Tuesday, December 01, 2020

Siti Nurhaliza hamil anak kedua - Usia kandungan berusia 4 bulan

Siti Nurhaliza hamil anak kedua - Usia kandungan berusia 4 bulan.

Alhamdulillah. Rezeki. Cik Rose happy dengar berita ni. Dah boleh agak dah sebab memang follow Tokti di instagram.  Tak banyak gambar beliau di instagram dalam dua bulan sebelum ni. 

1 Disember 2020, Tokti mengumumkan berita gembira ini. Tahniah Tokti... 



Menerusi laman instagramnya, beliau menulis: 


Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.

Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.

Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.

Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih.

Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!



Alhamdulillah. Tahniah Siti Nurhaliza. 



No comments:

Post a Comment