Selamat Hari Raya Aidilfitri (2021).
Assalamualaikum.
Lama sungguh tak menulis. Lama kubiarkan blog berhabuk. Alahai. Secara tiba-tiba hilang arah nak menulis. hihi.
Ada beberapa perkara terjadi dalam 2-3 bulan kebelakangan ini. Perkara tersebut menjejaskan emosi untuk menjengah ke blog ini. Masa menjadi penghalang utama. Tidak pandai mengatur masa barangkali. Susah benar nak konsisten.
Di kesempatan ini, ingin Cik Rose mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog Inilah Realiti Bukan Fantasi. Salam kemaafan dihulur jika ada salah silap, terlebih bicara atau terkasar gurauan.
Raya 2021.
Bagaimana dengan anda? Ok kah? Ok atau tidak, kena hadapi juga kan. Apalah daya kita, raya dalam tempoh PKP yang mempunyai pelbagai kekangan.
Jika di tanya Cik Rose, semestinya merindui mak ayah dan seluruh keluarga. Nak balik Kedah! Namun, nak buat macam mana. Akur sahajalah. Menahan rasa, menahan rindu. Allah, moga baik-baik seluruh ahli keluargaku.
Tahun ini beraya sendiri sahaja. Bersama suami dan Kitty kesayangan. Dapatlah sedondon berdua, dan Kitty juga Cik Rose sarungkan baju kemeja. Hihi. Segak bergayalah hero idaman kucing Malaya tu.
Sibuk di dapur.
Selalunya hari raya, Cik Rose hanya jadi pembantu mak di dapur. Kali ini, Cik Rose pula yang bersilat di dapur. Cik Rose buat laksa Penang pada hari raya pertama dan suami pula masak rendang daging. Alhamdulillah. Raya kedua pula, menu mihun sup tulang.
Pertukaran yang tak di sangka!
Bulan Ramadhan, Cik Rose dikejutkan dengan surat pertukaran dari JPA. Ralat sangat, dapat pertukaran secara tiba-tiba. Tiada panggilan telefon yang dibuat. Berbeza dengan kawan-kawan Cik Rose di lain daerah. Cik Rose tak merungut. Cik Rose terima sahaja, adatlah berkerja. Namun, terkilan dengan caranya sahaja. Di kala negara kita bergelut dengan isu covid19, dengan tempoh PKP nya lagi, tapi pertukaran tetap onz. Sedih!
Insyaallah Cik Rose akan melangkah ke Jabatan baru dalam masa terdekat. Ini adalah Kementerian ketiga dan tempat bertugas yang ke empat buat diri Cik Rose. Moga dipermudahkan urusan Cik Rose nanti dan buat semua yang bertukar juga. Moga kita baik-baik sahaja.
Sudah pasti diri ini merindui suasana kerja dan kawan -kawan di tempat lama. Biasalahkan. Kenangan mana mungkin kan terpadam. Kan subur di ingatan ku. Berbeza benar perasaan jika ditukarkan dengan kita memohon pertukaran, kan. hihi. Doakan Cik Rose ya.
Akhir kata, terima kasih sudi berkunjung ke sini. Selamat hari raya!
4 Comments
Selamat Hari Raya Cik Rose 🌹
ReplyDeleteComel si Kitty tu bergaya di Hari Raya hehe...
Selamat maju jaya di tempat baru!
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
ReplyDeleteSelamat menyambut raya PKP
ReplyDeleteSelamat hari raya
ReplyDelete