia Senrose)  cukup istimewa. Namun perkara itu membuatkan Amani (Hannah Delisha) , adik kepada Amanda, berasa sangat iri hati. Amani bercadang untuk menghancurkan kebahagiaan Amanda.


Apa perasaan anda bila anda jatuh cinta sekali lagi?”



CINTA SEKALI LAGI


“KESETIAAN DIKHIANATI, KEJUJURAN DIBENCI”


𝗙𝗔𝗛𝗔𝗗 & 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗗𝗔 



Ost Drama Cinta Sekali Lagi 

Lirik Lagu Misha Omar - Tanpa Rela (Official Music Video) 





Saat engkau pergi
Dan tinggalkan cintaku
Terbiar hatiku hanyut tak terpujuk


Semua terjadi atas kemahuanmu
Memadam hatiku dan hadiahkan ku sepi


Sayang tak pernah kau duga
Keegoan mu mematikan rasa
Cinta yang ku puja
Terhapus dimamah dusta
Tegarnya kau mengakhiri
Dan memilih dia


Hanya aku dan diriku
Sendirian di dera waktu
Melara di hukum kecewa
Tanpa relaku

Semua terjadi atas kemahuanmu
Memadam hatiku dan hadiahkan ku sepi


Sayang tak pernah kau duga
Keegoan mu mematikan rasa
Cinta yang ku puja
Terhapus dimamah dusta
Tegarnya kau mengakhiri
Dan memilih dia


Hanya aku dan diriku
Sendirian di dera waktu
Melara di hukum kecewa
Tanpa relaku


Berakhir kisah duka antara kita
Hanya Tuhan yang tahu segalanya


Sayang tak pernah kau duga
Keegoan mu mematikan rasa
Cinta yang ku puja
Terhapus dimamah dusta
Tegarnya kau mengakhiri
Dan memilih dia


Hanya aku dan diriku
Sendirian di dera waktu
Melara di hukum kecewa
Tanpa relaku



#CintaSekaliLagi


Tonton online drama SEKALI LAGI CINTA di IQiy. 



1 comment:

Powered by Blogger.