Saturday, December 26, 2020

Kumpulan ABC - Muzikal Lawak Superstar 2 (Minggu 2 FULL)

Kumpulan ABC - Muzikal Lawak Superstar 2 (Minggu 2 FULL), persembahan Kumpulan ABC mendapat 5 bintang dari juri tetap, Zul Ariffin! 


Best sangat persembahan ABC malam tadi. Cik Rose terhibur! Ketawa je dari awal hingga akhir. 




Terbaiklah persembahan malam tadi. Dengan bertemakan tempat perubatan. Cerita berkisarkan acara perasmian Pusat Kecantikan. Cik B sebagai Dato Sri Vida, Chiwan sebagai pengacara majlis. Achok pula pembantu di sana, yang ingin melamar Dato Sri Vida.   




Memang sebijilah Cik B jadi DSV. Sama! Cara ketawa tu yang mahal. Sketsa mereka memang best. Korang kenalah tonton sendiri. 




Zul Ariffin memberikan 5 bintang kepada kumpulan ABC. Namun, ada teguran buat ABC. Zul Ariffin berharap agar kesemua ahli ABC dapat ke depan. Jangan biarkan hanya Cik B sahaja yang lead.  


Dah dua minggu berturut-turut ABC dapat 5 bintang. Moga terus berjaya! 


Tonton persembahan ABC Minggu 2 (Muzikal Lawak Superstar 2) 


Boleh tonton di Astro Warna. Kalau terlepas, bolehlah ke saluran youtube Astro Gempak. 



BIODATA CIK B

Berikut dikongsikan maklumat latar belakang Cik B, anak kepada Dato' Sri Vida.



Nama Sebenar : Nur Edlynn Zamilleen Binti Muhammad Amin
Nama Samaran : Cik B
Umur : 15 tahun (2020)
Tarikh Lahir : 19 Mei 2005
Agama : Islam
Bangsa : Melayu



SEDIKIT INFO MENGENAI PROGRAM MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MUSIM KEDUA

Program realiti Muzikal Lawak Superstar (MLS) di Astro Warna kembali untuk musim kedua bakal dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya secara eksklusif di saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127) pada setiap Jumaat, jam 9 malam mulai 18 Disember 2020 ini.


TONTON ONLINE MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2


Program yang sarat dengan gelak tawa ini juga boleh disaksikan menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di on demand, serta juga boleh dinikmati menerusi platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.




Sebanyak 14 kumpulan yang terdiri daripada barisan pelawak dan selebriti dari pelbagai cabang industri hiburan termasuklah pelakon, penyanyi dan personaliti popular.


Senarai Penuh 14 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2020


1. HEART - Danial Lawak Solo, Ezad Lazim, Azmi

2. JAGO - Chot XOXO, Yus Skool, Fiza Thomas

3. VIRAL - Ali Puteh, Mamak Puteh, Roy Azman

4. ZOMBI - Wan Gegau, Wan XOXO, Ezlynn

5. ABC - Chiwan Chilok, Cik B, Achok Chilok

6. GOJES - Mie Raja Lawak, Tauke Jambu, Keena Mentor

7. UNI - Fad Bocey, Atu Zero, Fakhrul UNIC

8. ZUZUZU - Nizam Jentik Jentik, Filzah, Zahid AF

9. TERUNA - Ilham Abata, Din Raja Lawak, Johan Asaari

10. J-BORN - Man Raja Lawak, Joey Daud, Khir Rahman

11. STAMP - Tapai Gegar Lawak, Che Mat, Syura

12. MASHUK - Syuk, Achey Bocey, Mark Adam

13. LEKLU - Ewan Lopez Raja Lawak, Jaly Skool of Lawak, Lan Solo

14. PUPPET - Rul Puppet, Wan Puppet, Shariff Zero









PENGACARA MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2


Program yang bakal bersiaran selama 12 minggu berturut-turut ini akan dikemudikan oleh dua nama sensasi dalam industri, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein. Wahhh ramai yang menantikan kemunculan Elly Mazlein, atau lebih mesra dipanggil Kak Lina. 


JURI TETAP MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2


Lebih menarik lagi, lagenda rock tanah air, Datuk Awie akan menjadi juri tetap, bakal digandingkan dengan Fazura dan Zul Ariffin.


Format pemarkahan adalah 50% dari juri dan 50% dari undian peminat.


Selamat menonton Muzikal Lawak Supertar 2


Peserta yang tersingkir :


Minggu pertama - LEKLU

Minggu kedua - JAGO


#muzikallawaksuperstar

#MLS2


No comments:

Post a Comment