TONTON ONLINE DRAMA TAKBIR SEMALAM
Viral di facebook berkenaan drama Takbir Semalam lakonan Fauziah Nawi. Kalau sebut drama raya, mesti kita terbayangkan drama sedih gitu. Pelakon pula mesti nak Fauziah Nawi, Wan Maimunah dan lain-lain.
Kali ini, drama Takbir Semalam yang ditayangkan di Awesome TV, menampilkan Fauziah Nawi sebagai pelakon utama. Sudah tentulah beliau membawakan watak sebagai ibu. Dibantu pula Syafie Naswip dan Syazwan sebagai anak. Manakala Wan Sharmila sebagai menantu.
Bila ada yang share di facebook, Cik Rose terus cari sinopsisnya. Nak tahu gambaranlah kan, drama ni berkisar cerita apa. Cerita anak derhaka ke, cerita tak dapat balik raya ke, cerita dugaan puasa ke.
Jadi, sinopsis yang Cik Rose jumpa adalah seperti di bawah :
SINOPSIS TAKBIR SEMALAM
Mengisahkan Mak Yah terkenal dengan sikap yang suka memaki hamun dan bercakap kasar. Tahun ini merupakan tahun pertama bagi Mak Yah untuk menyambut Hari Raya seorang diri.
Orang kampung sedih melihat Mak Yah kerana dia masih lagi belum boleh menerima hakikat kerana semua ini berlaku di atas sikapnya yang sering memarahi anak menantunya sehingga mereka sekeluarga nekad keluar dari rumah dan terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa mereka semua.
JUDUL : TAKBIR SEMALAM
WAKTU SIARAN : Ahad, 30 Mei 2021, 9:30 malam
SIARAN TV : Awesome TV
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Siti Hariesa
Selepas baca je sinopsis drama Takbir Semalam ni, terus Cik Rose tengok melalui link youtube yang dikongsi di facebook. Nasib baik tengok awal, sebab link tu dah tak dapat buka. Youtube dah block. hihi.
REVIEW CIK ROSE TENTANG DRAMA TAKBIR SEMALAM
Kalau tonton dari awal, mesti akan tertanya-tanya dan pelik, Kenapa jadi macam ni, kenapa jadi macam tu. Sebab ada beberapa scene yang akan membuatkan kita pelik.
Kisahnya, Mak Yah (Fauziah Nawi ada dua orang anak lelaki. Anak pertama, Epul (Syazwan Zulkifly) ni dah berkahwin dengan Mira (Wan Sharmila) dan mempunyai dua orang anak. Dan Mira pula sedang sarat mengandung.
Epul kerja kampung, tak sambung belajar. Mereka tinggal sekali dengan maknya. Ayah mereka pula digambarkan sebagai pesara kerajaan dan telah meninggal dunia. Dengan duit pencen arwahlah, maknya menyara hidupnya dan anak-anak.
Anak kedua pula adalah Azlan (Syafie Naswip). Baru habis belajar, budak pandailah. Ada kekasih, Alia iaitu anak orang kaya juga dan duduk sekampung. Setelah tamat belajar, Lan balik kampung dan tinggal sekali dengan mak dan abangnya.
Mak Yah memang seorang yang 'mulut lepas'. Ada je yang tak kena di mata dia tentang anak menantunya. Dia sayang benar dengan anak kedua tu,Lan. Dia selalu menziarah ke kubur arwah suaminya dan bercerita tentang perihal anak-anaknya.
Ada satu kubur belakang kubur arwah suaminya tu semak. Dia pergi jumpa orang yang jaga tanah perkuburan tu, kenapa tak dibersihkan kubur tu. Penjaga tu cakap tak berani nak bersihkan sebab warisnya tak bagi. Terus Mak Yah ni bercakap sendiri, marah-marah waris tu.
Mak Yah ni bukan sahaja dengan anak-anak bersikap begitu, dengan orang kampung pun begitulah dia. Dia selalu cakap yang mulut dia je macam tu, tapi hati dia baik. Dia memang sayangkan cucu-cucunya.
Setiap hari, ada saja yang dia 'laserkan' menantunya, Mira. Kesian Cik Rose tengok. Memendam perasaan sendiri. Bersabar sahaja. Walaupun pedih, dia tahan juga. Mengenangkan itu ibu mertuanya, dan lagipun dia pun orang susah.
Mak Yah selalu cakap yang menantunya tu pemalaslah, tak nak bangun masak sahur. Tak nak tolong buat kerja rumah. Dan lain-lain.
Bermulalah episod duka apabila Lan nak berkahwin. Belum apa-apa, maknya dah 'menghalau' Epul sekeluarga. Katanya nanti rumah tak muat. Tapi, Lan ni baik sangat. Dia cakap yang dia akan duduk rumah mertua kalau jadi kahwin nanti. Kemudian, maknya ni pergi meminang tapi rupa-rupanya Alia tu dah berkahwin. Maknya ni punyalah marah, balik dia salahkan anak menantunya. Cakap sebab dioranglah, orang tu tak nak berbesan.
Satu hari, Mak Yah bawa keluar duit pencen arwah untuk buat belanja raya. Dia gulungkan duit tu dan ikat getah. Terus masuk dalam beg. Balik rumah, cucu-cucu dia main dalam bilik, dan jatuhkan beg. Duit tu terkeluar dari beg dan terselit di bawah cadar.
Nak jadikan cerita, Mak Yah ni tak nampak. Dia terus tuduh Epul yang curi. Sebab sebelumnya Epul ada mengadu yang tak dapat gaji buat rumah, sebab tuan rumah tu masuk hospital. Alahai sedihnya part ni!Dorang terus kemas baju-baju sebab Mak Yah dah halau. Dorang nak pindah ke rumah lain. Tapi, tak jadi sebab Mak Yah dah jumpa duit tu, terus dia minta maaf pada anak menantunya. Ingatkan dah insaf tau. Rupanya belum.
Hari raya dah tak lama. Cucu-cucunya test baju raya - baju lama. Bila tengok macam tu, dia tak sampai hati. Dia terus cakap yang dia akan buatkan baju raya untuk satu keluarga tahun ni. Dia pun ke pekan, beli kain dan tempah baju.
Bila baju dah siap, orang yang jahit baju tu tak ambil upah. Bagi free jer.
Bila dia ke kedai beli barang dan kuih raya, orang kedai tu pun tak ambil duit.
Malam raya, semua happy-happy jer. Masak rendang, ketupat dan lemang. Tiba-tiba cucu-cucunya terlanggar periuk rendang, Habis terbalik. Apalagi mengamuklah Mak Yah. Terus dihalaunya anak menantu dan cucunya malam raya tu! Lan ambil keputusan nak ikut abangnya.
Scene pagi raya - Mak Yah bangun pagi raya. Dan dia terus ke dapur. Sambil bercakap-cakap sendiri. Panggil anak menantunya suruh bangun. Adiknya(Rusdi Ramli) sampai. Dia terus cakap yang anak menantunya dekat masjid, tak balik lagi.
Tiba-tiba adiknya tunjukkan frame yang tergantung di dinding rumah. Sijil kematian! Sijil kematian anak-anak, menantu dan cucu-cucunya. Rupa-rupanya kesemua mereka meninggal dunia pada malam raya sewaktu mereka di halau tu. Kemalangan jalan raya sewaktu nak ke hospital. Kejadian tu berlaku tiga tahun yang lalu.
Di akhirnya barulah Cik Rose faham kenapa orang kedai runcit tak nak ambil duit, tukang jahit baju tak nak ambil duit. Scene di kubur, kubur yang semak tu adalah kubur arwah anak-anak, menantu dan cucu-cucunya. Dan juga scene dia meminang Alia, kekasih Lan tu. Patutlah ditolak sebab dah kahwin. Rupanya tak jadi kahwin dengan Lan sebab Lan kan dah meninggal.
Sedih korang. Banyak pengajaran yang dapat kita ambil.
Kadang-kadang disebabkan benda kecil je, kita mudah melenting. Aduhai.
Tahniah produksi drama Takbir Semalam.
Selamat menonton semua :)
#takbirsemalam
2 Comments
Ooo..ok nanti kita cari la cerita ni
ReplyDeleteBaru usai tonton cerita ni di platform Viu. Sarat dengan pengajaran. Suka filem sebegini
ReplyDelete